Tuesday, September 4, 2012

Negeri Sembilan oh Negeri Sembilan.. 3 Tapak ke Akhir


Keputusan Piala Malaysia 4 September 2012 terkini semasa dan penuh-jadual perlawanan
piala malaysia 2012 keputusan piala malaysia 4 september 2012
Berbaki 1 perlawanan lagi selepas aksi saingan ke-5 Piala Malaysia peringkat kumpulan malam ini menyaksikan tumpuan terarah kepada kumpulan B
Kedah dan Terengganu pastinya akan menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mengutip 3 mata penuh bagi menghidupkan peluang untuk mara ke suku akhir
Namun lawan mereka,Kelantan dan ATM juga mempunyai matlamat yang sama,perlawanan malam ini adalah penentu untuk mengesahkan slot lebih awal ke suku akhir
Seperti biasa, keputusan akan dikemaskini secara live score dalam ruangan ini
Keputusan Terkini Piala Malaysia 4/9/2012
Masa PerlawananKumpulanTuan Rumah Jaringan (VS)Pelawat 
8.15 mlmDSarawak6 – 1T-Team
8.45 mlmCFelda United2 – 2Perak
8.45 mlmAJohor FC1 – 3Johor
8.45 mlmBKedah0 – 0Kelantan
8.45 mlmDPahang1 – 4Selangor
8.45 mlmAPKNS FC1 – 0Lions XII
8.45 mlmCSime Darby1 – 1N.Sembilan
8.45 mlmBTerengganu0 – 2ATM
Status Perlawanan : Keputusan Penuh
SETELAH selesai perlawanan kelima malam ini, kedudukan saingan dalam keempat-empat pasukan nyata tidak berubah. Hanya terdapat perubahan dari segi kutipan mata setakat ini.
Pun begitu tujuh pasukan tersebut iaitu Lions XII dan Johor FC (Kumpulan A), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan (Kumpulan B), Negeri Sembilan (Kumpulan C) serta Pahang dan Selangor dalam Kumpulan D berada dalam kedudukan selesa.
Juara Liga Perdana musim ini, ATM terus mendominasi Kumpulan B dengan pungutan 10 mata setelah berjaya menambah tiga mata penuh menerusi kemenangan 2-0 ke atas Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Dua gol skuad bimbingan B. Sathianathan itu dijaringkan dua penyerang importnya iaitu Marlon Alex James pada minit ke-74 dan Bruno Sebastien Martelotto pada minit ke-87, lapor Bernama.
Juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor kembali menghidupkan semula misi merangkul kejuaraan kali ke-33 setelah mencatat kemenangan selesa 4-1 ke atas Pahang dalam Kumpulan D di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Empat gol skuad Selangor itu dijaringkan kapten pasukan, Mohd Amri Yahyah pada minit ke-14 dan ke-50, Bosko Balaban (ke-32) dan pemain pinjaman dari Sabah, Rozaimi Abdul Rahman (ke-54).
Gol sagu hati skuad Tok Gajah dijaringkan Mohd Hafiz Kamal menerusi sepakan penalti pada minit ke-70.
Di peringkat Kumpulan A, Lions XII dan Johor FC masing-masing mengutip lapan mata manakala Johor dan PKNS pula mengumpulkan lima mata.

Saingan Kumpulan B menyaksikan ATM mengungguli dengan kutipan 10 mata, Kelantan mengutip lapan mata, Terengganu lima mata dan Kedah empat mata.
Kumpulan C menunjukkan Negeri Sembilan mengutip sembilan mata setakat ini. Felda United mengutip enam mata, Sime Darby mengutip enam mata dan Perak mengutip tiga mata.
Sumber: Sinar Harian



No comments:

Post a Comment