Tuesday, March 29, 2011

Sahak Trojan Horse BN Negeri Sembilan

Kami hilang hormat dengan kepimpinan Sahak Ketua UMNO Bahagian Seremban apabila terus terang kami melihat Sahak Ini tidak habis  berpolitik menghentam ketua , Menteri Besar Negeri Sembilan. Siri kempen beliau kini berlanjutan sepanjang masa  tidak kira di Negeri sembilan atau mana mana sahaja beliau diberikan peluang untuk bercakap termasuk lah di PRK PRK apabila  beliau bukan berkempen untuk BN tetapi berkempen untuk memenuhi agenda peribadinya yang kecewa apabila tidak dicalonkan sebagai calon pada PRU 12 .

Sahak cuba mengekplotasikan populariti Umi Hafilda untuk berkempen bagi memburukkan Menteri Besar Negeri Sembilan. Baru baru ini Sahak mengulangi perbuatan ini sekali lagi DUN Ampangan "Block C". Seperti orang yang tidak bersalah beliau terus memerangi Menteri Besar Negeri Sembailan dikhalayak ramai.

Sahak terus menjual nama  Perdana Menteri bahawa dia adalah orang yang paling rapat dengan Perdana Menteri. Sahak boleh tipu orang kampung. Tapi jangan tipu kami kerana kami tahu macam mana hubungan sebenar Sahak dengan Perdana Menteri.

Khabarnya seramai 20 orang Ibu tunggal kecewa apabila Sahak yang menjanjikan bantuan pada malam itu pulang kehampaan kerana janji  Sahak sebenarnya hanya janji palsu, Ceramah anjuran Sahak tidak mendapat sambutan. tidak sampai seratus orang yang hadir.

Apa yang dapat kita nilaikan di sini , Sahak ini adalah seorang pengkhianat dan merupakan  Trojan Horse dalam UMNO Negeri Sembilan. Wajarnya  Sahak terus disingkir. Seharusnya  Sahak jangan diberikan kerusi untuk bertanding bagi calon BN pada PRU 13. Trojan Horse ini perlu disingkir kerana ia ya merosakkan parti.

Kepada penduduk di Pantai , lihat lah ini kah maruah pemimpin yang memalukan cawangan yang beliau wakili.

No comments:

Post a Comment