Thursday, February 23, 2012

Tun Mahathir akui balas surat, tolak hubungan dengan Israel

 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa kerajaan Malaysia di bawah pentadbirannya menolak hubungan Malaysia dengan Israel dan jawapan itu diberikan melalui sepucuk surat kepada Perdana Menterinya, Ehud Barak.

Beliau menjelaskan surat daripada Israel pada ketika itu adalah mahu Malaysia menukar pendirian mengenai hubungan antarabangsa dengan Israel.
 
"Saya menjawab balik mengatakan Malaysia tidak akan ada apa-apa hubungan dengan mereka (Israel) selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan rakyat Palestin," katanya selepas menghadiri perasmian Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di sini, hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika ditanya dakwaan pelbagai blog pembangkang mengenai sepucuk surat yang diutuskannya apabila menerajui pentadbiran Malaysia ketika itu kepada Israel.

Dr Mahathir yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) berkata, bagaimanapun kerajaan Malaysia tidak membenarkannya menyiarkan surat berkenaan walaupun beliau mahu berbuat demikian. - BERNAMA

Guan Eng, DAP suka tikam belakang, PAS buat buta


Datuk Dr Wee Ka Siong

Guan Eng perlu nafi tuduhan semasa perbahasan

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu menepis tuduhan terhadapnya semasa perbahasan antara beliau dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek Sabtu lalu dan bukannya menerusi media selepas perdebatan itu.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong berkata masa yang sama diberikan kepada kedua-dua pihak untuk bercakap, namun Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang tidak menggunakan masa tersebut untuk menolak dakwaan terhadapnya, sebaliknya memilih untuk memberi penjelasan menerusi persidangan dan kenyataan akhbar.

"Tiada pemenang dalam perbahasan itu yang keputusannya adalah terserah kepada pengundi untuk membuat keputusan. Oleh itu Lim tidak perlu terlalu teruja, kerana perbahasan dilakukan secara adil.

"Perbahasan berkenaan memberi setiap orang ruang untuk membincang isu secara rasional dan memulakan perang mulut selepas itu adalah bertentangan dengan tujuan asal perbahasan," katanya dalam satu kenyataan.

Wee berkata tuduhan Lim bahawa Chua sengaja menyasarnya semasa perbahasan dan susunan dewan perbahasan dilakukan secara tidak adil, adalah menghairankan.

Sementara itu Jabatan Publisti MCA berkata perbahasan tersebut yang bertajuk "Masyarakat Cina di Persimpangan Poltiik: Adakah Sistem Dua Parti Menjadi Sistem Dua Bangsa" boleh dilayari di laman web MCA http://www.mca.org.my/, di laman Facebook (http://www.facebook.com/MCAHQ) atau di Youtube http://www.youtube.com/MCAHQ.


Thursday, January 12, 2012

Terlajak Perahu boleh di undur, terlajak kata??? Seperti anjing menyalak bukit lah..


Petikan yang di ambil dalam entri terkini Aspan Alias
Di antara manusia dan haiwan juga ada elemen perlu memerlukan di antara satu dengan lain. Tiada haiwan tiada manusia dan makhluk yang lain. Di antara yang hidup seperti manusia dan pokok serta hutan belantara ada elemen perlu memerlukan di antara satu dengan yang lain. Kita memerlukan juga perkara-perkara yang tidak bernyawa seperti batu dan bata-bata serta yang lain-lain untuk kehidupan kita.

Itu lah sebabnya kita perlu dan mesti mengenali dengan dekat dan baik di antara kita manusia yang di jadikan Tuhan dengan berbagai rupa dan bangsa serta agama dan budaya ini. Kalau kita tinjau dalam kontek negara kita ini, kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama, adat resam dan cara hidup seharian ini, kerjasama di antara semua ini adalah wajib dan mandatori Ini seruan Tuhan kita dan tuhan-tuhan agama lain juga.

Nota : KA tidak pernah ada tuhan melainkan Allah. Patutlah Aspan Alias memilih multi racial kerana kehidupannya penuh dengan tuhan-tuhan alam.. Siapa lagi kalau bukan DAP!!!!

Petikan entri berikutnyadi temui di sini

Marah betul Aspan: katanya di laman malaysianinsider :

Siapa yang kena “reject” ini? Kalau Umno kena “reject” tentulah ada sebabnya. Orang seperti saya bukan suka-suka hendak “reject” Umno tetapi oleh kerana keadaan yang membuatkan Umno itu terpaksa di “reject”. Saya perhatikan pemimpin-pemimpin Umno dan penyokong-penyokongnya yang membela membabi buta ini hanya mahu mendengar apa yang mereka hendak dengar sahaja.
Sumber : Klik sini

Nota : Siapa yang mereject UMNO??? 
a. Aspan Alias
b. Tengku Razaleigh Hamzah
c. Anwar Ibrahim
d. Nik Aziz Nik Mat
e. Kesemua di atas

Bukan kah ke semua nama yang di sebutkan di atas tidak memperoleh apa yang mereka kehendak di dalam UMNO???

Di sebabkan tidak memperoleh apa-apa di dalam UMNO, adakah segala-galanya berpunca dari UMNO??

Apa rakyat tidak berfikir ke segala tindak tanduk mereka?? Rakyat tidak bodoh..

Nota : KA tidak gentar!!!!

Tuesday, December 27, 2011

CheguBard ditahan Polis lagi...

Semalam (27 Dis 2011), Chegubard telah ditahan di balai polis Seremban 2 kerana sebuah akaun twitter yang menggunakan nama AMK_Rembau. Laman Twitter berkenaan didapati membuat komen yang didakwa menghina DYMM YDP Agong.

Penahanan ke atas chegubard adalah kerana beliau dikatakan mempunyai hubung kait dengan pemilik akaun twitter AMK_Rembau.
Julai lalu, sebuah NGO telah membuat laporan polis ke atas sebuah akaun twitter yang menggunakan nama ‘AMK Rembau’, kononnya kerana menghina DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.
Bagaimanapun, ia segera dinafikan oleh Ketua AMK Rembau iaitu Md Sani Mohd Shah didalam satu kenyataan akhbar dengan mendakwa akaun tersebut bukan milik pemimpin PKR tersebut.(BACA SINI)
CheguBard juga menafikan dia adalah pemilik akaun laman sosial berkenaan. Katanya, akaun twitter AMK_Rembau muncul ketika Pemilihan 2010 PKR semata-mata untuk memburuk-burukkan namanya yang bertanding jawatan Ketua AMK.
Setelah keterangan diambil, chegubard dilepaskan pada hari yang sama dengan jaminan polis.
Pihak polis telah merampas BlackBerry kepunyaan Chegubard dan pihak polis juga cuba untuk mendapatkan laptop milik Chegubard dan juga laptop kepunyaan PKR Cabang Rembau.
Sumber: MPP

Thursday, September 1, 2011

MAT SABU JADI ‘BEBAN’ PAKATAN RAKYAT




Pengerusi DAP Karpal Singh mahu rakan pemimpin parti pakatan Mohamad Sabu, menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.
Pemimpin DAP itu berkata rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.
“Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mohamad Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya,” kata Karpal Singh.
Mohamad Sabu, yang juga Timbalan Presiden PAS, semasa berceramah di Tasek Gelugor di sini pada 21 Ogos lepas didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.
Karpal Singh berkata Mohamad Sabu, atau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sepatutnya segera bertindak meredakan keadaan dan menenangkan perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.
Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata kenyatan Mat Sabu tidak wajar dan ia boleh menjejaskan parti pakatan.
Dah tak tentu arah geng pakatan rakyat ni……..sama sejenis jer mereka ni….wayang lebih…..
‘TERLAJAK KATA MEMBAWA BINASA ‘  cakap kalau tak pakai otak inilah jadinya…..
JANGAN PERMAINKAN SENSITIVITI ORANG MALAYU !!!   APATAH LAGI PEJUANG NEGARA !!!
BURUK PADAHNYA !!!!

Sunday, August 28, 2011

Kenyataan Mat Sabu Khianati Pejuang Bangsa, Negara



Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong adalah satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air..
Kenyataan Mohamad Sabu bahawa pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.
Mohamad membuat kenyataan itu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar.
Pemimpin PAS itu turut membuat kenyataan biadab dengan mendakwa Allahyarham Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan.
Beliau dengan angkuhnya telah mengangkat kezaliman pengganas komunis sebagai satu kemuliaan. Kenyataan seperti itu adalah manifestasi kealpaan Mohamad Sabu terhadap sumbangan besar pemimpin Melayu terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air.
Mohamad Sabu wajar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana membuat kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab itu.
Mohamad Sabu lupa bahawa hasil perjuangan mereka (pemimpin Melayu), bangsa Melayu telah mendapat suntikan semangat dan kesedaran politik luar biasa untuk bangkit menentang penjajah Inggeris dan Malayan Union.
Hasil sumbangan tokoh-tokoh besar pemimpin Melayu inilah, bangsa Melayu bangkit bersatu melalui persatuan-persatuan Melayu, yang kemudiannya melahirkan wadah Umno untuk memperjuangkan kemerdekaan negara serta mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam.
Beliau berkata hasil perjuangan suci barisan pemimpin Melayu berkenaan, negara bukan sahaja mencapai kemerdekaan, malah kedudukan Raja-Raja Melayu, hak-hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan hak-hak yang sah bagi kaum lain telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perkara asas ini yang menjadi teras pembentukan negara Malaysia yang merdeka, telah terpahat dalam perlembagaan dan terpelihara sehingga ke hari ini.
Hakikatnya, penyatuan bangsa Melayu dan persefahaman murni dengan kaum-kaum lain yang dipelopori oleh pemimpin kita terdahulu telah membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan dalam masa yang singkat tanpa pertumpahan darah.
Hakikat sejarah ini tidak boleh dipadamkan atau ditulis semula oleh sesiapapun !!!

Tuesday, August 23, 2011

Jangan kompromi dengan musuh Islam


 
Dengan dunia tanpa sempadan yang dilalui kini, apa saja agenda boleh meresap masuk di mana saja dan budaya ini menjadi satu senjata kepada musuh untuk membuat propaganda memecah belahkan orang Islam termasuk di Negara ini sehingga membuatkan pertelingkahan juga peperangan dikalangan sesama agama dan bangsa sendiri.
Ini telah terbukti dengan kejatuhan beberapa Negara Islam yang dahulunya kuat dan gagah tetapi kini tumbang samada dengan cara diperangi oleh senjata berat ataupun dengan melalui perbalahan rakyat Negara tersebut sendiri hasil dari resapan permainan ideologi pihak musuh luar.
Seluruh orang Melayu Malaysia amnya mesti teguh serta bersatu mempertahankan agama Islam yang dianuti serta menjadi agama rasmi Negara ini.
Orang Melayu mesti sedar juga bangkit berjuang menangkis semua cubaan jahat pihak musuh yang mulai berani mencemari kesucian agama Islam ini sambil sentiasa berwaspada kepada ancaman sebenar musuh iaitu mahu melihat Negara ini tergadai dan Melayu musnah.
Kita mesti sedar dan bangkit serta menjadikan perjuangan ini sebagai tanggung jawab yang mesti dilaksanakan disamping mengikis sifat mementingkan diri sendiri kerana apabila agama kita dicabar, diperlekehkan maka kitalah yang sewajarnya tampil menjadi benteng mempertahankannya.
Jangan anggap semua yang berlaku ini remeh dan hanya membiarkan sesuatu pihak sahaja bertindak dan kita pula berpeluk tubuh…..ini adalah kewajipan untuk semua orang Islam berjuang sebagai sebuah organisasi teguh dan bermaruah….
TUNJUKKAN KEKUATAN KITA !!!