Monday, July 18, 2011


PAS SEMAKIN ‘BINGAI’
Tindak tanduk PAS yang sentiasa tunduk kepada telunjuk DAP dan pakatan pembangkang sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan Islam dan ketuanan Melayu, jelas menunjukkan parti itu semakin tamak dalam usahanya meningkatkan pengaruh politik.
Selepas terhutang budi kejayaan besar pada Pilihan Raya Umum 2008 dengan mengekalkan kemenangan di Kelantan dan merampas Kedah hasil kerjasamanya dengan DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang, PAS umpama parti dilambung asmara sehingga tidak menghiraukan teguran demi menjaga kepentingan kelangsungan politiknya.
Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Samsul Adabi Mamat, berkata langkah PAS menarik balik arahan penutupan 13 jenis pusat hiburan sepanjang Ramadan, menghantar ahlinya menyertai perhimpunan haram 9 Julai lalu serta menggugurkan negara Islam dalam prinsip perjuangannya, membuktikan mereka kian terdesak.
Beliau mengulas langkah kerajaan PAS di Kedah menarik balik keputusan dibuatnya minggu lalu dan sebaliknya menyatakan kerajaan negeri akan menguatkuasakan larangan terhadap pengguna Islam di premis itu sepanjang Ramadan selepas DAP sebelumnya menyatakan ia sanggup menyaman kerajaan negeri andai larangan itu dilaksana.
 “Mereka sudah keluar daripada matlamat asal dan terlalu jauh terpesong.
Mungkin langkah mengikut permintaan DAP dirasakan mampu membantu raih sokongan pengundi bukan Islam, tetapi kesan jangka panjang menyebabkan pengaruh mereka kian terhakis,”
katanya.

HANCUR HURU HARA DAH PARTI PAS NI....
SANGGUP TUNDUK PADA KAFIR DEMI KEPANTINGAN POLITIK.....

APA SEMUA NIIII ??????

KENAPA TAK LEH PIKIR DAN SEDAR ??????

No comments:

Post a Comment