Sunday, May 29, 2011


MUHASABAH DIRI – KUAT KAN PARTI !!!
Ahli UMNO yang mula berkira-kira untuk menjadi calon pada pemilihan perwakilan peringkat bahagian pada masa akan datang diingatkan untuk melupakan seketika hasrat itu, sebaliknya perlu bermuhasabah mengkaji kelemahan diri.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata apa yang lebih penting ketika ini ialah mencipta formula untuk mengembalikan kekuatan parti dan menawan semula negeri yang dimenangi pakatan pembangkang.
“UMNO lemah kerana kita tidak sepakat dan berpecah dengan ada kumpulan yang menyokong orang itu dan sebelah sini pula kumpulan penyokong pemimpin lain.
“Ada juga ahli UMNO yang merajuk dan ini tidak seharusnya berlaku jika kita betul-betul sayangkan parti. Kalau hendak ikutkan hati merajuk, ia hanya akan merugikan dan melemahkan parti,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kuala Langat di sini, semalam.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan, berkata UMNO Selangor perlu bangkit kembali dan menjadikan semangat ‘Gelombang Biru’ di Terengganu yang berjaya merampas kembali negeri berkenaan dari PAS sebagai contoh perjuangan.
“Pembangkang terutama PAS di Terengganu tidak kuat sebagai mana anggapan pihak tertentu sebaliknya kemenangan PAS pada Pilihan Raya Umum 1999 berpunca daripada sikap ahli UMNO sendiri yang berpecah.
Beliau berkata, UMNO berharap parti komponen Barisan Nasional (BN) akan turut sama bekerja keras dan menggerakkan jentera parti bagi merampas kembali Selangor.
“Semua komponen BN perlu rajin turun padang dan jangan hanya UMNO saja yang bersungguh-sungguh buat kerja untuk menang,” katanya.
TEPAT DAN  MESTI DI FIKIRKAN OLEH SEMUA PIHAK……
JIKA MAHUKAN UMNO / BN TERUS MENERAJUI NEGARA !!!
KALAU SEDAR LAH….

Thursday, May 26, 2011


Kit Siang takut Melayu sokong UMNO
Tuduhan yang dilemparkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencerminkan ketakutannya terhadap kebangkitan sokongan Melayu kepada UMNO.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, tindakan itu juga bertujuan menyembunyikan keretakan yang berlaku dalam pihak pembangkang berikutan terbongkarnya isu skandal video seks yang didakwa membabitkan salah seorang pemimpin tertinggi pakatan berkenaan.
Katanya, Muhyiddin mempunyai alasan yang kukuh untuk mengingatkan orang Melayu agar tidak terpedaya dengan gerakan yang direncanakan oleh DAP untuk menguasai negara melalui amalan politik rasis.
"Kit Siang memang suka memainkan sentimen perkauman untuk meraih sokongan pengundi. Setiap kali pilihan raya, beliau akan meniupkan sentimen perkauman supaya bukan Melayu terus memihak kepada DAP.
"Jadi untuk apa orang Melayu mahu menyokong parti itu sedangkan sedar bahawa DAP hanya memperjuangkan kepentingan satu kaum sahaja.
"Sebenarnya Kit Siang merupakan seorang pemimpin politik low-class kerana bermain politik perkauman untuk kepentingan peribadi," katanya dalam entri terbaru di www.umnobahagiancheras.blogspot.com hari ini.
Menurut Syed Ali, gerakan itu telah bermula sejak Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu apabila DAP berjaya memperdayakan orang Cina supaya memusuhi UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Jadi katanya, ketegasan Timbalan Perdana Menteri itu seharusnya disokong dan dijadikan ingatan kerana khuatir DAP bersama sekutunya yang lain akan menjadikan Melayu hilang segala-galanya sekiranya mereka berkuasa kelak.
Kesedaran orang Melayu semakin berkembang, sokongan kepada UMNO kian meningkat, petanda baik segala kekuatan Melayu akan kembali menghadapi musuh…….
MELAYU AKAN TEGUH BERSATU APABILA SEDAR DI TIPU APATAH LAGI BILA DICABAR…….
KETUANAN MELAYU MERSTI DIKEMBALIKAN DI TANAH AIR INI !!!

Saturday, May 21, 2011


MULUT  TAK MANIS  KELENGKING BERKAIT…!!!
( gurindam buat seorang ‘penebar roti lama’ ditepi warung )

Kesetiaan pada kepimpinan tertinggi di peringkat PUSAT  perlu jitu…..
Kesetiaan pada kepimpinan tertinggi di peringkat  NEGERI perlu teguh….
Jujur, iklhlas dan amanah perlu tersemat betul-betul kukuh…..
Jangan bercakap bersilat tapi dalam hati penuh ulat……
Jangan diri sendiri penipu tapi mulut merapu……
Betulkan hati sendiri, betulkan jatidiri…..
ORANG LAMA tak semestinya tahu semua…….
ORANG LAMA tak semestinya sangat peka…..
ORANG LAMA tak semestinya semua betul…..
ORANG BARU selalunya nak tahu semua……
ORANG BARU selalunya aktif dan peka…….
ORANG BARU selalunya nak semua betul……
Kelau setakat ‘madah berhelah’……
Tak ‘WORLD’ lah pemikiran warung kita……
Tak kemanalah anak bangsa…..
Balik-balik buka warung tepi jalan….
Bila nak jadi MELAYU hebat !!!
ORANG LAMA dah tak LAMA…..
ORANG BARU berlumba nak MAJU….
ORANG LAMA selalu cakap BERSYUKUR….
ORANG BARU menghayati erti KESYUKURAN….


Thursday, May 19, 2011


TOK GURU SEMAKIN HILANG SOKONGAN

Kajian pendapat oleh sebuah syarikat perundingan dan penyelidikan, mendedahkan penerimaan rakyat Kelantan terhadap kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menurun kepada 48.3 peratus, berbanding 76 peratus pada 2006 kerana beberapa faktor, termasuk penentangan rakyat di negeri itu terhadap kerjasama PAS dengan DAP.

Kaji selidik yang dinamakan Tinjauan Kepekaan Penduduk Tentang Kepemimpinan Kelantan 2011 itu dilakukan pada Mac lalu. Kaji selidik sama pernah dilakukan oleh syarikat berkenaan pada 2006.

Penasihat SOCMAT, Dr Khairudin Damhoeri, berkata kaji selidik juga mendapati pemimpin PAS lain seperti Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, gagal mengulangi pencapaian hebat lima tahun lalu, sekali gus menunjukkan kedudukan PAS untuk mempertahankan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang amat getir.

Ditanya mengenai punca kemerosotan sokongan terhadap Nik Aziz, beliau berkata, rakyat Kelantan belum dapat menerima kerjasama PAS dengan pakatan pembangkang, terutama DAP.

Katanya, sebelum ini PAS melaungkan dasarnya menegak Islam dan menentang pihak yang berkawan dengan kafir, tetapi kini parti itu sendiri sudah berbaik dengan DAP yang jelas menentang Islam.

“Faktor kedua adalah perpecahan dalam PAS berikutan ada kem Erdogan, iaitu kepemimpinan profesional seperti Husam dan Dr Hatta Ramli. Selain itu, ada kumpulan kerajaan perpaduan terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Datuk Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali serta kumpulan tradisional yang diketuai Mohamad Sabu.

“Penurunan populariti Nik Aziz juga berpunca daripada menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dalam kes Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK),” katanya.
Dr Khairudin berkata, isu pelbagai fatwa yang dikeluarkan Nik Aziz, mengelirukan orang Melayu sehingga menyebabkan mereka tidak lagi yakin padanya.

BILA DAH BANYAK SANGAT BERCAKAP YANG MENGELIRUKAN, SIAPA PUN JADI KURANG PERCAYA……
AKHIRNYA SEMUA MULAI SEDAR KEBENARAN PERJUANGAN MELAYU TULIN…
APA YANG ADA PADA PAS ??

Tuesday, May 17, 2011


Bahagian UMNO diarah selesai segera masalah

Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa semua pimpinan UMNO di peringkat bahagian, cawangan dan sayap menyelesaikan segera sebarang masalah dalaman yang wujud bagi menghadapi pilihan raya umum yang mungkin diadakan pada bila-bila masa.
Timbalan Perdana Menteri menyuarakan peringatan itu hasil lawatan dan pemantauannya di beberapa bahagian UMNO di seluruh Negara yang didapati masih dibelenggu masalah dalaman.
Sambil mengakui angin perubahan rakyat untuk kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) mula kelihatan, beliau berkata, ia masih belum cukup kuat dan meyakinkan untuk jentera parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
“Saya mengakui sudah ada angin perubahan sokongan rakyat kembali (menyokong) kepada kita, tetapi masih ada sebahagian lagi bahagian UMNO dalam keadaan sama (bermasalah).
“Kita harus sedar selepas ini kita akan menghadapi pilihan raya umum. Memang Perdana Menteri belum memberi isyarat dan tidak membisik apa-apa lagi kepada saya, tetapi kita perlu ingat pilihan raya mungkin boleh diadakan esok, mungkin beberapa bulan lagi dan mungkin juga sebelum 2013,” katanya.
Selesaikanlah masalah dalaman sebaiknya, kita mesti kuatkan parti, bersatu – keutamaan kepada bangsa, ugama dan Negara seharusnya teguh menjadi wadah perjuangan.
Pikirkanlah hala tuju anak bangsa kita, masa depan mereka dan yang paling penting apa yang bakal kita wariskan pada mereka……………………

Sunday, May 15, 2011

KESETIAAN AHLI UMNO AKAN DIUJI



Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan menguji kesetiaan ahli UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 untuk menyerahkan mandat sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti memilih calon bertanding.
Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, kesetiaan ahli UMNO akan diuji sama ada mereka akan terus bersatu padu serta sama-sama bekerja keras dalam satu jentera yang mantap bagi memastikan kemenangan parti pada PRU kelak, walaupun tidak terpilih sebagai calon untuk bertanding.
“Apakah kita sudah cukup setia kepada UMNO? Apakah kalau tidak menjadi calon (bertanding dalam PRU), kita setia kepada UMNO…serah mandat kepada pucuk pimpinan (parti untuk memilih calon)?
Terima kasih, saya akan uji apabila sampai masanya nanti. Jangan ada orang nak merajuk, jangan ada orang tak (buat) kerja, jangan ada orang yang pergi ke luar negara waktu pilihan raya kerana tidak dipilih menjadi calon.
“Kalau semuanya sudah sedar…mana ada kekurangan yang boleh kita perbaiki, apabila kita tokok tambah lagi, maka ada maknalah kita menyambut 65 tahun kelahiran UMNO,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Ulang Tahun UMNO Ke-65 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) .
Najib turut membangkitkan persoalan sama ada ahli UMNO sudah berkhidmat bersungguh-sungguh, rajin turun padang, mendampingi rakyat dan menyelesaikan masalah mereka.
“Apakah kita sudah dekat di hati rakyat? Jadi pada sambutan Ulang Tahun Ke-65 ini, ikrar kita ialah mesti untuk mendekatkan hati rakyat dengan kita sebagai pemimpin UMNO,” katanya.
Najib berkata, ahli UMNO mesti terus bekerja lebih gigih selagi semboyan PRU Ke-13 belum berbunyi, sekali gus jangan berasa selesa walaupun Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi beberapa pilihan raya kecil dengan cemerlang.
SIAPA YANG BAKAL DIUJI ????
Saranan dan ingatan dari PM ini perlu  di jiwai oleh semua pihak serta ahli UMNO semestinya telah bersedia berjuang bersama juga belajar melupakan kepentingan diri melebihi kepentingan parti….
Kesetiaan kepada parti adalah teras kepada kekuatan organisasi dan UMNO mesti terus teguh menjadi tunjang kepada perjuangan Melayu.
MELAYU MESTI BANGKIT BERSATU !!!

Wednesday, May 11, 2011

Umno Perlu Mantap !!!



Seluruh anggota parti perlu meningkatkan usaha untuk memantapkan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang pasti tiba, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Bunyikan semboyan, pukullah gendang perang dan panaskan jentera. Jangan sesekali membiarkan fitnah, kepalsuan dan cubaan untuk memperdaya rakyat berjaya.
"Ingatlah, jasa-jasa lalu akan hanya tinggal dalam lipatan lembaran sejarah jika kita gagal dalam ujian yang besar ini. UMNO perlu terus gagah dan relevan untuk melakar jasa-jasa baru demi untuk agama, bangsa dan negara," katanya dalam perutusan sempena Hari Ulang Tahun UMNO ke-65 .
Perdana Menteri berkata, badai yang telah melanda parti pada pilihan raya umum yang lepas bukanlah alasan untuk terus bersikap pesimistik dan kini bukan masanya untuk terus mengeluh serta mengenang perkara lalu.
"Hakikatnya jika kita masih lagi tidak mengenal pasti apa kesilapan kita dan mengambil langkah-langkah pembetulan setelah lebih tiga tahun pilihan raya umum ke-12 berlalu maka kita sebenarnya hanya menempah masa depan yang kelam untuk parti dan rakyat.
"Kini adalah masa untuk bertindak dan bekerja bukannya masa untuk bernostalgia dan beremosi," katanya.
"Ia tidak mungkin berterusan tanpa kemampuan kepimpinan dan ahli-ahli UMNO untuk terus merasai denyut nadi rakyat serta mendukung aspirasi mereka," katanya.
"Pengalaman dan sejarah telah menjadikan UMNO parti politik yang kuat, realistik, matang serta berpijak di bumi nyata. Ia telah mencanai UMNO dengan keanjalan untuk berubah sesuai dengan tuntutan landskap politik mutakhir, memastikan parti terus segar dan relevan," katanya.
"Sejarah telah membuktikan betapa besarnya peranan dan sumbangan UMNO. Kita tidak akan lupa jasa tokoh-tokoh seperti Datuk Onn (Jaafar), Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak (Hussein), Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir (Mohamad), Tun Abdullah Ahmad Badawi serta lain-lain tokoh UMNO yang telah begitu banyak berjasa kepada parti dan negara.
Najib berkata UMNO dan rakan-rakan komponen Barisan Nasional (BN) perlu memastikan agar hari ini untuk warga Malaysia adalah lebih baik dari hari semalam dan fajar menyinsing di hari esok akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk mereka dan anak-anak mereka.
Renungkanlah sekejap…lalu tanyakan pada diri sendiri apakah sumbangan kita kepada keluarga, bangsa, agama dan Negara….dimanakah kita berpijak ??  Kembalilah kepada perjuangan yang berlandaskan ketulenan ketuanan Melayu….Moga kesedaran akan dirahmati…Amin.