Monday, November 29, 2010

Anwar bukan ‘Anugerah Tuhan’ tapi Ujian Tuhan- Ezam


Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, YB Senator Ezam Md Nor hari ini menjelaskan maksud sebenar ucapan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah yang mengatakan Anwar Ibrahim sebagai ‘Anugerah Tuhan’ merupakan ucapan terpaksa Presiden parti itu sedangkan apa yang jelas, Anwar Ibrahim bukanlah seperti yang digambarkan tetapi lebih kepada ‘Ujian Tuhan’.


Beliau berkata, Anwar umpama ujian kepada kerajaan Barisan Nasional hari ini dalam memperjuangkan keamanan dan kesejahteraan rakyat di mana ianya adalah ujian untuk kita memilih samada Anwar atau Allah SWT.

“Anwar adalah ujian kepada semua pejuang bangsa khususnya UMNO sepertimana contoh Tun Mahathir telah lepas ujian dengan menolak Anwar dalam kepimpinan negara kerana jelas tindakan Tun itu menunjukkan beliau lepas daripada ujian Allah dengan mementingkan agama daripada anak didik kesayangan Tun sendiri,” jelas beliau.

Mengulas mengenai ucapan Presiden PKR sewaktu Kongres PKR baru-baru ini beliau menjelaskan, kenyataan di dalam ucapan yang disampaikan oleh Datin Seri Wan Azizah itu hanyalah ucapan yang di baca mengikut teks dan ucapan tersebut telah dibuat oleh Anwar dan di olah oleh Anwar sendiri.

“Ucapan tersebut bukan Wan Azizah yang buat tetapi Anwar Ibrahim yang buat, Wan Azizah hanya baca sahaja ucapan itu dan lebih menarik ucapan yang mempunyai 66 perenggan telah dipotong oleh Wan Azizah menjadi 20 perenggan sahaja,” jelas beliau membongkar maksud sebenar ucapan Presiden PKR tersebut yang ternyata terpaksa mengiakan segala pembohongan dan salah laku Penasihat PKR itu.

“Mungkin Allah belum bagi kekuatan lagi pada Wan Azizah untuk memilih antara suaminya atau Allah SWT seperti mana Allah memberi kekuatan kepada Tun Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin PKR yang lain untuk meninggalkan Anwar,” jelasnya.

Beliau juga turut menegaskan Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Aziz Nik Mat juga tergolong orang-orang yang kalah dalam ‘ujian’ ini kerana memilih Anwar sebagai sekutu demi pertahankan kuasa politik beliau tanpa mengira dari sudut perjuangan islam itu yang menolak pemimpin munafik apatahlagi yang mempunyai moral yang bertentangan dengan islam.

“Bagi saya, Nik Aziz juga kalah dalam membuat pemilihan ‘ujian’ Tuhan ini kerana beliau memilih Anwar dan tidak memilih Allah demi kuasa politik dan sokongan pengundi,” jelasnya lagi yang menolak fahaman Anwar sebagai ‘Anugerah Tuhan’ kerana ternyata kini Anwar adalah ‘Ujian Tuhan’ buat Kerajaan Barisan Nasional hari ini.

‘Saya Bukan Kaki Bodek!’

“Saya bukan kaki bodek!,” tegas bekas Setiausaha politik Ketua Umum PKR, Senator Ezam Md Nor menangkis tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh kroni Anwar Ibrahim ketika memberi ceramah dalam satu program yang dianjurkan oleh secretariat belia DUN Ampangan, malam tadi.


Beliau menegaskan dakwaan dan tuduhan yang dilontarkan terhadap beliau yang mengatakan bahawa beliau seorang ‘pembodek’ kepada YAB Perdana Menteri merupakan satu taktik retorik politik Anwar Ibrahim dalam usaha mengalih perhatian rakyat terhadap isu liwat yang dihadapinya seterusnya mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan beliau dalam PKR.

“Kalau Anwar mengatakan saya kaki bodek, sesungguhnya dia lupa bahawa dialah kaki pembodek nombor satu dalam Malaysia ini ketika beliau berada dalam tampuk kepimpinan kerajaan satu masa dahulu,” tegas beliau.

“Saya berani bongkar bagaimana Anwar Ibrahim seorang pengampu paling licik sekali semasa dalam kerajaan sehingga sanggup merasuah ‘bodyguard-bodyguard’ Perdana Menteri (Tun Mahathir) demi untuk mengetahui ‘mood’ bosnya dahulu dan inilah yang dilakukan Anwar setiap hari dalam cara dia membodek Dr. Mahathir dahulu,” jelasnya lagi.

Beliau menegaskan demikian ketika menjawab tuduhan Ketua Umum PKR tersebut yang mengatakan beliau membuat ceramah di sana sini bertujuan untuk membodek Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak bagi kepentingan peribadi dan kuasa dalam parti UMNO.

Beliau juga turut bertanyakan kepada masyarakat hari ini apakah masih tidak nampak lagi elemen ‘penipuan bersiri’ yang dijaja Anwar sehingga tergamak menabur fitnah ke Negara luar bagi mengatakan kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib  sebuah kerajaan yang zalim.

“Saya ingin bertanya kepada rakyat khususnya penyokong Anwar ni, apakah kerajaan zalim sehingga banyak harta benda dan kebajikan rakyat dirampas? Apakah harta rakyat yang dirampas? Saya tidak melihat kezaliman kerajaan BN kerana kerajaan lebih banyak memberi daripada merampas hak-hak rakyat,” tegas beliau lagi.

sumber: http://n9kini.com

No comments:

Post a Comment