Friday, November 5, 2010

Pas Melepas Galas, Pembangkang Gigit Jari Di Batu Sapi


Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan bergaya  di Batu Sapi  dan Galas apabila kedua-dua calonnya menewaskan lawan masing-masing.


Di Batu Sapi, calon BN Linda Tsen Thau Lin memperolehi  9,773  undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah yang mendapat  3,414  undi manakala calon Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang memperolehi  2,031 undi.

Keputusan Pilihan Raya Kecil P185  itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Hamsan Awang Supain lebih kurang  pukul 8 malam di Dewan Masyarakat Sandakan. Sebanyak 61.47  peratus atau 15,774 pengundi di Batu Sapi hari ini  keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Sementara  itu di Galas pula calon BN merampas semula kerusi terbabit dari tangan Pas apabila calon BN, Abdul Aziz Yusuf menewaskan calon Pas, Dr Zulkefli Mohamad dengan majority  1,190 undi. Abdul Aziz memperolehi  5,324 undi berbanding calon Pas yang mendapat  4,134 undi.

Keputusan Pilihan Raya Kecil N45  itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid pada pukul 9 malam di Pusat Sivik Gua Musang .

Sebanyak 82.71  peratus atau 9,55 pengundi di Batu Sapi hari ini  keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

No comments:

Post a Comment