Sunday, April 3, 2011

video seks : Jangan salahkan orang lain la..



PDRM mengesahkan video aksi ranjang yang didedahkan tanpa mengenalpasti 'pelakon' di dalam video itu.  Demi kepentingan rakyat malaysia sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi mengenalpasti 'pelakon' yang terlibat di dalam video berkenaan.

Kegawatan akhlak seseorang pemimpin yang senantiasa bercita-cita tinggi menjadi pemimpin utama di negara ini cuba disembunyikan. Kita akan disogokkan dengan tokoh yang lemah,tidak islamik,hipokrit, korap moral malah perilaku atau tabiat seperti yang dirakamkan itu terlepas ke tangan musuh seperti negara-negara yang tidak senang dengan kemakmuran Malaysia.

 Apa akan jadi kepada masa depan rakyat dan malaysia satu hari nanti ?

Amat menyedihkan kepada seluruh rakyat malaysia pemimpin yang dikaitkan dengan video ini masih ingin mempertahankan diri walaupun pendedahan itu membawa keaiban dan penghinaan.
  
Tidak seperti chua soi lek, dia begitu 'gentlemen' apabila beliau mengaku melakukan seks haram dan melepaskan jawatannya.
Malah chua sendiri telah menasihatkan anwar supaya letak jawatan seperti yang telah dilakukannya. bagaimanapun, chua soi lek sekarang adalah presiden MCA.

Pendirian Pas terhadap isu ini amat tidak menentu dan
Dato nik aziz sedang dipantau oleh kuncu-kuncu anwar yang telah disemai dalam PAS sejak beliau menubuhkan PKR.
Beliau mungkin lupa bahawa perjuangan menegakkan kebenaran adalah satu daripada perjuangan islam yang amat dituntut.

Dengan semua pendedahan dan pengesahan video, apa lagi yang mahu dipertahankan sambil menunggu suruhanjaya yang akan ditubuhkan???

Sepatutnya ‘pelakon’ hebat tersebut segera membuat keputusan dan jangan membabitkan  orang lain, jika benar terlibat, berundurlah.

Lebih baik sisa usia yang ada digunakan untuk menginsafi diri dan memohon keampunan dari Allah diatas segala dosa dan perbuatan jijik yang telah dilakukan selama ini.

Kebenaran akan senantiasa ditohmah satu konspirasi,dinafi dan diputarbelitkan di kaca mata rakyat namun ini hanya didunia sahaja dan didepan Allah segalanya tidak dapat disembunyikan.

Sampai masanya kepentingan bangsa dan agama diutamakan dan kekuasaan, sikap tamak, dendam dan kepentingan diri dilepaskan.

Pikirkanlah anak cucu kita yang bakal mewarisi Negara tercinta ini, jangan korbankan masa depan mereka hanya kerana kita mahu berkuasa.


Pendapat aku :
Kembalilah kepada perjuangan yang sebenar, berteraskan kepada kepentingan bangsa, ugama dan Negara….bertanggungjawab pada apa yang kita lakukan dan jangan menyalahkan orang lain apatah lagi menipu rakyat yang sebenarnya ikhlas mahukan seorang pemimpin yang benar-benar dapat menjaga kebajikan mereka.

No comments:

Post a Comment