PETALING JAYA – Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa
terdapat lebih 10 pegawai kerajaan terlibat dalam komplot menjadi tali
barut Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk mendedahkan maklumat
melibatkan keselamatan negara.
Presidennya, Azwanddin Hamzah mendakwa, pegawai kerajaan itu juga
terlibat menutup maklumat Suaram menerima dana asing yang dikatakan
bernilai kira-kira RM100 juta sejak 1998.
Azwanddin mendakwa pegawai kerajaan itu disogok Suaram melalui dua
syarikat iaitu Suara Komunikasi Enterprise dan Suara Inisiatif Sdn Bhd.
“Saya dapat beberapa bukti dan ini merisaukan kerana bagaimana pegawai
kerajaan ini berani menerima sogokan Suaram untuk dedah rahsia
kerajaan.
“Ia melibatkan beberapa kepentingan dalam kementerian dan jabatan
antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Perdana Menteri
(JPM) dan Bank Negara,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini,
semalam.
Sumber : Sinar Harian
Sumber : Sinar Harian
No comments:
Post a Comment