Tuesday, September 21, 2010

Nik Aziz Kantoi kali ini.

Nik aziz sedang berbincang , berapa mu boleh kasi PAS... ambo berapa percent. mano boleh...lebih ah sikit, tuh sikit sangat 4 billion. Tuk ambo bapo pulok.
Kali ini PAS kantoi , Nik Aziz amalkan rasuah dan kronisma . Apa lagi Nik Aziz jangan lah nak pusing pusing konon nya tak tahu baca sini . jangan lah Nik Aziz . Jumud jumud Pas , boleh lah Pok Nik Nak tipu.


Bagi tiga hari lagi . Nik Aziz akan keluar dengan muka serious dia dan sedih seolah olah baru kena terajang oleh orang UMNO. Dia akan salahkan UMNO kononnya menuduh mereka dan dia akan ambil contoh yang nak serupa tapi lain dengan apa yang nabi lakukan sebagai perbandingan. Dah dekat nak maposlah tuh orang tua ni.


Nak tipu tak pandai , lepas tub tak percaya kat orang lain , suruh adik gi ambik cek. Ini gambar yang kami siarkan adalah gambar masa Nik aziz berbincang dengan Abdul Rahim Wahab. Wei jumud PAS , tinggalkan saja parti penipu ini.


Sumbangan peribadi RM4 bilion daripada seorang ahli perniagaan, Abdul Rahim Abdul Wahab kepada Pas negeri menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak mengenai tujuan utama pemberiannya.
 
Ini kerana, wang tersebut diberikan selepas Abdul Rahim yang juga Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn. Bhd. (I'DA World) mendakwa syarikatnya telah diberikan kelulusan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) bernilai RM1 trilion yang akan dimulakan di Tumpat pada 15 November ini.

Sehubungan itu, Pengerusi Orang Muda Anti Korupsi Kelantan (Ombak), Anuar Safian mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar tampil menyiasat mengenai wang tersebut.
"Dakwaan seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana sejak akhir-akhir ini memang wujud banyak penyelewengan kerajaan negeri yang sedang dipantau oleh kita.

"Oleh itu, SPRM perlu menyegerakan siasatan ke atas kes tersebut yang sampai sekarang masih lagi di awang-awangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada majlis pelancaran projek tersebut di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin, Abdul Rahim membuat kejutan apabila mengumumkan sumbangan peribadi bernilai RM4 bilion kepada kerajaan negeri.

Bagaimanapun, tiada Exco Kelantan kelihatan bagi mewakili Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke majlis berkenaan sebaliknya replika cek terbabit hanya disampaikan kepada seorang individu dikenali sebagai Nik Din yang mendakwa dirinya adik kepada Nik Abdul Aziz.

Selain menerima replika cek berkenaan, Nik Din turut mewakili kerajaan negeri menandatangani papan simbolik pelancaran projek berkenaan yang tertera nama Nik Abdul Aziz.

Abdul Rahim yang didakwa sebagai lelaki bumiputera terkaya dunia di kalangan orang yang hadir ke majlis tersebut turut menyumbangkan 'zakat' sebanyak RM1 trilion untuk projek S7 termasuk pembinaan lebuh raya 10 lorong menghubungkan Kelantan, Perak, Kedah, Perlis sehingga ke Sang Lang, Thailand.

Dakwa Abdul Rahim, kelulusan tersebut telah diberikan oleh Nik Abdul Aziz kepadanya melalui sepucuk surat rasmi pada petang sebelum pelancarannya.

Sementara itu, Anuar berkata, SPRM juga perlu mendedahkan status terkini semua kertas siasatan berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan melibatkan kerajaan negeri.

"Rakyat Kelantan tertanya-tanya tentang kedudukan kes tersebut yang sampai sekarang masih lagi kabur," tegasnya.

Dalam pada itu, laman web I'DA World iaitu idaworldgroup.com.my telah memaparkan kepala surat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bertarikh 19 September yang memberikan persetujuan terhadap projek S7.

Surat tersebut ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Mustafa Salleh.

No comments:

Post a Comment