Kami pernah memetik sebuah artikel yang menceritakan secara terperinci ciri-ciri golongan khawarij ini. Klik di sini untuk baca lanjut.
Tujuan
kami membangkitkan soal khawarij ini adalah kerana dalam tidak sedar,
ramai yang tergelincir akidahnya dan menjadi sebahagian golongan tercela
ini disebabkan kerana terfana dengan perjuangan menegakkan Islam dan
hukum Allah SWT yang dianjurkan PAS. Walaupun pada hakikatnya, mereka
(PAS) lebih selesa untuk bekerjasama dengan musuh Islam berbanding
bersatu dengan saudara seagama sendiri. Ini jelas bertepatan dengan
ciri-ciri utama golongan khawarij seperti yang dinyatakan oleh
Rasulullah SAW dalam sebuah hadis:
Hadis
Rasulullah s.a.w menyatakan golongan Khawarij sangat cenderung untuk
membunuh atau menjatuhkan hukum terhadap orang Islam, tetapi sangat
bersikap sangat lunak terhadap penyembah berhala dan kaum kafir. Sebuah
riwayat Abdil Bar menceritakan, Ketika Abdullah bin Habbab bin Al-Art
berjalan dengan isterinya, mereka telah bertemu dengan golongan
Khawarij. Golongan Khawarij tersebut telah meminta Abdullah untuk
menyampaikan hadis-hadis yang didengarnya daripada Rasulullah s.a.w.
Kemudian Abdullah menyampaikan hadis tentang terjadinya fitnah: (Maksudnya) “Yang duduk pada waktu itu lebih baik dari yang berdiri, yang berdiri lebih baik daripada yang berjalan…”
Golongan
Khawarij itu segera bertanya, “Adakah engkau mendengar sendiri
daripada Rasulullah?” Demi dijawab ‘ya’ oleh Abdullah, serta-merta
mereka memenggal kepala Abdullah. Isterinya yang sarat mengandung turut
dibunuh dan janin yang sedang dikandungnya dikeluarkan.
Dr MAZA cukup teruja bergambar bersama RABAI Yahudi |
Makanya
tidak peliklah sekiranya seseorang yang diraikan sebagai ulama' dalam
PAS ini begitu menghormati pemimpin bukan Islam berbanding pemimpin
Islam itu sendiri. Tidak kiralah betapa besar jasa mereka kepada Islam
dan umatnya. Pada mereka, tiada orang Islam lain yang sehebat ilmu
mereka dan akan menentang habis-habisan mereka yang tidak sehaluan!
Bukanlah
kami pukul rata dengan mengatakan kesemua penyokong PAS itu khawarij,
tetapi jumlah yang benar-benar sedar kepentingan untuk kesatuan ummah
bagi menegakkan Islam itu semakin mengecil. Lebih parah PAS juga kini
mulai didominasi oleh kader-kader liberal PKR. Semakin celaru bukan?!!
Tidak
percaya?!! Pernahkah kita melihat pemimpin-pemimpin PAS ini bertemu
ulama'-ulama' tersohor Ahli Sunnah?!! Jelas sekali mereka lebih selesa
bersama ulama' syiah yang mengkafir para sahabat Rasulullah SAW serta
terkeluar iktikad akidahnya!
Sebab itulah, PAS kini sekejap mahu Hudud sekejap tidak. Sekejap mahu Negara Islam, sekejap Negara Berkebajikan. Bergantung bagaimana reaksi balas rakan kuffar mereka.
Maka, usaha
penyatuan orang Islam di Malaysia ini tidak akan tercapai buat
selamanya selagi PAS dikuasai oleh syiah khawarij-liberal ini. Mana
mungkin air yang kotor dapat disatukan bersama air mutlak dalam satu
bekas, melainkan menjadikan yang mutlak itu tercemar?!! Namun air yang
kotor tiada masalah untuk bercampur gaul dengan jenis air yang sejenis
dengannya.
Inilah
perumpamaan yang dapat menerangkan hubungan PAS-DAP kini. Kedua-duanya
hanya bersatu di atas dasar BENCI dan mahu menumbangkankan satu lagi
golongan Islam sunni (UMNO) yang terbukti lebih berjaya menegakkan Islam
dan membela nasib ummatnya selama 55 tahun ini!
No comments:
Post a Comment