Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan menguji kesetiaan ahli UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 untuk menyerahkan mandat sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti memilih calon bertanding.
Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, kesetiaan ahli UMNO akan diuji sama ada mereka akan terus bersatu padu serta sama-sama bekerja keras dalam satu jentera yang mantap bagi memastikan kemenangan parti pada PRU kelak, walaupun tidak terpilih sebagai calon untuk bertanding.
“Apakah kita sudah cukup setia kepada UMNO? Apakah kalau tidak menjadi calon (bertanding dalam PRU), kita setia kepada UMNO…serah mandat kepada pucuk pimpinan (parti untuk memilih calon)?
Terima kasih, saya akan uji apabila sampai masanya nanti. Jangan ada orang nak merajuk, jangan ada orang tak (buat) kerja, jangan ada orang yang pergi ke luar negara waktu pilihan raya kerana tidak dipilih menjadi calon.
“Kalau semuanya sudah sedar…mana ada kekurangan yang boleh kita perbaiki, apabila kita tokok tambah lagi, maka ada maknalah kita menyambut 65 tahun kelahiran UMNO,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Ulang Tahun UMNO Ke-65 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) .
Najib turut membangkitkan persoalan sama ada ahli UMNO sudah berkhidmat bersungguh-sungguh, rajin turun padang, mendampingi rakyat dan menyelesaikan masalah mereka.
“Apakah kita sudah dekat di hati rakyat? Jadi pada sambutan Ulang Tahun Ke-65 ini, ikrar kita ialah mesti untuk mendekatkan hati rakyat dengan kita sebagai pemimpin UMNO,” katanya.
Najib berkata, ahli UMNO mesti terus bekerja lebih gigih selagi semboyan PRU Ke-13 belum berbunyi, sekali gus jangan berasa selesa walaupun Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi beberapa pilihan raya kecil dengan cemerlang.
SIAPA YANG BAKAL DIUJI ????
Saranan dan ingatan dari PM ini perlu di jiwai oleh semua pihak serta ahli UMNO semestinya telah bersedia berjuang bersama juga belajar melupakan kepentingan diri melebihi kepentingan parti….
Kesetiaan kepada parti adalah teras kepada kekuatan organisasi dan UMNO mesti terus teguh menjadi tunjang kepada perjuangan Melayu.
MELAYU MESTI BANGKIT BERSATU !!!
No comments:
Post a Comment