Berikut di bawah merupakan ucapan ringkas Presiden PBNS dan mari kita warga Negeri Sembilan melaungkan slogan Hoben Jang Hoben!!!!!
1. Saya merasa amat sukacita kerana pasukan kita telah berjaya melayakkan diri dlm pusingan suku akhir piala Malaysia untuk tahun 2012 pula. Tahniah kepada semua terlibat daripada pihak pengurusan, jurulatih dan para pemain.
2. Ini jelas sekali adalah hasil usaha kerjasama dan persefahaman yang telah saudara-saudara tunjukkan yang telah pastikan supaya pasukan kita selaku penyandang juara dapat masuk ke suku akhir dan kita berdoa supaya kita berjaya masuk separuh akhir sampai ke peringkat akhir.
3. Saya yakin serta percaya di atas komitmen yang saudara-saudara tunjukkan selama ini dan semangat juang dan semangat kita yang mahu melihat supaya pasukan NS dapat mempertahankan gelaran juara piala Malaysia ini dapat kita jayakan. Itu misi kita, misi mempertahankan kejuaraan piala Malaysia. Jadi saudara-saudara sekalian mempunyai tanggungjawab moral untuk bermain dengan lebih baik, bermain dengan lebih bertanggungjawabn supaya kita akan terus dapat pastikan supaya piala Malaysia akan dapat terus tetap dipegang dan dibawa balik ke NS pada pusingan akhir nanti.
4. Mainlah elok-elok. Pada 28 september ini kita akan bertemu dengan pasukan angkatan tentera Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Banyak diperkatakan tentang pasukan ATM ini, tetapi bagi saya jangan risau pasal orang, kita risau pasal diri kita sendiri. Kalau kita bermain sebagai satu pasukan, kalau kita main sebagai satu pasukan yg mahu melihat kejayaan, saya yakin dan percaya pasukan ns adalah merupakan pasukan yg mempunyai resepi yg terbaik utk kita menggekalkan kejuaraan. Orang lain melihat kita sebagai satu pasukan yang kuat dan terbaik di atas kertas.
5. Tetapi kadang2, di atas kertas dgn terjemahan di atas padang itu kadang2 lain. Jadi adalah amat diharapkan dan amat bersyukur kita kalau kita dpt menterjemahkan apa ada di atas kertas, dpt pula diterjemahkan seterusnya di atas padang. Kalau ini dapat kita buat insyaAllah kita akan merangkul kejayaan. Jadi yg pentingnya semangat kita, tanggungjawab kita dan akhirnya adalah keikhlasan kita utk bermain utk pasukan kita. kalau kita mempunyai resepi ini, insyaAllah kita akan berjaya.
6. Jadi kepada saudara sekelian, Tak banyak lagi bermain. Cuma dua kali di suku akhir. Timbal balik, dua, lepas itu separuh akhir kalah mati dan terus saja untuk menutup tirai. Tirai 2012, jadi lima kali main lagi, mainlah dan tunjukkanlah satu semangat pasukan yang kuat, kental dan berikan suatu yang boleh menggembirakan rakyat NS iaitu tak lain dan tak bukan menggekalkan piala Malaysia di NS.
7. Jadi inilah yang telah kita buat. Dan kita mahu lihat supaya semua orang berada dlm keadaan yg sukacita, kita punya silaturrahim antara pemain baik, dan diharapkan supaya kita akan sentiasa berada dlm keadaan yang sihat tubuh badan dan sihat pemikiran kita.
Ucapan ringkas dan padat yang disampaikan oleh Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Presiden PBNS pada majlis Hi-Tea bersama pemain-pemain pasukan Negeri Sembilan dan juga pihak pengurusan PBNS.