Monday, May 2, 2011

– MELAYU MESTI BERSATU



Penyatuan secara menyeluruh orang Melayu yang kelihatan agak sukar berikutan perbezaan fahaman politik ketika ini boleh berlaku jika ada isu besar yang menggugat kedudukan mereka, kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah.
Katanya, beliau yakin orang Melayu boleh bersatu tetapi mesti ada sebab serta isu yang sesuai dan ia tidak harus lahir atas dasar konflik dengan kaum lain, tetapi lebih kepada jati diri mereka sendiri.
“Orang Melayu hari ini nampaknya macam tidak bersatu kerana masing-masing dengan pandangan dan fahaman mereka sendiri, namun jika ada isu yang menggugat kedudukan mereka, ia (penyatuan) akan berlaku.
“Jika ini berlaku, barulah orang Melayu akan balik cari pemimpin mereka untuk berjuang. Sekarang mereka nampak macam tidak menghiraukan pemimpin,” katanya yang menyuarakan pandangan mengenai perlunya orang Melayu segera bersatu demi masa depan generasi akan datang.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perhimpunan Veteran UMNO Kedah yang bertemakan ‘Memantapkan Perpaduan Melayu’.
Semestinya bangsa Melayu akan bangun menegakkan kebenaran jua maruah yang kini mulai digugat termasuk oleh mereka ‘orang melayu’ sendiri yang terlalu mementingkan kuasa hingga sanggup ‘menjual’ bangsa sendiri.
Namun tahap kesedaran kini tumbuh bagaikan menyatakan gelombang kebangkitan memertabatkan bangsa, Ugama dan Negara mesti diutamakan, diserlahkan juga diterjemahkan sejelas-jelasnya tanpa sebarang rasa ragu serta takut demi mengembalikan kebenaran seterusnya memulihkan segala yang telah tercemar selama ini.
Pengaruh yang membudayakan ketaksuban melulu mesti diberi perhatian agar tidak mengundang idealogi sempit terus menular apatah lagi tanpa tahu dan mengenali hakikat kepada siapa ‘taksub’ itu disandarkan.
Maka apa yang diperkatakan oleh ‘Ku Li’ amat bertepatan bahawa orang Melayu pasti akan bersatu apabila isu besar melanda.
Sekiranya ada sesiapa atau mana-mana pihak yang berhasrat mahu terlalu ‘bermain api’ dengan Melayu, berpikirlah sebaiknya, jangan terlalu yaarah yakin Melayu kini telah hilang arah kekuatan ‘semangat ketuanan Melayu’……perjuangan masih diteruskan.
Bangkitlah semua Melayu…Sedarlah dari lamunan yang sebenarnya bercelaru….Kita mesti kembali bersatu menampilkan kekuatan kita.
MELAYU MESTI BERSATU…….
Bersatulah Melayu untuk memertabatkan bangsa, agama dan Negara tercinta……
MELAYU MESTI BERSATU…..

No comments:

Post a Comment