Sunday, May 29, 2011


MUHASABAH DIRI – KUAT KAN PARTI !!!
Ahli UMNO yang mula berkira-kira untuk menjadi calon pada pemilihan perwakilan peringkat bahagian pada masa akan datang diingatkan untuk melupakan seketika hasrat itu, sebaliknya perlu bermuhasabah mengkaji kelemahan diri.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata apa yang lebih penting ketika ini ialah mencipta formula untuk mengembalikan kekuatan parti dan menawan semula negeri yang dimenangi pakatan pembangkang.
“UMNO lemah kerana kita tidak sepakat dan berpecah dengan ada kumpulan yang menyokong orang itu dan sebelah sini pula kumpulan penyokong pemimpin lain.
“Ada juga ahli UMNO yang merajuk dan ini tidak seharusnya berlaku jika kita betul-betul sayangkan parti. Kalau hendak ikutkan hati merajuk, ia hanya akan merugikan dan melemahkan parti,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kuala Langat di sini, semalam.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan, berkata UMNO Selangor perlu bangkit kembali dan menjadikan semangat ‘Gelombang Biru’ di Terengganu yang berjaya merampas kembali negeri berkenaan dari PAS sebagai contoh perjuangan.
“Pembangkang terutama PAS di Terengganu tidak kuat sebagai mana anggapan pihak tertentu sebaliknya kemenangan PAS pada Pilihan Raya Umum 1999 berpunca daripada sikap ahli UMNO sendiri yang berpecah.
Beliau berkata, UMNO berharap parti komponen Barisan Nasional (BN) akan turut sama bekerja keras dan menggerakkan jentera parti bagi merampas kembali Selangor.
“Semua komponen BN perlu rajin turun padang dan jangan hanya UMNO saja yang bersungguh-sungguh buat kerja untuk menang,” katanya.
TEPAT DAN  MESTI DI FIKIRKAN OLEH SEMUA PIHAK……
JIKA MAHUKAN UMNO / BN TERUS MENERAJUI NEGARA !!!
KALAU SEDAR LAH….

No comments:

Post a Comment