Di satu
peristiwa di mana orang ramai sedang menuggu ketibaan Tun Mahathir untuk
satu upacara anjuran PERKASA di dewan Kg Datuk Keramat AU hampir
setahun lalu, saya juga turut berdiri bersama bersama mereka menunggu
saat ketibaan Tun itu.
Sambil menunggu saya sempat memerhati kan seorang tua yang turut setia bersama menunggu di luar pagar dewan itu.
Apa yang
menarik perhatian saya ia lah cara dia berpakaian , tidak tumpah seperti
orang orang PAS dgn jubah dan serban belang putih dan hijau nya.
Dia juga
seolah olah perasan saya memerhati kan nya.Entah macam mana dalam
berpusu pusu dengan ramai nya orang yang datang bersama rombongan bas
tiba tiba saya sudah berada berdiri sebelah nya di bawah sepohon pokok.
Lantas saya
bertanya "Pak cik pun tunggu Tun ke?", jawpannya "Ia lah nak ooi. Nak
tunggu sapa lagi " jawap pakcik tu dengan pelat Kedah dia.
Kemudian dia
sambung cerita seolah olah tahu saya semacam musykil dengan perwatakn
PAS nya itu dan terus dia berkata "Pak cik ni umuq dah dekat 70 dah, dah
undi dekat 5 ka 6 kali tak ingat.
"Pak cik ni
mola dulu tak dak undi sapa dah , undi PAS saja, kambing pakai serban
pun pak cik tak soai terus undi PAS." saya tergelak dan dia masih terus
serius. Lalu saya bertanya "abih skang macam mana pak cik?"
Dengan cemek
muka dia sambung "La ni dah 3 kali dah pak cik undi amno dah tak dak
sapa lagi dah, kambing wakil umno pun pak cik pangkah umno jugak" saya
pun gelak.
"Kenapa bole tuka pak cik sbb org sokong PAS ni hati dia rendam dlm neraka 3 kali pun hancuk dia PAS jugak?" saya seloroh.
"Cam ni la
nak, pak cik tak tau la apa PAS dah buat kat pak cik tapi pakcik undi
jugak sebab depa kata PAS ni Islam. La ni kita orang kampung nak caya
sapa lagi kalau bukan imam, toi dak?" kata nya lagi.
Saya angguk.
"satu hari di mekah, la ni duit sapa lagi kalau bukan anak pak cik, dia
kerja baguih di Kl ni, pak cik kat mekah tengah berebut nak masuk dalam
masjid.
Orang kulit
itam la ni badan besaq tolak pak cik sana sini dah la pak cik badan
katun ja kecik, rasa nak mati pun ada, dalam rhimaih tu.
"Tiba - tiba
askaq arab tu tunjuk kat pak cik, tapi dia macam tunjuk kat beg kecik
yang pak cik sandang, pak cik pun tgk la kat beg pak cik. Tak sedaq ada
bendera Malaysia.
"Askaq tu
jerit - "Mahathir Mahathir" dan sorang askaq lagi tarik pak cik kasi
laluan, pak cik pun lepaih, dan bawak pakcik masuk.
Lepas
solat tu pak cik duduk mengadap kaabah tiba - tiba lintaih dalam pale
pak cik "Mahathir Mahathir" sedang dia patut jerit "Malaysia Malaysia".
"Terus pak
cik pikiaq. 2 anak laki laki pak cik kerja syarikat madiaq cipta, anak
pak cik lgi sorang pi universiti islam madiaq cipta.
"La ni
pakcik duk sokong ntah sapa nama tak da apa apa buat kat pak cik pun, di
tempat suci pak cik terbuka hati , la ni tuhan nak tunjuk kot sapa yg
ada jasa sapa yg tak dak"
No comments:
Post a Comment