Sunday, September 23, 2012

Datuk Dr Wee Ka Siong setuju Ngeh Koo Ham takut??? Asik Melayu saja kan??? Bangsa Cina sendiri bidas?? Itu tandanya???


Koo Ham sudah takut



Kuala Lumpur: Pelbagai pihak mengecam tindakan Datuk Ngeh Koo Ham yang mengkritik Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin dalam cubaan menutup kesalahannya sendiri.

Mereka menyifatkan Koo Ham cuba mengalih perhatian berikutan takut dengan kebangkitan umat Islam di negara ini yang marah kerana filem itu mencemar kesucian Islam serta kemuliaan Nabi Muhammad SAW. 

EXCO Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan, berkata tindakan Koo Ham itu membuktikan permohonan maaf pemimpin DAP itu terhadap kenyataannya yang mempertikaikan tindakan umat Islam mempertahankan Nabi Muhammad SAW, sebagai tidak ikhlas. 
Mengulangi desakan supaya DAP bertindak tegas terhadap pemimpin itu kerana tidak sensitif dan mengguris perasaan umat Islam, beliau berkata, Koo Ham mula berasa kedudukannya terancam, lalu menjadikan pemimpin BN sebagai kambing hitam bagi menutup kesalahannya, manakala permohonan maaf juga seolah-olah melepaskan batuk di tangga.

Dalam Twitter, Khamis lalu, Koo Ham menulis ‘No hope for UMNO. Their best brains Zambry & Khairy so low std (standard). People who read my tweet will have only disdain for them’. (Tiada harapan untuk UMNO. Paling bijak dalam parti itu Zambry dan Khairy terlalu rendah standard, Orang yang baca tweet saya memandang rendah terhadap mereka).

Desak PAS nyata pendirian

EXCO Pemuda UMNO yang juga bekas Setiausaha Pemuda PKR, Lokman Noor Adam menyifatkan tindakan Koo Ham sebagai biadab dan mahu PAS menyatakan pendirian mengenai perkara itu, manakala Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong mahu Koo Ham, mengaku salah serta tidak menyalahkan pihak lain. 
Ketua Pemuda MIC, T Mohan pula menyifatkan Koo Ham yang mempunyai standard lebih rendah dan bersikap kebudak-budakan, sekali gus tidak layak menjadi pemimpin dan wajar dipecat daripada DAP.

Kesal, tersinggung

Di Ipoh, Zambry berkata, beliau hairan mengapa dirinya dan Khairy menjadi sasaran terbaru Ahli Parlimen Beruas itu, sedangkan pemimpin DAP berkenaan sendiri yang membuat kesilapan, mencetus provokasi mengenai bantahan umat Islam terhadap filem yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Katanya, Koo Ham kini kelihatan hilang kebijaksanaan politik selepas menerima tekanan pelbagai pihak termasuk pemimpin pakatan pembangkang sendiri berhubung Twitternya sebelum ini.

“Saya Islam, tentu tersinggung dengan tulisannya, tapi saya tidak guna bahasa kesat terhadapnya, hanya minta dia hormat perasaan umat Islam yang marah dengan penerbitan filem terbabit. Jika dia cuba menghalakan sasaran kemarahannya kepada saya, mungkin saya boleh katakan dia semakin terdesak,” katanya.

1 comment:

  1. 所有马来西亚马华公会的会 员,
    我们叶金福律师马华公会鹅麦主席及叶君汉马华马青党主席鹅麦呼吁所有马华党成员在十二月的选举支持Donald Lim Siang Chai,因为他是老党员,有道德,经验丰富。

    不要支持Dr Wee Ka Siong,因为他年轻,经验不足,甚至道德有问题
    Kepada seluruh Ahli-ahli MCA Malaysia,
    Kami Yip Kum fook lawyer Ketua MCA Gombak dan Yip Jiun Hann MCA pemuda MCA Gombak menyeru semua Ahli-ahli MCA pada pilihan MCA Disember ini sokong lah Saudara Donald Lim Siang Chai bertanding Naib Pengurusi MCA kerana beliau Ahli lama, bermoral dan berpengalaman.

    Jangan pecah tiket kepada Saudara Dr Wee Ka Siong, kerana beliau muda, kurang pengalaman dan moral pun ada masalah

    MCA GOMBAK

    ReplyDelete