Wednesday, October 3, 2012

Erra Fazira: ‘Perangai kalau cantik takperlah..' Erra cakap macam tu?? biar botul??

Erra Fazira: ‘Perangai cantik, cantiklah diri’

Erra Fazira
Erra Fazira
 
Erra Fazira: ‘Perangai cantik, cantiklah diri’
Muka depan Majalah Wanita edisi terbaru yang berada di pasaran.
 
ARTIS dan kontroversi sememangnya cukup sinonim. Tanpa kontroversi, ibarat seolah-olah makanan tiada bergaram. Bahkan, kontroversi menjadi tunggak kepada seseorang artis sama ada bakal jatuh mahupun meningkat naik.

Ada juga artis yang namanya meletup apabila diterjah dengan kontroversi yang cukup hebat. Dalam pada itu seseorang artis itu juga perlu bijak mengawal situasi kontroversi yang dilalu.

Ada artis yang cepat melenting tidak kurang juga ada yang bersikap ‘cool’. Antara yang tenang berdepan pelbagai perkara yang dihadapkan kepadanya adalah  pelakon, penyanyi dan juga model terkenal Erra Fazira.

Biarpun sering kali diasak dengan pelbagai soalan peribadi baik sebelum berkahwin sehinggalah kini memiliki seorang cahaya mata, namun bekas ratu cantik ini cukup bijak mengawal emosi dan tidak mudah melatah dalam temu bual bersama Mingguan Wanita.


MW: Apa komen Erra tentang kontroversi sesama artis yang banyak berlaku sekarang?

ERRA : Ini semua bergantung kepada pemikiran seseorang artis. Jika mempunyai sifat baran, suka bertelagah atau konon-konon mahu menegakkan kebenaran diri atau apa sahaja mereka tetap harus ikut cara yang betul kerana anda adalah ‘public figure’.

Sebagai Artis yang memilih bidang ini suka atau tidak suka kalau boleh penampilan dan keterampilan diri harus positif kerana anda dipandang masyarakat. Itu pengalaman saya.


MW: Sebagai artis senior, apa pandangan Erra mengenai artis baru yang sering menimbulkan masalah dengan bermasam muka, bergaduh dan sebagainya dengan artis lain?

ERRA: Penyakit sebegini memang akan sentiasa ada walaupun pada masa akan datang tetapi tidak semua artis begini. Hanya segelintir sahaja manakala yang lainnya lebih tertumpu pada karier. Sekarang lebih ramai yang mahu memajukan diri kerana minat dan cintakan bidang ini.


MW: Pernah bergelar ratu cantik sebelum ini, adakah Erra terasa terbeban dengan gelaran tersebut kerana terpaksa ‘maintain’ cantik terutama ketika berhadapan dengan orang ramai?

ERRA: Ini terpulang kepada penerimaan diri sendiri. Sampai bila saya harus membawa bersama imej ratu cantik terutama apabila bekerja dalam bidang ini. Apabila bekerja seperti sekarang, saya bukan lagi membawa gelaran ratu cantik sebaliknya saya memilih menjadi artis.

Jika tampil dengan sesuatu yang tidak ‘bersedia’, ini akan melibatkan imej dan periuk nasi saya sendiri. Sebagai artis, kena pandai membawa diri,  tahu majlis dan keterampilan yang sesuai dengannya.

Sebaliknya, jika tidak bekerja, jadilah diri sendiri. Tidak perlu tampil cantik sentiasa, rimas rasanya kalau sedemikian. Pada saya, cantik bukan hanya sekadar memakai mekap tetapi  tampil ringkas sudah memadai. Kalau ‘perangai’ cantik maka cantiklah anda.


MW: Erra seorang ibu yang cukup prihatin terhadap keperluan Alesya. Ada ikuti kelas keibubapaan sehingga kini?

ERRA: Sebelum bergelar ibu saya memang ada ikuti kelas keibubapaan, tetapi selepas Alesya lahir dan sehingga kini sudah tiga tahun, saya hanya praktikkan apa yang saya belajar. Perkara paling penting saya praktikkan adalah mengurut anak saya. Sejak kecil sampai besar, kalau saya tidak buat, Alesya sendiri akan tanya kenapa tidak urut dia. Kadang-kadang ada juga dia pula yang urut saya.


MW: Adakah Erra menyediakan bajet untuk anak setiap bulan?

ERRA: Semuanya bergantung pada keperluan anak seperti syampu, mandian dan sebagainya yang penting dan harus  ada. Tetapi tidak bermakna setiap bulan saya membeli. Jika perlu atau hampir kehabisan barulah saya membelinya.

Tetapi saya memberi penekanan  lebih kepada pemakaian losen serta mengurut dengan menggunakan minyak telon sejak anak saya masih bayi sehingga sekarang. Biasanya saya akan melakukan sendiri apabila tidak keluar bekerja,  jika tidak pembantu yang akan buat. Tapi yang perkara yang kami kongsi bersama adalah memakai wangian., memang itu perkara wajib  yang  Alesya tiru daripada saya selepas siap berpakaian.


MW: Antara Erra dan suami, siapakah yang lebih tegas dalam mendidik anak?

ERRA: Alesya seorang yang penyayang dan dia sentiasa menitik beratkan hal orang lain. Tetapi itu tidak bermakna saya suka manjakan anak. Kalau dikira saya paling tegas berbanding ayah dia. Kalau dengan saya, memang Alesya sukar memperoleh terutama makan makanan segera. Tetapi dengan ayahnya dia memang senang nak dapat.


MW: Anak zaman sekarang lebih terdedah kepada teknologi . Adakah Erra sendiri memberi pendedahan pada Alesya?

ERRA: Zaman sekarang zaman teknologi, bukan anak saya sahaja sebaliknya anak-anak seangkatan dengan Alesya sudah terdedah pada teknologi. Tapi ia sebenarnya boleh menjejaskan kehidupan sosial.

Tidak dinafikan, dia turut mengalami masalah tersebut memandangkan Alesya anak tunggal. Dia agak pemalu dan lambat untuk bercampur dengan orang ramai. Untuk mengelakkan hal ini selain meningkatkan daya kreativiti, saya mengajar Alesya bermain origami dan permainan lain yang menjana mindanya.

Tetapi dalam masa yang sama, penggunaan teknologi tidak boleh diletak ke tepi kerana ia juga amat penting untuk Alesya kelak. Selain itu, saya juga menghantarnya ke play school dan dia cepat tangkap lagu dan melodi.

Mungkin waktu mengandung saya suka memasang lagu-lagu berentak klasik, dan juga mengaji di perut. Jadi itu yang menyebabkan Alesya mudah tangkap terutama melodi lagu.


MW: Alesya sudah berusia tiga tahun, tidakkah Erra dan suami teringin menimang cahaya mata kedua?

ERRA: Ini semua bergantung kepada anugerah Tuhan. Buat masa sekarang belum ada lagi rezeki. Mungkin ada sebab dan musabab kenapa kami belum ada rezeki menimang cahaya mata kedua.

No comments:

Post a Comment