Wednesday, June 22, 2011

Sejuta tandatangan belia dikumpul bantah perhimpunan haram

 

Majlis Belia Malaysia (MBM) bercadang mengumpul sejuta tandatangan daripada kalangan belia bagi membantah rancangan mengadakan perhimpunan haram oleh kumpulan pengacau di ibu negara, Sabah dan Sarawak pada 9 Julai ini.

Presidennya Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, tandatangan itu akan dikemukakan kepada pihak penganjur perhimpunan terbabit bagi membuktikan perhimpunan itu bertentangan dengan kehendak masyarakat.
“Kita akan kumpulkan tandatangan ini serta-merta. MBM mewakili lebih 3.9 juta belia yang berdaftar di bawah lebih 7,000 pertubuhan belia seluruh negara.
Tandatangan itu kemudian akan diserahkan kepada penganjur (perhimpunan) sebelum tarikh perhimpunan, bagi menggesa perhimpunan itu dibatalkan.
“Semalam, pihak kami juga telah menghantar surat rasmi kepada Datuk Ambiga Sreenevasan (penganjur perhimpunan) bagi menyatakan pandangan kami,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Bukan sejuta tetapi semua rakyat yang tahu menghargai keamanan di Negara ini menolak semua penganjuran perhimpunan seumpama ini.
Perhimpunan yang berdasarkan kepentingan politik pihak tertentu ini mesti di tolak oleh semua pihak kerana ianya berniat jahat mahu membuat huru hara.
HANYA RAKYAT YANG TERPENGARUH DENGAN HELAH PEMBANGKANG AKAN MENJADI ALAT PERMAINAN POLITIK KOTOR MEREKA….!!!
BERFIKIR SEBAIKNYA, KITA MENOLAK PERHIMPUNAN ‘BERSIH’.INI…
JANGAN TERPEDAYA….

No comments:

Post a Comment