Sunday, September 26, 2010

Syabas !! Muhyiddin balun Kit Siang isu pengetua


Best betul tengok Muhyiddin smash Bapa kepada Guan Eng Lidah biawak ini yang boleh dibaratkan sebagai bola tanggung untuk beliau . Kit Siang ingat dengan memainkan isu perkauman untuk dikaitkan guru dan pengetua sekolah , beliau boleh jadi hero dan desak Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran supaya mengambil tindakan terhadap mereka ini .

Tetapi Kit Siang punya stail sama seperti anaknya yang cuba tunjuk pandai mereka , akhirnya kena kaw -kaw punya hantam dari Muhyiddin . Memang puak2 ini bodoh dan bangang dalam pentadbiran dan undang2 dan lihatlah bagaimana mereka tadbir di Selangor dan PP .

Bagaimana lah agaknya kalau Pakatan menang PRU 13 dan Kit Siang jadi Menteri Pelajaran , mungkin habis cikgu2 dan pengetua yang tidak sehaluan dengan mereka akan kena pecat dan tindakan direct oleh mereka. Ini kerana mereka ini totok politik , tidak faham pentadbiran dan buat keputusan ikut emosi . 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Menteri Pelajaran tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana pegawai perjawatan tetap kerajaan seperti pengetua sekolah.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran mencabar pemimpin DAP Lim Kit Siang untuk membuktikan di segi peruntukan perundangan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh menteri untuk mengambil tindakan disiplin.

"Lim Kit Siang, tolonglah... fahamlah, pergi masuk sekolah belajar undang-undang, tentang pentadbiran atau tentang pengurusan. Dia (Kit Siang) tidak ada pengalaman, dia ketua pembangkang tetapi tidak tahu apa-apa.
Muhyiddin berkata, di dalam kes pengetua dan guru sekolah terbabit yang merupakan pegawai kerajaan berjawatan tetap, kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka terletak di bahu Ketua Setiausaha Negara.

"Saya tidak boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya di atas desakan politik DAP atau lain-lain pihak. Perkara ini melibatkan perjawatan tetap kerajaan dan kita mempunyai prosedur dan peraturan mengenainya," katanya.

Muhyiddin berkata tindakan yang diambilnya itu adalah berlainan dengan sikap emosional dan politikal Kit Siang.

"Kit Siang tidak faham, tak pernah jadi pegawai kerajaan. Dia orang politik, 100 peratus totok politik. Dia tidak faham dengan soal pentadbiran," katanya.

No comments:

Post a Comment