Tadi sumber dari Kosmo dan Utusan(bernama) dan akhir sekali update dari Hmetro menyebut mengenai penganalysis jenayah terkenal,Kamal Affendi Hashim terpaksa mempertahankan diri dengan melepaskan tembakan kepada orang yang sedang mengamuk.
SHAH ALAM – Pertelingkahan dua rakan serumah berakhir tragedi apabila salah seorangnya maut terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim kelmarin.
Kejadian pukul 9.53 malam di Blok E Flat Valencia, Taman Seri Muda, Seksyen 25 di sini itu berlaku apabila dua lelaki berusia 21 dan 42 tahun yang tinggal serumah di tingkat tiga bangunan bertengkar.
Difahamkan, pertelingkahan tercetus apabila lelaki berusia 21 tahun yang ingin berpindah berang selepas mendapati pintu biliknya telah dirosakkan rakannya.
Lelaki berusia 42 tahun itu bekerja sebagai operator kilang manakala rakannya merupakan buruh binaan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, si mati yang gagal mengawal emosinya bertindak mengambil parang sebelum mengamuk menyebabkan rakannya melarikan diri.
Katanya, pengadu kemudian pergi semula ke rumahnya sambil ditemani tiga anggota polis untuk mengambil barang-barangnya
Seorang operator kilang maut selepas ditembak seorang penganalisis jenayah yang cuba mempertahankan dirinya dalam kejadian amuk di Seksyen 25, Taman Sri Muda di sini Selasa malam.
Ketua Polis Shah Alam ACP Ahmad Zahedi Ayob berkata kejadian berlaku 9.53 malam di Blok E, Flat Valencia ketika lelaki berusia 42 tahun itu yang bersenjatakan parang menyerang penganalis tersebut.
Terdahulu lelaki itu mengejar empat yang lain termasuk tiga anggota polis di tingkat dua flat dan seorang daripada mereka terlanggar penganalisis tersebut mengakibatkan beliau terjatuh.
Lelaki yang mengamuk itu kemudian melibaskan parangnya ke arah penganalisis berkenaan sebelum beliau mengeluarkan sepucuk pistol HK P30 dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah lelaki terbabit, katanya pada sidang media, di sini Rabu.
Bagaimanapun lelaki itu terus mengamuk dan menetak lutut kanan penganalisis berusia 42 tahun tersebut menyebabkan beliau melepaskan tembakan yang merebahkan lelaki berkenaan.
Ahmad Zahedi berkata penganalisis itu yang memiliki lesen senjata api kini dirawat di Hospital Pakar KPJ, dan kejadian turut menyebabkan seorang wanita Indonesia cedera ringan di lengan dan paha kanan kerana terkena peluru sesat.
Katanya siasatan awal mendapati lelaki itu mengamuk selepas bertengkar dengan rakan serumahnya yang mahu berpindah ke rumah lain.
Lelaki berusia 21 tahun dan bekerja sebagai buruh itu pulang untuk mengambil barang namun terlibat dengan pergaduhan dengan suspek selepas mendapati pintu bilik tidurnya dirosakkan oleh suspek.
Ketika pergaduhan itu, lelaki tersebut melibas rakannya dengan parang yang menyebabkan beliau lari menyelamatkan diri dan membuat laporan di balai polis berhampiran.
Bagaimanapun, semasa tiga anggota polis dan buruh itu kembali ke rumah sewanya di tingkat tiga flat bagi memujuk lelaki tersebut menyerah diri, suspek bertindak menyerang mereka, katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana niat untuk membunuh.
Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim, 43, cedera di lutut dan tangan kanan akibat ditetak seorang lelaki yang mengamuk sehingga memaksanya melepaskan tembakan menyebabkan penyerangnya terbunuh.
Kejadian berlaku pada jam 9.53 malam kelmarin di Flat Valencia, Taman Seri Muda, di sini dan lelaki yang mengamuk itu berusia 42 tahun berasal dari Sabah, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, dalam kejadian itu seorang wanita yang baru seminggu bersalin dan sedang berehat di ruang tamu rumahnya turut cedera akibat terkena peluru sesat.
Menurutnya, polis terlebih dulu menerima laporan mengenai pergaduhan menggunakan parang membabitkan dua lelaki serumah berasal dari Sabah, seorang berusia 21 tahun dan bekerja sebagai buruh kontrak serta operator pengeluaran berusia 42 tahun iaitu si mati yang menyerang Kamal Affendi.
“Kejadian dipercayai berpunca apabila buruh kontrak itu yang baru pulang ke rumahnya di tingkat tiga flat berkenaan untuk mengambil pakaian sebelum berpindah ke rumah lain mendapati pintu bilik tidurnya dirosakkan rakan serumahnya iaitu si mati.
“Berikutan itu, berlaku pertengkaran sebelum si mati menyerang rakannya dengan parang menyebabkan buruh kontrak itu melarikan diri sebelum membuat laporan polis,” katanya.
Katanya, selepas menerima laporan, tiga anggota polis menemani pengadu pulang ke rumah berkenaan untuk mengambil pakaiannya.
Bagaimanapun, katanya, si mati terus mengamuk dan menyerang orang ramai yang berada di depan rumahnya menggunakan parang.
Menurutnya, pada mulanya, anggota polis dan pengadu cuba memujuk si mati menyerah diri, tetapi lelaki itu terus bertindak agresif dan menyerang mereka dalam keadaan marah.
Katanya, si mati terus mengejar anggota polis dan pengadu hingga ke tingkat dua flat berkenaan sebelum bertembung dengan Kamal Afendi yang kebetulan berada di tempat kejadian.
“Mangsa (Kamal Afendi) mulanya dirempuh seorang daripada kumpulan tadi hingga terjatuh atas kaki lima. Dalam keadaan terbaring itu, dia terus diserang dengan senjata tajam oleh si mati menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan pistol jenis SKP 30 dan melepaskan beberapa tembakan amaran.
“Namun, si mati terus menyerang mangsa dan menetak lutut kanan serta jari hantu tangan kanannya. Dalam keadaan kesakitan, mangsa terpaksa melepaskan beberapa das tembakan lagi ke arah si mati menyebabkan dia terbunuh di tempat kejadian,” katanya.
Zahedi berkata, dalam kejadian sama, seorang suri rumah warga Indonesia berusia 24 tahun yang kebetulan berada di ruang tamu rumahnya turut cedera di lengan dan paha kanan akibat terkena tembakan peluru sesat.
Menurutnya, polis membawa Kamal Afendi menerima rawatan di Hospital KPJ, Seksyen 20 di sini, manakala suri rumah itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan dirawat sebagai pesakit luar.
Katanya, mayat lelaki yang mengamuk itu dihantar ke HTAR untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.
Mengenai dakwaan Kamal Affendi datang bersama-sama anggota polis ke lokasi kejadian, Zahedi berkata, siasatan masih dilakukan.
“Kita akan menyiasat dari pelbagai sudut termasuk mengambil keterangan daripadanya bagi membantu siasatan,” katanya.
Ayat tonggang langgang. .
ReplyDeleteAyat tonggang langgang. .
ReplyDelete