Tuesday, December 25, 2012

Usah Terperangkap Ajakan Pembangkang Buat Eksperimen Untuk PRU 13


BEAUFORT –  Usah terperangkap dengan ajakan pembangkang yang meminta agar eksprimen dibuat pada pilihan raya nanti.

Nasihat itu dilontarkan oleh Ketua UMNO Bahagian Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad ketika ditemui selepas majlis berkhatan beramai-ramai peringkat DUN Lumadan di dewan Kampung Lumadan dekat sini.

Majlis anjuran UMNO Sipitang turut dihadiri oleh Adun Lumadan Datuk Kamarlin Ombi, Setiausaha UMNO Sipitang Alidin Mohamad, Ketua Wanita UMNO Sipitang Datuk Surinam sadikun dan Ketua Daerah Mengundi Lumadan Muanam Mujairto serta AJK UMNO Sipitang serta seramai 80 orang pesrta berkhatan di majlis tersebut.

Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang berkata ajakan pembangkang itu merupakan perangkap kepada rakyat kerana ia boleh menyebabkan rakyat kehilangan dengan apa yang dinikmati ketika ini.

Menurutnya rakyat ketika ini telah menikmati kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran dan semuanya adalah hasil daripada usaha serta perjuangan Barisan Nasional (BN).

“Berdasarkan kepada rekod BN telah memperlihatkan kecemerlangan dan rakyat tidak perlu untuk melakukan eksprimen,” katanya lagi.

Katanya rakyat perlu membuat keputusan yang bijak dengan membuat penilaian terhadap apa yang telah dilakukan oleh BN.

Menurutnya jika dibandingkan BN dengan pembangkang, ternyata BN lebih sukses kerana perjuangan BN mengutamakan kepentingan serta kebajikan rakyat berbanding  pembangkang yang perjuangannya untuk diri sendiri dan individu tertentu.

“Jangan kita musnahkan masa depan diri dan juga generasi akan datang…rakyat telah memiliki kerajaan yang terbaik iaitu Kerajaan BN dan ia tidak memerlukan rakyat untuk melakukan eksperimen,” katanya lagi.

Sebelum itu pada majlis tersebut Sapawi melahirkan rasa bangga dengan semangat kerjasama dan persefahaman yang diperlihatkan oleh penduduk kampung tersebut.

Katanya semangat kerjasama dan persefahaman itu hendaklah diteruskan dan diwariskan kepada generasi akan datang.

“Nilai murni ini perlu dikembangkan dan biar ianya diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment