Friday, June 24, 2011

Berkorban dedah watak video seks
Trio Datuk T menganggap pengakuan salah mereka dan hukuman denda yang dikenakan mahkamah semalam, sebagai satu pengorbanan demi membongkar watak sebenar pelaku dalam video seks didedahkan mereka yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, berkata walaupun tidak gembira dengan hukuman dikenakan, mereka menerima keputusan itu dengan hati terbuka sambil menyifatkan apa yang lebih penting ialah pendedahan berhubung pelaku video seks.
“Hari ini (semalam) di mahkamah kita sudah lihat perkara sebenar didedahkan, kita takkan dapat menerima lagi penafian mana-mana pihak Anwar dan melakukan kemaksiatan. Kita buat ini untuk kepentingan dan keselamatan negara. Pemimpin yang korup dari segi moral, mudah saja terdedah kepada korup yang lain.
“Kita korbankan diri untuk memastikan rakyat dapat menimbang dan menghakimi perkara sebenar. Selepas ini, menjadi harapan (kami) tiada lagi keraguan, tiada lagi yang dipersoalkan dan tiada lagi kenyataan mirip… mirip… mirip… tak ada… itu Anwar Ibrahim.
“Dengan itu, kita mohon rakyat Malaysia menggunakan kebijaksanaan membuat keputusan terbaik, khususnya pada pilihan raya umum akan datang. Insya-Allah apa yang kami lakukan hari ini (dapat) membersihkan Malaysia daripada kepura-puraan amat sangat, doakan kami,” katanya kepada pemberita di pekarangan mahkamah selepas prosiding berlangsung, semalam.
Kesedaran mampu merubah segalanya dan perkara keji seperti mesti didedahkan agar kepentingan  negara sentiasa didahulukan serta seterusnya menjadi pengajaran kepada semua pihak.
BERFIKIRLAH SECARA WARAS DEMI ANAK BANGSA KITA !!!
JANGAN TERUS DI-PERDAYA DAN TERPEDAYA ……ITULAH WAJAH SEBENAR ANWAR !!!

No comments:

Post a Comment