Wednesday, July 13, 2011

ANWAR DALANG DISEBALIK BERSIH                      
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalang dan petualang sebenar penganjuran perhimpunan haram di ibu kota, kelmarin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata perhimpunan yang kononnya anjuran BERSIH, sebuah pertubuhan tidak berdaftar itu adalah usaha terdesak Anwar mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya umum akan datang.
Katanya, Anwar berasa terancam dengan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) yang semakin tinggi berikutan pelbagai dasar pembangunan yang dilaksanakan sekarang.
“Inilah yang berlaku kerana nafsu hendak jadi Perdana Menteri… sanggup buat apa saja. Dia tengok BN baik, kalau pilihan raya kita menang. Dia tahu kalau dia tak lakukan sesuatu, kita akan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
“Ini peluang terakhir baginya. Bila orang tahu ini peluang terakhir, mereka akan buat segala-galanya (tanpa mengambil kira) baik atau tidak, sebab matlamat menghalalkan cara, dia tidak kisah asal jadi Perdana Menteri,” katanya pada majlis Penerangan Perdana, di sini semalam.
Najib juga berkata, pembangkang dan BERSIH adalah ‘kaki pusing’ kerana terlalu banyak helah untuk menggambarkan kepada dunia luar bahawa Malaysia negara yang tidak mengamalkan prinsip demokrasi.
“Mula-mula terima titah nasihat (Yang di-Pertuan) Agong, kata akan batalkan perhimpunan haram. Lepas itu pusing balik kata nak buat perarakan aman. Kalau polis tak kawal, tak jadi aman,” katanya.
Beliau berkata, rakyat perlu faham Anwar sengaja mahu menjejaskan imej negara dan menunjukkan kepada dunia kononnya Malaysia tidak demokrasi dan cuba menunjukkan dirinya manusia yang baik.
ANWAR BERNIAT JAHAT MAHU MENGHANCURKAN NEGARA DENGAN SEMUA AGENDA PERIBADINYA!!!
ANWAR DALANG YANG SANGGUP BUAT APA SAJA UNTUK MENCAPAI HASRAT NYA…….
ANWAR MANUSIA KEJI…!!!

1 comment:

  1. Assalamualaikum, salam 1Malaysia

    saya mewakili pihak mykmu.net ingin menarik perhatian pihak tuan
    bahawasanya...laman web mykmu.net akan mengadakan Majlis Himpunan penulis
    penulis maya (blog Politik shj) pada 14, 15 Oktober 2011, Insya'Allah ..Perdana
    Menteri Malaysia akan turut menghadiri majlis tersebut…

    Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu penginapan akan disediakan dan voucer minyak pecuma….

    Mohon pada pihak tuan agar memyebarkan berita ini kepada rakan rakan tentang perkara ini....

    Tuan boleh menghubungi saya di email cranell@mykmu.net merangkap
    setiausaha kerja mykmu.net bagi sebarang pertanyaan dan pengesahan.

    jika berminat sila berikan nama, namablog dan no fon di email tertera diatas untuk pendaftaran dan segala detail mengenai majlis tersebutkan akan disms kepada pihak tuan..

    segala kerjasama pihak tuan amatlah dihargai....

    ReplyDelete