Monday, June 20, 2011


Pembangkang letak jawatan
Semua wakil rakyat pembangkang diminta supaya meletakkan jawatan sekiranya mereka masih bertegas untuk menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang akan diadakan pada 9 Julai ini.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ikhsan Wan Muhammad berkata, ini disebabkan kesemua mereka tidak mempercayai sistem demokrasi dan pilihan raya yang diamalkan di negara ini.
Beliau berkata, sekiranya mereka enggan berbuat demikian, ia membuktikan bahawa pihak pembangkang yakin dengan sistem sedia ada dan mengiktiraf hak rakyat untuk memilih.
"Saya ingin bertanya, adakah wakil rakyat pembangkang yang mendapat jawatan tersebut atau gelaran 'Yang Berhormat' secara sah? Jika ya, mereka telah mengakui bahawa pilihan raya ini diadakan dengan adil dan untuk apa lagi perhimpunan Bersih.
"Tetapi jika wakil rakyat ini masih bertegas mengatakan sistem demokrasi di negara ini tidak betul, ia bermakna mereka memegang jawatan secara tidak sah kerana mereka dipilih melalui sistem pilihan raya yang tidak sah, maka mereka perlu meletakkan jawatan," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
"Kalau benar Pilihan Raya Umum 2008 tidak bersih, masakan mereka memenangi lebih 80 kerusi di Dewan Rakyat dan menawan lima buah negeri. Ini adalah perhimpunan yang 'tidak bersih' untuk menyusahkan rakyat.
“Tepuk dada tanya selera” – apakah agenda sebenar aganda parti pembangkang mahu buat perhimpunan ini????
Siapa sebenarnya yang suka huru-hara ??
MENGAPA MEMPERBODOHKAN DIRI UNTUK TURUT SERTA ???


No comments:

Post a Comment