Thursday, September 20, 2012

Pro-pembangkang fitnah PM melalui pemilihan MPP UIAM, Pro Pembangkang bakal di dakwa


Sungguh memalukan apabila terdapat terdapat usaha untuk memburuk-burukkan dan memfitnah Perdana Menteri Malaysia di UAIM!
 
Kononnya wujud konspirasi dalaman pada sessi pemilihan perwakilan Majlis Perwakilan Pelajar 2012/2013 di unuversiti tersebut yang melibatkan Najib Razak.
 
Malah, surat palsu itu telah tersebar luas di FB dan blog pro-pembangkang.
 
Dan merujuk laporan di bawah, bloggers dan FBookers yang memuat naik surat palsu itu akan dikenakan tundakan undang-undang!
 
Sila baca :
 
Majlis Syura Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran sepucuk surat palsu yang kononnya ditulis oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin.
 
    Majlis itu dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya memandang berat perbuatan pembohongan itu dan telah membuat laporan di Balai Polis Gombak pada pukul 9 pagi ini.
 
    Menurut kenyataan itu, surat palsu berkenaan telah disebarkan dalam kampus dan juga dimuat naik di sesetengah laman blog.
 
    "Pihak universiti ingin menegaskan bahawa pihak Rektor tidak pernah sama sekali menerima surat tersebut daripada Perdana Menteri Malaysia, selaku Presiden UMNO.
 
    "Pihak Majlis Syura UIAM menyangkal tohmahan tersebut dan beranggapan bahawa kandungan surat tersebut berunsur fitnah dan satu pembohongan serius yang mempunyai niat jahat," kata kenyataan itu.
 
    Menurut kenyataan itu, pihak majlis syura yakin pembohongan tersebut dilakukan oleh sesetengah pihak yang terdesak, tidak beretika dan mempunyai kaitan dengan pihak pembangkang.
 
    "Ia bertujuan untuk mengeruhkan suasana harmonis dan kedamaian yang wujud dan dikecapi seluruh warga kampus UIAM menjelang pilihan raya kampus yang akan berlangsung pada 25 Sept ini," tambah kenyataan itu.
 
    Kenyataan itu memberi amaran bahawa tindakan drastik yang berbentuk disiplin dan perundangan jenayah akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyiar, mengedar surat tersebut atau mana-mana individu yang memuat naik surat itu di laman web masing-masing atau di laman blog tertentu.
 
    "Pihak Majlis Syura UIAM sedang menyiasat kes ini dengan penuh teliti termasuk menonton semula rakaman pita TV kawalan keselamatan dan akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," kata kenyataan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment