Pelakon cantik, Diana Danielle yang baru saja
mengikat tali pertunangan dengan aktor dan pengarah, Farid Kamil, pada
Ahad lalu mengakui kini dalam proses mempersiapkan diri untuk melangkah
ke fasa seterusnya.
Diana yang ditemui ketika Majlis Pelancaran Filem Grand Brilliance, di Sri Pentas, petang semalam juga memberitahu masih tidak percaya sudah menjadi tunangan orang namun bagaimanapun mengakui sudah bersedia memegang status tersebut.
“Jika tak bersedia, sudah tentu kami tidak bertunang. Kami memang dah lama nak bertunang tapi atas sebab usia saya yang masih muda waktu itu dan kami berdua juga masih perlukan masa, jadi kami tangguhkan niat kami dulu. Bagi saya, jika lama sangat perhubungan pun tak bagus sangat dan sebab itulah selepas tiga setengah tahun bercinta, kami bersepakat untuk ke fasa seterusnya.”
Berkongsi perasaannya bergelar tunangan orang, Diana memberitahu, “Sejujurnya, saya masih lagi tidak percaya yang saya sudah menjadi tunangan orang. Namun, insyaAllah, saya akan cuba bersedia dengan apa saja dugaan dalam pertunangan.
“Mengenai perasaan, susah saya nak gambarkan dengan ungkapan kata-kata, tapi saya rasa istimewa sangat sekarang. Saya juga tak rasa teruja sangat sebab bagi saya, pertunangan ini bukan satu benda untuk teruja tapi lebih kepada serius.
Tambah Diana lagi, “InsyaAllah, kami akan ikat setahun dan kini saya dalam persediaan untuk mendalami ilmu agama. Saya rasa itu perkara yang perlu saya titikberatkan sebelum saya melangkah ke fasa seterusnya. Selain itu, saya juga akan belajar memasak,” ujarnya sambil memberitahu mengimpikan perkahwinan dalam taman.
“Saya harap semoga perhubungan kami sampai ke jinjang pelamin, InsyaAllah. Diharap juga segala dugaan itu dapat kami lalui dan saya berharap semua mendoakan yang terbaik untuk perhubungan kami.”
p/s : Abby Abadi perlu malu dengan Diana Danielle yang jauh lebih muda.. Sila klik di sini mencari 10 perbezaannya..

No comments:
Post a Comment