Perhimpunan haram 9 Julai dianggap gagal jika faktor yang digembar-gemburkan oleh penganjur bahawa mereka boleh mengumpul 100,000 peserta diambil kira.
Oleh sebab perhimpunan itu hanya dihadiri 6,000 orang, maka pemerhati melihat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini mencari jalan baru pula dengan menyatakan bahawa Malaysia sudah dekat kepada revolusi.
Revolusi bermakna menumbangkan kerajaan dengan kekerasan, pertumpahan darah dan penggunaan senjata, dan jika itu yang dimahukan, apa perlunya lagi tuntutan pilihan raya yang adil?
Penganalisis dan pemerhati politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata revolusi adalah sekadar satu slogan Anwar bertujuan mahu mempengaruhi persepsi rakyat untuk mengubah kerajaan dengan cepat.
Che Hamdan berkata sejak dari awal lagi, perhimpunan haram itu dianggapnya satu tindakan politik walaupun penganjurnya menafikan pembabitan parti-parti politik bersekongkol dengan penganjurnya iaitu sebuah kumpulan haram dikenali "Bersih".
"Sekarang kita hidup aman damai, dan jika revolusi berlaku, pastinya negara akan kucar-kacir.
"Kita tak menganggap semua kerajaan sempurna tetapi bukan dengan cara ini menukar kerajaan yang ada. Platform pilihan raya sudah disediakan sesuai dengan amalan demokrasi," katanya.
Senator Mohamed Ezam Mohamed Noor pula berkata Anwar sudah hilang kewarasan kerana terdesak untuk berkuasa.
Anwar memang sudah hilang punca, rahsia peribadinya terbongkar satu persatu….
Untuk mengalihkan pandangan rakyat dan menyelamatkan dirinya, Anwar saggup buat apa saja..
REVOLUSI YANG DI BAWA HANYA PENIPUAN BESAR KEPADA RAKYAT !!!
HAPUSKAN ANWAR !!!
No comments:
Post a Comment