Saturday, November 20, 2010

Ahlul PKR Taksub Hilang Budi Bahasa Didikan Mak Bapak

Hairan, takjub dan terkesima apabila dijerkah oleh dua ekor ahlul PKR yang penulis ingat sememangnya tegar tahap dewa. Penulis tak kenal pun siapa mamat dua ekor tu, tetiba marah penulis apabila penulis rancak berbual dengan Isteri disebuah restoran (kawasan USJ).

Peristiwa ni terjadi dua hari lepas, semasa penulis sedang makan bersama keluarga. Pada masa yang sama restoran terbabit menayangkan berita tv3 yang memaparkan Zaid sedang buat sidang medianya, mengutuk dan menghentam bos lamanya Anwar.

Puncanya apabila Isteri penulis bertanyakan kepada penulis, mengenai hal Zaid. Untuk pengetahuan umum isteri saya ni bukanlah seorang peminat politik ataupun pengikut mana2 parti politik. Dia cuma nak tahu, kenapa panglima perang Anwar, si Zaid tu boleh tinggalkan Anwar. Biasala sembang2 sebelum menunggu makanan.

Cuma mungkin jawapan yang penulis berikan pada isteri tu agak pedih bila puak PKR ni dengar. Penulis cuma kata, "biasalahh.. Anwar tu kan kaki menipu, orang yang suka menipu ni, sampai bila pun tak dapat tipu orang untuk selama2nya". 
 
Penulis sambung lagi, "kalau PKR tu elok sangat, takkan berlori2 pemimpin tertingginya keluar parti, ye tak?, belum masuk lagi ahli2 biasa ni, mau lagi berduyun".

Isteri saya cuma mengangguk sambil tersenyum. Sebab saya cakap pun dengan nada yang kelakar. Tapi saya tak sedar, bahawa ada mangkuk dua ekor sedang mendengari apa yang saya cakap. Tak tahulah saya cakap kuat sangat ke, atau mangkuk dua ekor tu memang suka sibuk hal orang.

Tiba-tiba terdengar suara keras dan garang, "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar, jangan main hembus sesedap mulut, nanti sakit badan".

Penulis berpaling, terlihat ada dua ekor makhluk ciptaan Allah, cuma rupanya agak kurang menyenangkan. Kedua-duanya menunjukkan muka segarang yang mungkin kepada penulis.

Penulis buat bodoh je, makanan sampai saya pun makan.

Dua ekor ni masih tak puas hati, pelbagai sindiran saya dengar dari belakang, UMNO bodoh la, UMNO yahudi la, UMNO kafir la, UMNO itu, UMNO ini.
 
Penulis anggap dua ekor tu, merupakan ahlul PKR tegar. Karat PKR inilah agaknya yang selalu buat kecoh dalam demotrasi, kecoh dalam pemilihan PKR dan karat bodoh macam nilah yang selalu merosakkan majlis orang dan sering berperangai binatang bila berhadapan dengan manusia.

Lepas makan saya bayar, saya suruh isteri jalan dulu, sebab saya nak join lepak sekali dengan mamat dua ekor tadi. Tapi Isteri saya faham akan kelakuan saya yang sememangnya cepat panas. Sambil tarik tangan keluarlah ayat "Toksah dok mengarut, jom balik".

Baru niat penulis nak sekolahkan dua ekor mamat tadi. Sambil pandang muka mamat-mamat tadi dalam hati "ada ubi ada batas, takpe"..

Sesungguhnya penulis pelik, akan kelakuan puak tegar karat Pakatan ni. Yang begitu taksub dan sanggup buat apa saja demi mempertahankan kepercayaan mereka.

Oleh: MctHeory@yahoo.com

No comments:

Post a Comment