PETALING JAYA: Pelakon veteran M.  Rajoli, 65, yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal meninggal  dunia di Hospital Ampang, Selangor selepas dimasukkan ke hospital itu  petang Khamis.
Menurut adik ipar Allahyarham,  Mohlis Md. Din,47, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira  pukul 10.45 malam, Jumaat, di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak  bongsunya, Mohd. Arif.
Allahyarham di jadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur, Sabtu.
M. Rajoli disahkan menghidap  kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu dan dijaga  sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din.

No comments:
Post a Comment