Tuesday, August 14, 2012

Keyveas akui bangsa India tidak jujur dengan bangsanya sendiri. Perpecahan India di dalangi agenda jahat pembangkang



Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M. Kayveas bercadang mewujudkan sebuah akhbar Tamil sendiri bagi memastikan masyarakat India tidak terus dikelirukan dengan putar belit pembangkang melalui beberapa akhbar Tamil sedia ada.
Menurutnya, langkah itu bertujuan menyelamatkan minda masyarakat India daripada terus diperdaya dengan pembohongan pembangkang sekali gus membenci kerajaan.
“Saya merasakan keputusan ini wajar dan bertepatan memandangkan beberapa akhbar Tamil kini lebih cenderung menyiarkan berita pembangkang yang berniat menjatuhkan kerajaan berbanding sumbangan dan jasa kerajaan kepada rakyat.
“Mereka memburuk-burukkan saya dan melaga-lagakan pemimpin PPP, apa yang menyedihkan beberapa akhbar Tamil melaporkan saya ingin menutup sekolah Tamil dan menuduh saya ingin merobohkan kuil, sedangkan itu tidak benar,” katanya kepada pemberita pada Konvensyen PPP 2012 Negeri Sembilan, di sini hari ini.
Kayveas memberitahu, beliau akan bertemu dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membincangkan mengenai permohonan lesen untuk menerbitkan sebuah akhbar Tamil baru.
“Saya rasa sudah cukup lama saya berdiam diri, saya tidak mahu masyarakat India terus ditipu pembangkang dan berpecah belah. Saya mahu mereka mendapat serta membaca berita yang mempunyai kebenaran,” tegasnya.

p/s : Mana mungkin M Keyveas mahu memecahbelahkan bangsa India. Kerana bersimpati dengan bangsa India yang mudah terpedaya dengan agenda pembangkang, surat khabar yang berorentasikan kebenaran akan dihasilkan sedikit masa lagi.

No comments:

Post a Comment