Thursday, September 13, 2012

(dan berkata) Tan Sri, saya dah dapat keputusan.. Huh!! Angan tak sudah..


Post Pic

AMPANG: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menaburkan janji-janji 'bulan dan bintang' semasa ceramah beliau di Ampang malam tadi, suatu tindakan yang boleh dilihat sebagai membuai mimpi kepada rakyat di negara ini.

Beliau yang berucap dalam ceramah ketika menjadi tetamu jemputan sambutan Aidilfitri Parlimen Ampang di Taman Kosas hari ini masih mengulangi janji kepada rakyat mengenai penurunan harga minyak, kebebasan media serta pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"(Setelah) 24 jam ambil alih, kita akan lakukan, harga minyak seluruh negara diturunkan. Media bebas untuk tanya kepada sesiapa, (lebih-lebih lagi) Ketua Pembangkang (ketika itu) Datuk Seri Najib.

"Kita akan mansuhkan PTPTN.. Bagi pendidikan percuma kepada semua dari sekolah rendah sampai kepada universiti."

Selain daripada itu beliau turut membayangkan dirinya sebagai bakal Perdana Menteri negara turut berimaginasi untuk menggunakan kuasa diktator untuk mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mengumumkan 'kejayaan' beliau menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

"Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR, (dan berkata) Tan Sri, saya dah dapat keputusan. Saya bagi peluang setengah jam, umum cara teratur dan telus. Kalau tidak, kita ambil tindakan serta-merta kepada seluruh pihak SPR," tambahnya.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas ketika diaju pemberita mengenai isu tidak mengangkat tangan ketika bacaan Rukun Negara pada malam ambang kemerdekaan anjuran negeri Selangor baru-baru ini.
Sumber : SPR umum Anwar jadi PM jam 2.30 petang??
Lagi sumber di sini : "Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR.." Huh.. 
Dan di sini : Sikap Ditaktor : SPR Diarah Umum Anwar Menang Jam 3 Petang


Macam-macam perkara gila dah dan hendak dilakukan oleh Anwar Ibrahim.. Maknanya.. jika menang mamat samseng pada PRU13 tak lama saja lagi nih.. kita rakyat Malaysia sama jer gila.

Gila mempertaruhkan nasib dan masa depan agama, bangsa dan negara. Hi... gila punya kerja..


No comments:

Post a Comment