Wednesday, September 15, 2010

16 September : Hari Malaysia, Hari Lingkupnya Anwar

16 September merupakan tarikh keramat sempena memperingati penyatuan dua buah negeri iaitu Sabah dan Sarawak menyertai Semenanjung Tanah Melayu sekaligus melengkapkan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. Justeru, hari ini rakyat Malaysia sekali lagi meraikan sambutan Hari Malaysia sempena peristiwa bersejarah tersebut.

Jelasnya, bukanlah perihal itu yang ingin penulis coretkan disini...Apa yang ingin diperkatakan adalah tentang peristiwa yang tidak kurang sensasinya bilamana pada tarikh yang serupa juga menjadi sejarah hitam lagi busuk buat insan yang melopori dunia tabi'i masakini..Anwar Ibrahim.

Tentu sekali kita semua tidak lupa akan provokasi al-juburi itu yang mencanang tarikh 16 September adalah tarikh 'rahmat' Pakatan Rakyat di mana akan berlakunya perubahan drastik dalam fortfolio pentadbiran kerajaan sekaligus menyaksikan al-juburi kebanggaan LGE menjadi Perdana Menteri yang baru.

Senario 16 September tidak mungkin dilupakan oleh penjilat tahi al-juburi itu apabila penipuan politik terbesar Anwar Ibrahim menjadi detik hitam dalam kenyataan 'kelentong' kepada para penyondol Pakatan Rakyat. Masih kita ingat sewaktu itu, Anwar Ibrahim bagaikan John Travolta yang menang dalam anugerah oscar apabila berjaya mengelentong tok-tok Lebai dari PAS, Sami-sami dari DAP dan haprak-haprak dari PKR sendiri mengenai anjakan paradigma drastik 16 September dengan memaklumkan bahawa 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional akan membuat lompatan jarak jauh sehingga masuk ke lubang sengsara ciptaan Al-Juburi, seterusnya melayakkan PR menguasai padang sekaligus membentuk kerajaan Malaysia yang baru.

Ketaksuban Anwar menjerat diri bilamana sejurus insiden penipuan mega Anwar menyebabkan kekecewaan mahakarya cinta pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat sendiri.Ternyata Anwar tersepit dalam fatamorgana illusi sendiri.

Sukanya penulis mengambil kira moral kejadian tersebut di mana rakyat Malaysia perlu tahu bahawa tarikh 16 September adalah tarikh penubuhan Malaysia sebagai mercu tanda perpaduan yang utuh di negara ini. Rakyat harus sedar tarikh itu adalah satu simbol sejarah penyatuan Malaysia yang pelbagai kaum ini.

16 September bukanlah hari penipuan buat Anwar..sebaliknya 16 September ini dijadikan label perpaduan dalam majmuk Malaysia selaras dengan konsep 1 Malaysia. Bagi penulis sendiri..16 September ini merupakan saat kita semua memperingati siapa sebenarnya Anwar Ibrahim..seorang yang masyhur dengan penipuan dan janji-janji kosong yang tidak berarah tujuan...

Salam Perpaduan..Selamat Menyambut Hari Malaysia
'1 Malaysia Menjana Tranformasi'

No comments:

Post a Comment