Sunday, August 26, 2012

‘Rasa nak berbogel’


“Saya rasa seperti nak berbogel kerana tidak tahan dengan rasa gatal yang amat sangat di seluruh badan,” kata penjaga gol skuad bola sepak Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramlie yang pelik dengan kejadian dialaminya, malam kelmarin.

BAWA KELUAR...detik mencemaskan skuad Terengganu apabila Mohd Sharbinee diserang kegatalan.
Kejadian berlaku ketika Mohd Sharbinee beraksi bersama rakan sepasukan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Piala Malaysia kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.
Sumber : n9kini.com
p/s : Laaaaaa.. ingat apa lah tadi.. rupa-rupanya gara2 alahan ubat atau pun alahan makanan hari raya. Ishk ishk ishk ishk.. bikin suspen betul lah penjaga gawang gol Terengganu nih, Mohd Sharbinee Allawee nih.. Yer lah pun.. Agaknya mood raya lagi lah tu.. Lawak.. lawak.. Hehe..
Apa pun.. KA nak menyentuh perihal bola sepak Negeri Sembilan yang prestasinya macam yoyo ni juga. Kejap ok.. kejap ko.. Dari tahun lepas lagi nih pasukan bola sepak Negeri Sembilan suka bikin nyawa tersekat-sekat.. Namun.. Kejayaan yang dikecapi juga adalah hasil dari titik peluh pemain-pemain pasukan Negeri Sembilan dan menerima dokongan kuat dari penyokong 'Hoben Jang Hoben'.
Biarpun prestasi yoyo.. semangat juang dari pemain-pemain ini perlu dihargai. Malah, kegemilangan dan prestasi bola sepak Negeri Sembilan juga tidak berhenti di sini sahaja, kerana terdapat ramai pemain pelapis sedang dibentuk seawal usia 7 tahun. Hidup Yayasan Negeri Sembilan dan Hidup Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan!!!!
Satu lagi jangan lupa jasa Lagenda Bola Sepak Negeri Sembilan, juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan yang bekerja kuat mengembalikan kegemilangan pasukan bola sepak Negeri Sembilan.
Di bawah kepimpinan Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, pasukan bola sepak Negeri Sembilan terus unggul dan telah memenangi beberapa piala elit Malaysia.
Mari sokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan untuk Siri Piala Malaysia 2012 pula!!!
Sumber : Berita Harian


Saksikan youtube ehsan RTM1 NS mln Sime Darby di bawah
Perlawanan kedua : 25 Ogos 2012 (8:45 malam)
Keputusan : NS 4 - 0 SD

HOBEN JANG HOBEN


No comments:

Post a Comment