KOTA BHARU - Tak tahulah apa lagi
kepala-kepala Pas akan auta selepas ini sebabnya hari ini, Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed
dedahkan jumlah peruntukkan yang diberikan kepada Kelantan sejak 12
tahun dulu untuk selesaikan masalah air Kelantan.
Peruntukkan tersebut diberikan dalam dua bentuk, geran dan pinjaman mudah sebanyak RM597 juta tanpa sebarang faedah.
Geran disalurkan melalui jabatan dan
agensi Kerajaan Pusat yang kemudiannya akan bekerjasama dengan syarikat
Air Kelantan Sdn Bhd untuk pelaksanaannya. Sebagai contoh pembinaan loji
baru, pemasangan paip dan sebagainya.
Setelah siap projek ini, ia akan diserahkan kepada AKSB secara percuma
dan AKSB yang dapat hasilnya.
Berikut adalah pecahan geran yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan isu air di negeri ini :
1. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
i) Bekalan air - RM265 juta.
ii) Menaik taraf loji - RM81.5 juta
2. Jabatan Kesihatan
Program Bekalan Air Dan Kebersihan Alam Sekeliling (Bakas) - RM53.4 juta.
3. Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) - RM36.2 juta.
4. Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)
Pembinaan dua loji di Gua Musang dan Pasir Puteh - RM22 juta
5. Peruntukkan Khas Timbalan Perdana Menteri - RM2.5 juta.
Fakta ini disembunyikan oleh Pas.
Sebenarnya pemimpin Pas tahu negeri ini menerima peruntukkan yang sama
dengan negeri-negeri lain malah lebih banyak.
Sudahlah belasah duit AKSB, puak-puak
Pas pusing cerita pula salahkan Barisan Nasional (BN) pula. Sebenarnya
mangkuk-mangkuk Pas ini tidak tahu mengurus, bercakap sahaja Islam tapi
kebas duit untuk perut sendiri. Roh perut lagi besar dari roh Islam. -
No comments:
Post a Comment