Tuesday, May 17, 2011


Bahagian UMNO diarah selesai segera masalah

Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa semua pimpinan UMNO di peringkat bahagian, cawangan dan sayap menyelesaikan segera sebarang masalah dalaman yang wujud bagi menghadapi pilihan raya umum yang mungkin diadakan pada bila-bila masa.
Timbalan Perdana Menteri menyuarakan peringatan itu hasil lawatan dan pemantauannya di beberapa bahagian UMNO di seluruh Negara yang didapati masih dibelenggu masalah dalaman.
Sambil mengakui angin perubahan rakyat untuk kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) mula kelihatan, beliau berkata, ia masih belum cukup kuat dan meyakinkan untuk jentera parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
“Saya mengakui sudah ada angin perubahan sokongan rakyat kembali (menyokong) kepada kita, tetapi masih ada sebahagian lagi bahagian UMNO dalam keadaan sama (bermasalah).
“Kita harus sedar selepas ini kita akan menghadapi pilihan raya umum. Memang Perdana Menteri belum memberi isyarat dan tidak membisik apa-apa lagi kepada saya, tetapi kita perlu ingat pilihan raya mungkin boleh diadakan esok, mungkin beberapa bulan lagi dan mungkin juga sebelum 2013,” katanya.
Selesaikanlah masalah dalaman sebaiknya, kita mesti kuatkan parti, bersatu – keutamaan kepada bangsa, ugama dan Negara seharusnya teguh menjadi wadah perjuangan.
Pikirkanlah hala tuju anak bangsa kita, masa depan mereka dan yang paling penting apa yang bakal kita wariskan pada mereka……………………

No comments:

Post a Comment