Sunday, July 3, 2011


AKTA DARURAT ADALAH LANGKAH PENCEGAHAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata penggunaan Ordinan Darurat adalah langkah pencegahan awal bagi mengelakkan perkara lebih serius berlaku, selain memastikan keamanan dan ketenteraman negara dikekalkan.

"Ini langkah preventif... pencegahan lebih baik daripada berubat, apa-apa polis buat ini sebagai satu langkah pencegahan daripada sesuatu yang lebih serius berlaku jika ada pihak mengambil kesempatan daripada perhimpunan haram itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan, semalam.


"Ada sebahagian rakyat yang mahukan kita (kerajaan) bertindak dengan menggunakan apa juga kuasa yang ada pada kita tetapi saya percaya polis memahami segala implikasi kalau mereka nak mengambil apa-apa tindakan, yang penting tindakan itu mendapat sokongan rakyat," katanya.

Perdana Menteri berkata, kumpulan itu akan cuba menggambarkan kerajaan bersifat autokrasi dan kuku besi serta tidak liberal kerana menolak perbuatan mereka.


Ordinan Darurat membolehkan polis menahan seseorang sehingga 60 hari tanpa perbicaraan.

Sehingga semalam, enam individu ditahan mengikut Ordinan Darurat dan 152 lagi ditangkap mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis kerana cuba mengadakan perhimpunan haram, manakala hampir 3,000 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak yang membantah perhimpunan itu di seluruh negeri.

SEBENARNYA RAKYAT YANG BERPIKIRAN RASIONAL TELAH LAMA MAHU TINDAKAN SEBEGINI DIAMBIL OLEH KERAJAAN BAGI MEMASTIKAN TIADA RUANG BAGI SIAPA SAJA YANG CUBA MENGHURU-HARAKAN NEGARA.

RAKYAT YANG BIJAK MAHU KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN !!!

PENGKHIANAT MESTI DIHAPUSKAN !!!

No comments:

Post a Comment