Thursday, November 18, 2010

Layakkah Anwar Bergelar PM?


PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti biasa tidak pernah gentar di dalam melontarkan omong kosong demi mencapai hajat menjadi Perdana Menteri .Baru-baru ini Anwar memukul canang kononnya dia mampu menyelesaikan pertelingkahan negara serumpun Malaysia-Indonesia.
Jika difkirkan secara rasionalnya, benarkah Anwar mampu menyelesaikan pertelingkahan Malaysia-Indonesia hanya dalam tempoh beberapa minggu?

Jika benar Anwar mempunyai solusi yang ‘sangat bernas’ bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, mengapa tidak dia bertemu empat mata dan berkongsi pendapat yang kononnya bernas itu dengan Perdana Menteri?
Walaupun berlainan fahaman politik, tetapi demi negara dan rasa jati diri yang tinggi terhadap Malaysia, apa salahnya Anwar mengetengahkan pandangannya itu.

Namun sayangnya, Anwar hanya mengakui mampu menyelesaikan pertelingkahan  ini tanpa ada sebarang pendapat yang dilontarkannya. Tidak perlulah Anwar memukul canang tetapi tiada apa yang ada untuk dikongsikan. Cakap-cakap Anwar ini hanyalah ibarat tin kosong.

Sebenarnya, Anwar boleh di anggap sebagai  ‘pengkhianat bangsa’ kerana sering memburukkan negara sendiri di mata dunia. Tindakan Anwar ini bukan sahaja menjatuhkan setiap maruah rakyat Malaysia tetapi menyebabkan negara di pandang lemah di mata dunia.

Negara yang selama ini aman harmoni dan berbilang kaum akan disalah ertikan oleh orang luar. Teganya Anwar merendah-rendahkan Malaysia semata-mata demi kepentingan diri sendiri. Tepuk dada tanya selera. Adakah orang seperti Anwar ini yang mahu kita angkat menjadi Perdana Menteri?

Pekung Anwar sendiri, satu demi satu terbuka tetapi dia tetap tanpa segan silu menyatakan hasrat untuk menjawat jawatan Perdana Menteri. Layakkah Anwar? Fikir-fikirkanlah….

Kemaruk Anwar Jadi PM Kian Menjadi-Jadi

Dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau mampu menyelesaikan pertikaian antara Malaysia dan Indonesia dengan segera jika menjadi Perdana Menteri membuktikan beliau seorang yang kemaruk kuasa selain cuba untuk mengalih isu.


Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, Anwar kini tertekan kerana hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri semakin kelam selepas beberapa siri pendedahan menelanjangkan dirinya termasuk yang terbaru, pengakuan Muhamad Rahimi Osman.

Menurutnya, Ketua Pembangkang itu cuba untuk mengalih perhatian masyarakat daripada pendedahan bekas setiausaha sulitnya itu.

“Anwar sepatutnya malu pada diri sendiri sebelum bercakap besar kerana masalah dalaman PKR sendiri pun gagal ditangani.

“Macam mana pemimpin yang tidak mampu menyelesaikan isu parti sendiri boleh mendabik dada kononnya berupaya menyelesaikan pertikaian yang lebih rumit membabitkan dua negara dalam masa yang singkat. Dakwaan ini sangat melucukan,” katanya.

Mohd. Zahid mengulas dakwaan Anwar kononnya beliau hanya memerlukan beberapa minggu untuk mencari jalan penyelesaian terhadap segala kemelut yang berlaku antara Malaysia dan Indonesia jika menjadi Perdana Menteri, semasa diwawancara oleh stesen televisyen Indonesia, TVOne di Jakartabaru-baru ini.

Dalam wawancara itu juga, Anwar secara angkuh memberitahu, tujuannya ke Indonesia buat kali kedua dalam tempoh tidak sampai dua minggu adalah bagi menyatakan tidak ada sentimen memusuhi serta menghina negara tersebut, melainkan di kalangan mereka yang jahil, dangkal atau sombong sahaja.

Mengulas lanjut, Mohd. Zahid berkata, Anwar tersilap jika berasakan rakyat di kedua-dua negara mudah termakan ‘gula-gula’ terbarunya itu kerana semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu pun, pertikaian antara Malaysia, Indonesia sering timbul dan tidak dapat diselesaikan olehnya.

“Kenapa tidak selesaikan masalah ini semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri yang sangat berkuasa, bahkan pernah memangku jawatan Perdana Menteri suatu ketika dahulu? Dakwaan ini tidak lebih cubaan untuk menangguk di air keruh,” ujarnya.

1 comment:

  1. Janganlah mengutamakan pengiktirafan Negara Islam daripada makhluk yang serba lemah.

    Sebaiknya utamakanlah pengiktirafan Negara Islam dari Allah Yang Maha Berkuasa ke atas makhluk-makhluknya.

    Tidak selayaknya dinamakan Negara Islam jika hukum-hukum dari Allah sengaja diabaikan berbanding hukum-hukum Lord Reid yang lebih diutamakan.

    ReplyDelete