Tuesday, September 28, 2010

DAP Diam Bila Melayu Kena Bunuh..




Apabila hebohnya berita mengenai pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 orang pembantunya,tidak ada langsung kedengaran gesaan atau pun bantahan yang disuarakan oleh DAP. Sebelum ini masyarakat begitu maklum dengan tindakan DAP  yang mendesak agar diadakan inkues apabila berlakunya kes kematian pencuri kereta A Kugan di dalam tahanan polis dan Teoh Beng Hock.

Kes yang serupa berlaku di Kulim apabila 6 orang penjenayah India ditembak mati oleh Polis, pihak DAP terus mengecam dan menuduh pihak Polis berlaku kejam dan mendesak agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan diadakan.

Kaitan pembunuh Datuk T Pathanaban bersama konco konco nya dengan DAP amat dekat,diberitakan beliau adalah ahli seumur hidup parti DAP.  Pihak DAP langsung tidak bersuara apabila menyedari suspek adalah ahli parti DAP.Malah tidak ada mana mana pemimpin daripada pakatan rakyat yang menyeru agar inkues ataupun suruhanjaya diraja untuk menyiasat perkara ini.

Nyawa orang melayu begitu murah, hinggakan dilihat adalah tidak penting bagi pihak DAP.Mereka hanya melihat dari aspik perkauman yang rasis jika ada peluang untuk menghentam kerajaan Melayu,maka segala usaha digerakkan untuk memburukkan persepsi terhadap kerajaan dan agensi penguatkuasaan.

Sebolehnya ramai pihak tidak mahu mengaitkan isu pembunuhan Datuk Sosilawati dengan politik,kita tidak dapat mengelak daripada isu ini dipolitikkan kerana dari awal awal lagi Hj Nizar dan Mahfuz sudah pun menuduh UMNO dan pemimpin negara terlibat dalam kes ini.

Hinanya batang tubuh melayu apabila berlaku sesuatu yang tidak menyebelahi DAP,mereka hanya dipandang sebelah mata dan tidak dipedulikan.Amat menghairankan tidak ada pula gesaan daripada mana mana pemimpin melayu pakatan yang mendesak seperti mana berlakunya terhadap Teoh Beng Hock.

Kesimpulannya,melayu sejak dari dulu dilayan bagaikan kelas kedua oleh pihak DAP dan pakatan,jika berlaku terhadap yang bukan melayu mereka akan cepat cepat untuk bertindak dan membuat protes.
DAP ANTI MELAYU DAN ISLAM

oleh:  allmadat.

PANAS - Seluruh Pelusuk Cabang PKR Di Nodai RASUAH


Anwar bapak kepada segala rasuah dan kejahatan telah melihat hasil benih benih beliau tumbuh subur didalam parti yang memperjuangkan kerja liwat beliau. Lubok atau sarang PKR di Permatang Pauh menjadi pusat kepada segala rasuah politik,Anwar Ibrahim yang menjadi ahli Parlimen di Permatang Pauh benar benar membajai kawasan parlimen ini dengan amalan rasuah politik wang.

Pemilihan diperingkat cabang Permatang Pauh menyaksikan Dr Mansor menang tanpa bertanding. Ini kerana penyandang yang dicalonkan dikenali sebagai Pak Tam telah diarahkan menarik diri daripada bertanding oleh Anwar dengan membuat satu panggilan telefon sahaja. Dr Mansor menang tanpa bertanding.Perkara ini telah mendapat bantahan para penyokong Pak Tam.

Pada masa yang sama Pak Tam telah dirasuah RM8 ribu oleh dua orang yang pro kepada kem Anwar Azmin.Ini sebagai imbuhan kerana Pak Tam akur atas kehendak Anwar menarik diri daripada bertanding.

Blog ini juga difahamkan setiap pencalonan terhadap calon yang bertanding diperingkat tertinggi di akan bayar RM200-RM500 untuk satu undi.Perkiraan sudah dibuat oleh Azmin dan gerembolannya untuk terus mengawal pengundi mereka.

YB Yusmadi kononnya menjadi badan pemantau kepada pemilihan kali ini hanyalah dilihat sebagai tonggol kayu yang tidak mampu berbuat apa apa.Ini kerana segala percaturan politik wang adalah datangnya daripada ketua umum parti Anwar Ibrahim.

Inilah akibatnya apabila sipeliwat dan pembohong yang rosak akhlaknya menjadi peneraju parti.Dari atas hingga kebawah semuanya rosak. 

Sunday, September 26, 2010

Syoknya Bila MB N.Sembilan Bantai Pembangkang

LOBAK - Eden baru ini sempat mengikuti satu program kemasyarakatan anjuran MCA Bahagian Seremban di mana ianya dihadiri ramai masyarakat majmuk negeri ini. Program Karnival 1 Malaysia yang diadakan itu meliputi pelbagai acara sihat antaranya aktiviti bersenam beramai-ramai, pertunjukkan Silat Silambam, Wushu dan tarian kebudayaan oleh anak-anak comel dari kaum Tiong Hua.

Apa yang Eden tertarik bila menyaksikan perlawanan Futsal antara taman-taman sekitar Lobak. Bahkan yang menjadi tarikan apabila YAB Menteri Besar N.Sembilan sudi merasmikan perlawanan futsal tersebut dengan memula sepak bola. Memang berbakat menyepak Menteri Besar kita tu..

Namun, apa yang ingin Eden kisahkan di sini betapa galaknya tawa para hadirin pada pagi itu bilamana mendengar ucapan aluan dari Ketua Bahagian MCA Seremban, Dato' Peter Lai Yit Lee yang membidas tindakan pembangkang dalam mempersoalkan isu perpaduan.

"Kita tidak harus membiarkan puak pelampau yang bertopengkan agama untuk menghancurkan kepimpinan negara, usaha Perdana Menteri perlu disambut baik oleh setiap rakyat, semua kaum mesti utamakan kepentingan kemajuan negara," jelasnya.

Sementara itu, YAB Menteri Besar pula berucap dengan rencah yang sama cuma berlainan sedikit nadanya di mana bagi Eden yang mendengarnya, nada YAB MB kita ni sedikit 'hangin' dengan apa yang dilakukan oleh pembangkang di Lobak..DAP ler tu..

"Jadilah pemimpin yang benar-benar menjiwai masyarakat, bukan hanya pandai berjanji itu dan ini kepada rakyat tapi apapun tidak ada,"

"Tuan-tuan tengoklah apa yang sudah tuan-tuan dapat dari ADUN tuan-tuan hari ini?? Apa? Mintalah mereka cat flat-flat di Lobak ini, kita tengok apa boleh mereka bikin?"

"Jangan pandai cakap saja...kalau dulu janji jika menang semua flat-flat dan jalan akan di naiktaraf, sekarang bikinlah!" sindir MB kita sambil disambut gelak ketawa dan tepukan gemuruh para hadirin.

Namun, di sebalik tembok pagar padang tersebut, dihujung jalan dan di seberang jalan bahkan di dalam restoran mamak berhampiran program dijalankan terdapat juga wajah-wajah menyinga apabila dikutuk, di perli oleh pemimpin yang betul-betul bekerja untuk rakyat itu..

Eden pun turut sama lah tersenyum dengan sindiran MB kita itu kerana memang jelas telinga capang Eden ini mendengar ngomelan dua tiga individu yang duduk disebelah Eden berbisik..

"Ada butut ini Mat Hasan cakap..sikalang itu Loke Siew manyak susah jumpa, malam ala kalang-kalang jumpa laa..tp selalu mau jumpa itu olang, pigi sana Rahang, dia minum-minum sana maaa.."
(hehehehe...matilah kau lepas ni Loke Siew Fook oii..)

oleh: Eden Anak Nogori

Syabas !! Muhyiddin balun Kit Siang isu pengetua


Best betul tengok Muhyiddin smash Bapa kepada Guan Eng Lidah biawak ini yang boleh dibaratkan sebagai bola tanggung untuk beliau . Kit Siang ingat dengan memainkan isu perkauman untuk dikaitkan guru dan pengetua sekolah , beliau boleh jadi hero dan desak Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran supaya mengambil tindakan terhadap mereka ini .

Tetapi Kit Siang punya stail sama seperti anaknya yang cuba tunjuk pandai mereka , akhirnya kena kaw -kaw punya hantam dari Muhyiddin . Memang puak2 ini bodoh dan bangang dalam pentadbiran dan undang2 dan lihatlah bagaimana mereka tadbir di Selangor dan PP .

Bagaimana lah agaknya kalau Pakatan menang PRU 13 dan Kit Siang jadi Menteri Pelajaran , mungkin habis cikgu2 dan pengetua yang tidak sehaluan dengan mereka akan kena pecat dan tindakan direct oleh mereka. Ini kerana mereka ini totok politik , tidak faham pentadbiran dan buat keputusan ikut emosi . 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Menteri Pelajaran tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana pegawai perjawatan tetap kerajaan seperti pengetua sekolah.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran mencabar pemimpin DAP Lim Kit Siang untuk membuktikan di segi peruntukan perundangan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh menteri untuk mengambil tindakan disiplin.

"Lim Kit Siang, tolonglah... fahamlah, pergi masuk sekolah belajar undang-undang, tentang pentadbiran atau tentang pengurusan. Dia (Kit Siang) tidak ada pengalaman, dia ketua pembangkang tetapi tidak tahu apa-apa.
Muhyiddin berkata, di dalam kes pengetua dan guru sekolah terbabit yang merupakan pegawai kerajaan berjawatan tetap, kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka terletak di bahu Ketua Setiausaha Negara.

"Saya tidak boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya di atas desakan politik DAP atau lain-lain pihak. Perkara ini melibatkan perjawatan tetap kerajaan dan kita mempunyai prosedur dan peraturan mengenainya," katanya.

Muhyiddin berkata tindakan yang diambilnya itu adalah berlainan dengan sikap emosional dan politikal Kit Siang.

"Kit Siang tidak faham, tak pernah jadi pegawai kerajaan. Dia orang politik, 100 peratus totok politik. Dia tidak faham dengan soal pentadbiran," katanya.

Wednesday, September 22, 2010

Khalid Samad Berbohong



Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad masih terus berbohong kepada orang ramai dari isu kuil, gereja, nama Allah dan sekarang isu wakil rakyat bukan Islam memberi ucapan di tempat solat pula.
Pada minggu lalu, ketika umat Islam sedang menyambut kedatangan syawal, Khalid Samad tidak segan silu menyiarkan sekeping gambar yang telah diedit kononnya UMNO membawa wakil rakyat bukan Islam masuk ke tempat solat untuk menyampaikan sumbangan.
Biarpun kita faham, ahli Parlimen Pas yang pertama yang memberi “sermon” dalam gereja kerana hendak membela Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching biarlah berlandaskan fakta dan hujah bukan pembohongan dan penipuan seperti ini.

Kalau belum menjadi pemerintah lagi sudah biasa berbohong dan bersifat munafik, apakah ia akan menjadi “malaikat” jika menjadi pemerintah? Dulu Tien Chua mengedit gambar Datuk Seri Najib, sekarang giliran Khalid Samad pula melakukan.
Apakah Khalid Samad mempunyai hubungan tertentu sehingga sanggup menyiarkan gambar yang disunting bagi membela Teo Nie Ching yang bersikap kurang ajar memberi takzirah di saf pertama tempat umat Islam sujud dalam sebuah surau di Selangor.
Dan konon-kononnya dia juga nak membuktikan bahawa UMNO lebih teruk daripada PAS yang menjadi pencacai kepada kafir harbi DAP apabila dia mendedahkan gambar YB Kamalanathan memberikan sumbangan di sebuah masjid di Sg Tengi Selatan.



Tetapi sayang seribu kali sayang, impian Khalid Samad @ Khalid gereja nampaknya tidak kesampaian untuk menjadi hero kepada ADUN DAP Serdang.



Mimpi Khalid Gereja ini untuk menjadi hero mendedahkan keburukan UMNO juga berkubur apabila gambar YB Kamalanathan di masjid yang ditunjukkan didalam blognya rupanya gambar yang telah diedit.
Perbezaan besar diantara sumbangan derma YB Kmalanathan dan juga tazkirah ADUN DAP Serdang ialah YB Kamalanathan hanya memberi sumbangan di ruang beranda serta menutup auratnya.
Manakala ADUN DAP Serdang bertazkirah di mibar masjid serta berpakaian kebaya ketat dan tak menutup aurat.
Apakah Khalid gereja terlalu bebal untuk membezakan dua hal ini?
Nampaknya Khalid Samad cuba membodohkan rakyat di Selangor dengan gambar editnya. Mungkin dia ingat semua rakyat Selangor adalah bodoh seperti dirinya juga!

Tuesday, September 21, 2010

Menteri Purba dan labu labu nya

Kole Ayan ada dengar kawan dari Jelebu bercerita bahawa baru baru ini ada seorang menteri purba buat program di Jelebu . Tetamu kehormatnya ada lah seorang yang  di hormati dan adalah Boss Menteri Purba ini juga di negeri nya. Tapi oleh kerana menteri purba ini seorang menteri Purba dia rasakan dia lagi besar lah dari boss nya.

Program ini mendapat liputan media eletronik. Malang nya gambar Boss nya keluar tak beberapa saat , yang lain semua gambar menteri purba ini.

Mencelah seorang kawan. Apa nak heran aku pernah  pergi program menteri purba ini masa Merdeka dulu anjuran menteri purba ini. Dia bercakap dulu dan sampai semua orang naik ngantuk , uacapan nya lebih panjang dari uacapan PM. Macam dia lah PM. Kami semua ketawa. agak agak lah....

Nik Aziz Kantoi kali ini.

Nik aziz sedang berbincang , berapa mu boleh kasi PAS... ambo berapa percent. mano boleh...lebih ah sikit, tuh sikit sangat 4 billion. Tuk ambo bapo pulok.
Kali ini PAS kantoi , Nik Aziz amalkan rasuah dan kronisma . Apa lagi Nik Aziz jangan lah nak pusing pusing konon nya tak tahu baca sini . jangan lah Nik Aziz . Jumud jumud Pas , boleh lah Pok Nik Nak tipu.


Bagi tiga hari lagi . Nik Aziz akan keluar dengan muka serious dia dan sedih seolah olah baru kena terajang oleh orang UMNO. Dia akan salahkan UMNO kononnya menuduh mereka dan dia akan ambil contoh yang nak serupa tapi lain dengan apa yang nabi lakukan sebagai perbandingan. Dah dekat nak maposlah tuh orang tua ni.


Nak tipu tak pandai , lepas tub tak percaya kat orang lain , suruh adik gi ambik cek. Ini gambar yang kami siarkan adalah gambar masa Nik aziz berbincang dengan Abdul Rahim Wahab. Wei jumud PAS , tinggalkan saja parti penipu ini.


Sumbangan peribadi RM4 bilion daripada seorang ahli perniagaan, Abdul Rahim Abdul Wahab kepada Pas negeri menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak mengenai tujuan utama pemberiannya.
 
Ini kerana, wang tersebut diberikan selepas Abdul Rahim yang juga Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn. Bhd. (I'DA World) mendakwa syarikatnya telah diberikan kelulusan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) bernilai RM1 trilion yang akan dimulakan di Tumpat pada 15 November ini.

Sehubungan itu, Pengerusi Orang Muda Anti Korupsi Kelantan (Ombak), Anuar Safian mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar tampil menyiasat mengenai wang tersebut.
"Dakwaan seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana sejak akhir-akhir ini memang wujud banyak penyelewengan kerajaan negeri yang sedang dipantau oleh kita.

"Oleh itu, SPRM perlu menyegerakan siasatan ke atas kes tersebut yang sampai sekarang masih lagi di awang-awangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada majlis pelancaran projek tersebut di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin, Abdul Rahim membuat kejutan apabila mengumumkan sumbangan peribadi bernilai RM4 bilion kepada kerajaan negeri.

Bagaimanapun, tiada Exco Kelantan kelihatan bagi mewakili Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke majlis berkenaan sebaliknya replika cek terbabit hanya disampaikan kepada seorang individu dikenali sebagai Nik Din yang mendakwa dirinya adik kepada Nik Abdul Aziz.

Selain menerima replika cek berkenaan, Nik Din turut mewakili kerajaan negeri menandatangani papan simbolik pelancaran projek berkenaan yang tertera nama Nik Abdul Aziz.

Abdul Rahim yang didakwa sebagai lelaki bumiputera terkaya dunia di kalangan orang yang hadir ke majlis tersebut turut menyumbangkan 'zakat' sebanyak RM1 trilion untuk projek S7 termasuk pembinaan lebuh raya 10 lorong menghubungkan Kelantan, Perak, Kedah, Perlis sehingga ke Sang Lang, Thailand.

Dakwa Abdul Rahim, kelulusan tersebut telah diberikan oleh Nik Abdul Aziz kepadanya melalui sepucuk surat rasmi pada petang sebelum pelancarannya.

Sementara itu, Anuar berkata, SPRM juga perlu mendedahkan status terkini semua kertas siasatan berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan melibatkan kerajaan negeri.

"Rakyat Kelantan tertanya-tanya tentang kedudukan kes tersebut yang sampai sekarang masih lagi kabur," tegasnya.

Dalam pada itu, laman web I'DA World iaitu idaworldgroup.com.my telah memaparkan kepala surat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bertarikh 19 September yang memberikan persetujuan terhadap projek S7.

Surat tersebut ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Mustafa Salleh.

Sunday, September 19, 2010

Lee Kuan Yew - Jangan ganggu kami !!!!!


MENTERI Mentor Singapura, Lee Kuan Yew tidak perlu pura-pura berasa sedih kononnya Singapura dipaksa keluar dari Malaysia. Janganlah membohongi sejarah. Soalnya, apakah negara itu akan menikmati kemerdekaan tanpa menyertai Malaysia pada 1963?

Kuan Yew tidak perlu mendabik dada kerana kejayaannya mentadbir negara yang sekangkang kera itu. Kalaulah Tunku Abdul Rahman menolak permintaan Singapura untuk keluar dari Malaysia, hingga sekarang beliau tidak akan menjamah jadi Perdana Menteri.

Jadi eloklah kalau beliau tidak campur tangan dengan urusan Malaysia. Kami rakyat Malaysia hidup aman dan sejahtera kecuali bagi mereka yang sepemikiran dengan Kuan Yew dan suka mengadu-dumba rakyat semata-mata kemarukkan kuasa.

Mereka ini seperti anda Kuan Yew yang suka mengapi-apikan perkauman dan sering menganggap golongan minoriti disisihkan. Beliau tidak pantas mempersoalkan hak istimewa orang Melayu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan dan kontrak sosial.

Lihat sendiri apa yang berlaku di Singapura. Apakah mereka cukup adil kepada rakyat yang berbagai-bagai kaum itu?

Apakah Singapura sebuah negara demokratik yang memberi kebebasan bersuara seperti di Malaysia? Tanyalah media massa di sana. Apakah ada kebebasan akhbar seperti media massa di Malaysia?

Sebenarnya kita di Malaysia tidak berminat untuk bercakap yang negatif tentang Singapura kerana menghormatinya sebagai menghormati jiran. Tetapi sebaliknya Singapura tak habis-habis dengan rasa cemburu menuduh itu dan ini terhadap Malaysia.

Kita pun faham inilah sifat infiority complex' orang yang berasa menjadi hero tetapi tiada siapa mahu mengiktirafnya. Singapura mahu menjadi hero kepada Asia Tenggara. Soalnya, bolehkah Singapura hidup tanpa jirannya, terutama Malaysia dan Indonesia?

Kuan Yew jangan bermimpi mahu menjadikan Malaysia seperti Singapura yang tidak demokratik itu. Apa lagi dasar Malaysian Malaysia yang diwariskannya kepada DAP di Malaysia mahu disemarakkan kembali dengan membangkitkan isu perkauman.

Itulah yang mungkin melukakan hati Kuan Yew apabila berpisah dari Malaysia. Beliau sedang bermimpi untuk suatu ketika Singapura kembali bersatu bersama Malaysia sebagai suatu cara menghidupkan semboyan Malaysian Malaysiannya. Tidak mustahil DAP juga menunggu saat itu.
Jadi kalau saya meminta rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu supaya sedar akan hal ini tentu akan ada orang menuduh sebagai perkauman. Sedangkan perkauman bukan sekadar perbezaan antara kaum.

Melayu sesama Melayu juga wujud perkauman semata-mata kerana berbeza kabilah politik. Mereka yang ekstrem berusaha melakukan perpecahan dan menolak perpaduan sesama bangsa.
Mereka ini tidak peduli tentang masa depan bangsa negara. Kerana yang penting kepada mereka hanya mahukan kuasa. Mereka membutakan mata dan hati seolah-olah kerajaan tidak melakukan apa-apa untuk rakyat dan negara.

Maka sudah sewajarnya sempena Hari Malaysia bagi rakyat yang tahu menghargai hati dan budi, waras pemikiran serta tahu menilai realiti dan kebenaran menolak mainan pelampau politik yang mahu merosakkan perpaduan rakyat dan keamanan negara.

Biarkan pelampau politik yang hanya mengutamakan kepentingan peribadi itu menjadi luncai yang terjun dengan labu-labunya. Apakah kita sanggup mengorbankan segala kenikmatan yang dikecapi selama lebih 50 tahun merdeka ini?

Tepuk dada cari jawapannya. Jangan biarkan para pendusta berjiwa rakus itu menjahanamkan masa depan agama, bangsa dan negara.

Ahad, 2010 September 19 Edisi gambar 18PL!!! Nik Aziz dahulukan Tok Sami dari rakyat Kelantan...

Sampai empat meja yang dikhaskan buat Tok-tok Sami di rumah terbuka Nik Aziz.

Tok Sami dirai dan dijaga sedangkan banyak rakyat melayu di Kelantan masih menderita

Duit raya berbentuk dinar emas juga diberi oleh Nik Aziz kepada Tok-tok Sami tersebut

Apa lagi mau..., makan pun dapat, duit raya pun dapat jugak...

Ramai yang terpinga-pinga melihat kehadiran lebih kurang 40 orang Tok Sami di rumah terbuka Nik Aziz. Rupanya mereka dijemput khas bagi diraikan dirumah terbuka sempena Aidilfitri tersebut.

Pasti ramai juga yang terfikir, sudah tiadakah rakyat Kelantan berbangsa melayu yang lebih wajar diraikan? Dikala masih banyak rakyat Kelantan hidup dibawah paras kemiskinan, Nik Aziz pula memilih untuk mengutamakan Tok Sami daripada individu sebangsanya sendiri.

Apa jenis Menteri Besar yang berfikiran sebegini???

Keluarga miskin yang terpaksa tinggal dalam reban ayam di Pengkalan Chepa ini tak pula Nik Aziz nak rai?? Tok Sami lebih utama nampaknya...

Alangkah baiknya jika Nik Aziz sumbangkan derma dinar emas untuk membaiki rumah rakyat Kelantan yang uzur ini...Takkan Nik Aziz hanya nampak Tok Sami di Kelantan saja..?

Friday, September 17, 2010

M. Rajoli Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Pelakon veteran M. Rajoli, 65, yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis.

Menurut adik ipar Allahyarham, Mohlis Md. Din,47, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam, Jumaat, di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.

Allahyarham di jadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur, Sabtu.

M. Rajoli disahkan menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu dan dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din.

Wednesday, September 15, 2010

16 September : Hari Malaysia, Hari Lingkupnya Anwar

16 September merupakan tarikh keramat sempena memperingati penyatuan dua buah negeri iaitu Sabah dan Sarawak menyertai Semenanjung Tanah Melayu sekaligus melengkapkan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. Justeru, hari ini rakyat Malaysia sekali lagi meraikan sambutan Hari Malaysia sempena peristiwa bersejarah tersebut.

Jelasnya, bukanlah perihal itu yang ingin penulis coretkan disini...Apa yang ingin diperkatakan adalah tentang peristiwa yang tidak kurang sensasinya bilamana pada tarikh yang serupa juga menjadi sejarah hitam lagi busuk buat insan yang melopori dunia tabi'i masakini..Anwar Ibrahim.

Tentu sekali kita semua tidak lupa akan provokasi al-juburi itu yang mencanang tarikh 16 September adalah tarikh 'rahmat' Pakatan Rakyat di mana akan berlakunya perubahan drastik dalam fortfolio pentadbiran kerajaan sekaligus menyaksikan al-juburi kebanggaan LGE menjadi Perdana Menteri yang baru.

Senario 16 September tidak mungkin dilupakan oleh penjilat tahi al-juburi itu apabila penipuan politik terbesar Anwar Ibrahim menjadi detik hitam dalam kenyataan 'kelentong' kepada para penyondol Pakatan Rakyat. Masih kita ingat sewaktu itu, Anwar Ibrahim bagaikan John Travolta yang menang dalam anugerah oscar apabila berjaya mengelentong tok-tok Lebai dari PAS, Sami-sami dari DAP dan haprak-haprak dari PKR sendiri mengenai anjakan paradigma drastik 16 September dengan memaklumkan bahawa 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional akan membuat lompatan jarak jauh sehingga masuk ke lubang sengsara ciptaan Al-Juburi, seterusnya melayakkan PR menguasai padang sekaligus membentuk kerajaan Malaysia yang baru.

Ketaksuban Anwar menjerat diri bilamana sejurus insiden penipuan mega Anwar menyebabkan kekecewaan mahakarya cinta pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat sendiri.Ternyata Anwar tersepit dalam fatamorgana illusi sendiri.

Sukanya penulis mengambil kira moral kejadian tersebut di mana rakyat Malaysia perlu tahu bahawa tarikh 16 September adalah tarikh penubuhan Malaysia sebagai mercu tanda perpaduan yang utuh di negara ini. Rakyat harus sedar tarikh itu adalah satu simbol sejarah penyatuan Malaysia yang pelbagai kaum ini.

16 September bukanlah hari penipuan buat Anwar..sebaliknya 16 September ini dijadikan label perpaduan dalam majmuk Malaysia selaras dengan konsep 1 Malaysia. Bagi penulis sendiri..16 September ini merupakan saat kita semua memperingati siapa sebenarnya Anwar Ibrahim..seorang yang masyhur dengan penipuan dan janji-janji kosong yang tidak berarah tujuan...

Salam Perpaduan..Selamat Menyambut Hari Malaysia
'1 Malaysia Menjana Tranformasi'

Sunday, September 5, 2010

ANWAR RISAU AKAN KEBANGKITAN BLOGGERS MESRA UMNO BN

KEBANGKITAN BLOGGERS MESRA BN DAN UMNO MERISAUKAN DAN MEMENINGKAN ANWAR IBRAHIM KERANA KESAN DARI KEBANGKITAN INI PR KINI DILIHAT TERTEKAN DENGAN ISU ISU YANG DI MAINKAN OLEH BLOGGERS MESRA UMNO DAN BN.

ISU WANITA WANITA DAP MASUK KE RUMAH ALLAH SEBENARNYA SUKAR DI TANGKIS OLEH PR WALAUPUN TERPAKSA MENDAPAT ENDORSEMENT DARI NIK AZIZ NAMUN ISU INI TETAP MEMBERIKAN IPAK YANG NAGATIF KEPADA PR.


HARI INI ANWAR IBRAHIM NAIK BERANG APABILA ADA GAMBAR IMPOSE YANG DIEDARKAN YANG MELIBATKAN LGE YANG SEDANG MENYENBELIH LEMBU  KORBAN. NAMUN ADA PIHAK YANG MENGATAKAN BAHAWA GAMBAR ITU SEBENARNYA DI IMPOSE OLEH PIHAK PR JUGA UNTUK DI SPIN BAGI MELENYAPKAN ISU WANITA DAP MASUK MASJID.

DULU MASA TIAN CHUA BUAT SUPER IMPOSE GAMBAR NAJIB DGN ALTANTUYA , ANUAR TERSENYUM.....

LIHAT APA YANG DILAPORKAN MENGENAI ISU INI.



GEORGETOWN, 4 Sept: Pihak polis digesa supaya segera mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melalui penyebaran gambar teknik pertindihan (super impose) menyembelih lembu korban.


Ketua Pemuda Dapsy Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata, polis sepatutnya menjalankan siasatan secara menyeluruh dan segera mengambil tindakan terhadap mereka yang sengaja cuba bermain dengan isu sensitif.

Beliau yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri berkata, dakwaan tersebut adalah tidak berasas sama sekali.

"Tindakan penyebaran gambar 'super impose' ini adalah melampau. Ia adalah isu yang sangat sensitif dan merbahaya kerana ia boleh memecahbelahkan masyarakat.

"Ketua Menteri tahu membezakan apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak patut dilakukan. Ini termasuklah dalam isu yang membabitkan hal agama," katanya.
Manakala Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mansor Othman mengulas isu itu berkata apa yang telah dilakukan adalah suatu tindakan jahat dan keji.

Kata beliau, kumpulan yang kecewa itu akan membuat apa saja sama ada melalui media ataupun internet bagi mengelirukan masyarakat.

"Sejajar dengan ini, maka kerajaan negeri amat berharap rakyat tidak akan terpedaya dengan tindakan terdesak yang telah dilakukan oleh mereka yang semakin kecewa.
"Sehubungan dengan itu risalah penjelasan mengenai isu ini dan beberapa isu seperti dakwaan doa dalam khutbah Jumaat turut diperjelaskan melalui pengedaran 150,000 risalah untuk seluruh rakyat negeri ini," ujarnya.

Friday, September 3, 2010

Terbongkarnya KeMUNAFIKan PAS

KOTA BHARU 3 Sept. – Pas mengakui hukum hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memerintah negara.

Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas dan parti-parti dalam pakatan pembangkang pada peringkat ini telah bersetuju untuk tidak membincangkan soal pelaksanaan hukum hudud yang menjadi agenda perjuangan parti itu selama ini.

Subhanallah, ana memang ternanti kenyataan sebegini terpacul dari mulut bAhlul pas sendiri.  Syabas kerana berani berkata benar.  Apatah lagi, kenyataan ini dbuat oleh TP 3 Pas.  Namun, ana ingin mengutarakan tentang pengkafiran berskala besar yang pas lakukan selama bertahun-tahun kepada UMNO akibat tidak sependapat dalam isu hudud ini.  Klu orang UMNO dikafirkan disebabkan oleh isu ini, dimanakah tahap kasta Pas pada waktu dan ketika ini?  Bukankah pas melabel bahawa perlembagaan yang ada sekarang adalah sekular warisan dari penjajah dan wajib ditukar?  Mengapa mahu "mempertahankan dan mengamalkan" perlembagaan itu?  Mudah sungguh pas sujud sambil meminum air rendaman kaki DAPigs dan PKR.  Dari laungan menegakkan hukum Allah di bumi Malaysia, ia  telah ditukar semata-mata kerana dendam kesumat syaitannirrajim kepada UMNO/BN.  

Ana berpendapat sesungguhnya PAS bukan sahaja telah menjual Agama untuk undi, malah Pas telah melacurkan Agama, asal dendam terbalas.  Masyaallah, betapa munafiknya bAhlul Pas itu... Opss satu lagi.  Ana cuba cari kalau2 berita ini tersiar di Haramkah Daily, tapi ana gagal mencarinya....  klu ada, anta boleh bagitau ana...

Alhamdullillah... akhirnya, kita memperoleh kemenangan yang besar pada bulan mulia ini.  Persis seperti waktu kejadian Perang Badar... Maha Suci Allah, Tuhan sekelian Alam...

ALLAHUAKBAR!!!

Thursday, September 2, 2010

Hishamuddin diminta berudur ??


Benarkah  Menteri dalam negeri dikatakan sebagai lemah dan kini menjadi serangan bloggers  mesra UMNO yang menyifatkan bahawa menteri dalam negeri ini sebagai lemah dan mengakibatkan provokasi provokasi perkauman kian menjadi kebelakangan ini.

hishamudin lambang kegagalan menteri KDN !
kerana kelemahannya, banyak isu sensistif perkauman makin menular !

aku bukan partisan. aku melayu dan berbangga menjadi rakyat malaysia.aku setuju kalau melayu yang buat salah, dia patut dihukum. tetapi pada masa yang sama jika cina dan india jugak buat salah mereka juga patut dihukum.

silap hishamudin adalah membiarkan penghinaan berat sebelah berlaku. hishamudin menggusarkan hati rakyat kerana kelemahan kepimpinanannya dalam KDN. KDN takde taring, terlalu bacul di bawah hishamudin. kerana kelemahan KDN ini aku yakin akan lebih banyak 'serangan balas' dalam bentuk penghinaan antara kaum akan berlaku.

priority atau keutamaan jaminan keselamatan rakyat lebih penting daripada jawatan yang hishamudin sandang. hishamudin adalah total failure ! prevention is better than cure !

dia gagal menyekat sentimen perkauman yang mula subur umpama api dalam sekam.

lihat gambar di atas. 2 budak cina dibelasah 10 budak melayu. katanya ada hamburan 'pulang balik ke negara asal' diucapkan, sepatutnya yang kena labi adalah namawee ,bukan nya orang biasa. KLIK SINI

kenapa perkara ini terjadi ? aku tak pasti situasi sebenar (kes di atas berlaku) tetapi bagi aku ini semua berpunca daripada penghinaan pemimpin parti politik dll yang terlalu banyak menghina dan menghiris hati umat melayu. bukan sekali tetapi berpuluh kali.

malaysiakini dibiarkan berleluasan hina islam dan melayu
anwar ibrahim dan gerombolan PKR yang hina melayu/islam
DEB dimansuhkan oleh guan eng.
theresa kok hina azan dan tulisan jawi.
penyokong pas menghina sultan perak.
dap hina sultan perak.nik ajis perli sultan selangor sewaktu prk hulu selangor.
namawee.
tony pua hina dasar deb.
anthony loke hina islam.
uthayakumar dan hindraf gugat perlembagaan.
nurul izah hina deb. hina sistem keselamatan negara.
raja petra terus menerus mencipta fitnah.
kit siang pijak gambar 2 adun melayu.
dan macam-macam lagi..tak tertulis aku kat sini.

hati panas orang melayu tak dapat dibendung. akhirnya jadilah peristiwa spontan begini. KENAPA ?

kerana hishamudin gagal mengekang isu sensitiviti perkauman ini daripada peringkat awal lagi. ini kesilapan hishamudin. setiap kali penghinaan terhadap islam/melayu berlaku hishamudin sekadar memberi amaran, amaran keras, amaran keras-keras, amaran cukup keras !

aku amat terkejut bila kelemahan hishamudin ini terpaksa ditegur oleh menteri besar kedah azizan razak. boleh kah kamu bayangkan, pihak pembangkang pun sampai panas hati dengan cara dan kelemahan hishamudin menangani kes namawee. namawee bukan awalan, ini kes berantai daripada berpuluh lagi penghinaan sebelum ini.

hishamudin jangan terlalu jakun dengan H20 nya. berhentilah menjadi mat jenin politik macam anwar ibrahim.

untuk amankan semula malaysia, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menggantikan hishamudin dalam KDN. carilah orang yang lebih tegas dan berani.

atau jikalau hishamudin pemimpin yang maruah diri , sila lakukan 'harakiri politik' !
kita boleh berbeza pendapat dalam politik, tetapi politik yang bisa mengganggu gugat ketenteraman dan keamanan rakyat harus dibendung. hishamudin gagal dalam tugasan ini. adakah anda bersetuju hisham diucutkan jawatan menteri KDN ?
sumber:
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/09/tiba-masanya-hishamudin-lepaskan.html

SURAT TERBUKA UNTUK AHLI AKAR UMBI PARTI PAS

ASSALAMMUALAIKUM WBT…
Buat semua rakan-rakan dalam PAS..

Saya yakin dan percaya ahli akar umbi PAS kebanyakannya memang ikhlas bersama PAS kerana percaya kepada perjuangan PAS mahu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud, qisas & ta’zir.

Mereka sanggup berderma jihad, bersengkang mata mengahdiri ceramah tiap malam, menumpahkan keringat & meninggalkan anak isteri untuk bersama menampal poster pilihanraya. Ada isteri yang meninggalkan suami dan anak-anak dirumah demi perjuangan ikhlas ini.

Malahan ada yang sudah terkorban syahid kerana mempertahankan dan memperjuangkan penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam yang menajdi cita-cita PAS.Semasa membuat kes Al Ma’unah, saya membaca tuntutan yang di kemukakan oleh mereka semasa dikepung oleh pasukan keselamatan.
Mereka menuntut penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam. Dan 100% mereka adalah ahli PAS, khususnya dari Unit ‘Amal PAS. Dan kini 4 daripada mereka sudah membayar harga perjuangan mereka ditali gantung, 19 lagi sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Semua itu kerana keyakinan dan kepercayaan mereka kepada perjuangan ikhlas PAS untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam. Dan saya yakin para ulama dan ahli akar umbi PAS masih berpegang kepada cita-cita dan perjuangan murni itu.

Namun saya percaya ramai ahli akar umbi PAS sebenarnya tidak tahu bahawa persekongkolan PAS dengan DAP-PKR didalam Pakatan Rakyat bermakna perjuangan untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam dan menolak Perlembagaan sekular telah diketepikan. Ia tidak termasuk didalam dasar Pakatan Rakyat jika memerintah. Ia hanyalah mimpi PAS kata pemimpin PR!

Kalau tidak percaya, cuba tanya golongan Anwarinas didalam PAS. Atau cuba tanya Anwar Ibrahim sendiri. Ya saya tahu mereka akan jawab ini agenda UMNO dan BN untuk memecah belahkan Pakatan. Ini cubaan jahat mereka kerana takut hilang kuasa. …

Mereka akan kata ini usaha jahat UMNO meniupkan sentimen agama dan perkauman. Mereka akan kata ini cubaan UMNO untuk menutup isu lain, isu rasuah, isu itu dan isu ini. Dan saya tidak hairan jika mereka akan membuat kelentong biasa; nanti kita memerintah kita tahu lah nak buat apa. Ini lagu basi yang selalu dibohongkan kepada kita.

Sedarlah sahabat dan rakan didalam PAS. Isu ini tidak ada kena mengena dengan orang lain; samada UMNO, BN, atau lain-lain pihak. Ini adalah perjanjian yang dipersetujui diantara PAS-DAP-PKR.

Perjanjian itu dideraf dan ditaip oleh Pakatan sendiri. Takkanlah UMNO atau BN yang membuat perjanjian untuk dipersetujui noleh PAS-DAP-PKR. Kecualilah kalau ada orang yang begitu bodoh mahu mempercayai pembohongan ini!

Perjanjian untuk tidak menubuhkan negara Islam, tidak melaksanakan hudud, qisas & ta’zir dan menerima Perlembagaan sekular jika Pakatan Rakyat memerintah adalah persetujuan bersama diantara PAS-DAP-PKR.

Ini disahkan sendiri oleh Anwar Ibrahim, Dr. Dzulkfly Ahmad, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Zaid Ibrahim dan lain-lain pemimpin Pakatan didalam kenyataan-kenyataan mereka baru-baru ini. Jangalah kita termakan racun pembohongan yang menuduh orang lain. Jika tidak percaya, tanya sendiri dengan mereka.

Saya berasa terpanggil untuk membuat pendedahan ini kerana saya masih punya ramai sahabat dan rakan didalam PAS yang masih yakin dan percaya bahawa jika menang dalam pilihanraya akan datang, negara Islam akan ditubuhkan dan undang-undang Islam akan dilaksanakan.

Mereka tidak tahu bahawa mereka sudah diperdaya dan dibohongi, dan yang saya paling khuatir; bila berhadapan dengan ALLAH di akhirat nanti, baru mereka terkejut bahawa sebenarnya penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam bukan dasar Pakatan Rakyat. Bahawa Pakatan Rakyat tidak akan menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam jika memerintah. Itu adalah dasar yang sudah dipersetujui bersama. Bahawa Perlembagaan Persekutuan saperti yang sedia ada akan terus dipertahankan dan di amalkan!

Sedangkan berpuluh tahun ahli PAS menentang UMNO, malah sehingga mengkafirkan UMNO, kerana didakwa tidak mahu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud, qisas & ta’zir. Sehingga muncul Amanat Hj Hadi, yang jelas menyatakan penentangan terhadap UMNO bukan kerana namanya, tetapi kerana Perlembagaan sekular yang didakwa dipertahankan UMNO, kerana kononnya keengganan UMNO melaksanakan hudud, qisas & ta’zir; kononnya kerana UMNO didakwa tidak mahu menubuhkan negara Islam!

Tetapi sekarang, Perjanjian Bersama Dasar Pakatan Rakyat jelas membuktikan melalui dokumen bahawa penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam bukan dasar kerajaan Pakatan Rakyat jika memerintah. Perjanjian bersama itu juga j…elas memperuntukkan Perlembagaan sekular yang ditentang sangat oleh PAS itu akan terus dipertahankan dan diamalkan.

Jadi persoalannya, apa beza pendirian PAS dengan UMNO yang ditentang sejak dulu, kini dan selamanya itu? Dan persoalan lanjut yang perlu kita tanya, mengapa bersekongkol dengan DAP/ PKR untuk tidak menubuhkan negara Islam dan tidak melaksanakan undang-undang Islam halal pada PAS; tetapi duduk berbincang dengan UMNO dalam isu Islam dan umat Islam menjadi haram?

Sebab itu sebelum nasi menjadi bubur, sebelum menangis air mata darah pun tidak memberi apa-apa makna, saya sekali lagi, atas nama ALLAH dan lafaz bismillah, menyeru saudara dan sahabat didalam PAS, kembalilah kepada perjuangan asal; iaitu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam. Dan landaskan perjungan itu dengan niat ikhlas kerana ALLAH semata-mata.

Saya menyeru ahli akar umbi PAS supaya mufaraqah lah daripada persekongkolan sia-sia dengan DAP/PKR ini. Mereka tidak ada cita-cita lain selain daripada ingin menawan Putrajaya dan menjadi kerajaan demi memenuhi nafsu untuk menjadi Perdana Menteri sahaja.

Jangan kita terpedaya dengan mainan politik murahan dan jijik ini. Islam itu mulia, dan Islam yang memuliakan kita. Islam itu tinggi, tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam. Jangan kita letak diri kita ke lembah yang hina jauh daripada Islam. Janganlah kita bersekongkol dengan kafir harbi untuk memenuhi nafsu mereka sehingga kita sendiri jatuh tersungkur dipintu neraka!

Memang kalau mengikut ukuruan duniawi, perjuangan bersendirian tanpa bersekongkol dengan DAP/PKR ini kelihatan saperti mustahil bagi PAS. Tetapi percayalah dengan kuasa ALLAH. Lihatlah sirah Nabawi, jumlah yang sedikit akan sentiasa dimenangkan oleh ALLAH, selagi kita menepati ciri dan sifat untuk menerima nasrullah, bantuan ALLAH.

Sempena menyambut kemerdekaan negara ke 53 ini, marilah kita berjuang memerdekakan negara ini daripada segala amalan syirik, kufur dan sekular. Marilah kita perjuangkan penubuhan negara Islam, perlaksanaan undang-undang Islam. Marilah kita merdekakan negara kita daripada Perlembagaan sekular kepada Perlembagaan yang diterima dan diredhoi ALLAH! Itulah kemerdekaan sebenarnya bagi Islam dan umat Islam!

Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali. Yang baik itu semuanya daripada ALLAH, yang tidak itu daripada kelemahan saya sendiri.
Selamat beri’tikaf di sepuluh akhir Ramadhan ini.
Wassalam.

Adios amigos, grasias senor & senorita.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
20 Ramadhan 1431