Sunday, September 26, 2010

Syoknya Bila MB N.Sembilan Bantai Pembangkang

LOBAK - Eden baru ini sempat mengikuti satu program kemasyarakatan anjuran MCA Bahagian Seremban di mana ianya dihadiri ramai masyarakat majmuk negeri ini. Program Karnival 1 Malaysia yang diadakan itu meliputi pelbagai acara sihat antaranya aktiviti bersenam beramai-ramai, pertunjukkan Silat Silambam, Wushu dan tarian kebudayaan oleh anak-anak comel dari kaum Tiong Hua.

Apa yang Eden tertarik bila menyaksikan perlawanan Futsal antara taman-taman sekitar Lobak. Bahkan yang menjadi tarikan apabila YAB Menteri Besar N.Sembilan sudi merasmikan perlawanan futsal tersebut dengan memula sepak bola. Memang berbakat menyepak Menteri Besar kita tu..

Namun, apa yang ingin Eden kisahkan di sini betapa galaknya tawa para hadirin pada pagi itu bilamana mendengar ucapan aluan dari Ketua Bahagian MCA Seremban, Dato' Peter Lai Yit Lee yang membidas tindakan pembangkang dalam mempersoalkan isu perpaduan.

"Kita tidak harus membiarkan puak pelampau yang bertopengkan agama untuk menghancurkan kepimpinan negara, usaha Perdana Menteri perlu disambut baik oleh setiap rakyat, semua kaum mesti utamakan kepentingan kemajuan negara," jelasnya.

Sementara itu, YAB Menteri Besar pula berucap dengan rencah yang sama cuma berlainan sedikit nadanya di mana bagi Eden yang mendengarnya, nada YAB MB kita ni sedikit 'hangin' dengan apa yang dilakukan oleh pembangkang di Lobak..DAP ler tu..

"Jadilah pemimpin yang benar-benar menjiwai masyarakat, bukan hanya pandai berjanji itu dan ini kepada rakyat tapi apapun tidak ada,"

"Tuan-tuan tengoklah apa yang sudah tuan-tuan dapat dari ADUN tuan-tuan hari ini?? Apa? Mintalah mereka cat flat-flat di Lobak ini, kita tengok apa boleh mereka bikin?"

"Jangan pandai cakap saja...kalau dulu janji jika menang semua flat-flat dan jalan akan di naiktaraf, sekarang bikinlah!" sindir MB kita sambil disambut gelak ketawa dan tepukan gemuruh para hadirin.

Namun, di sebalik tembok pagar padang tersebut, dihujung jalan dan di seberang jalan bahkan di dalam restoran mamak berhampiran program dijalankan terdapat juga wajah-wajah menyinga apabila dikutuk, di perli oleh pemimpin yang betul-betul bekerja untuk rakyat itu..

Eden pun turut sama lah tersenyum dengan sindiran MB kita itu kerana memang jelas telinga capang Eden ini mendengar ngomelan dua tiga individu yang duduk disebelah Eden berbisik..

"Ada butut ini Mat Hasan cakap..sikalang itu Loke Siew manyak susah jumpa, malam ala kalang-kalang jumpa laa..tp selalu mau jumpa itu olang, pigi sana Rahang, dia minum-minum sana maaa.."
(hehehehe...matilah kau lepas ni Loke Siew Fook oii..)

oleh: Eden Anak Nogori

No comments:

Post a Comment