Tan Sri Rahim Tamby Chik meminta polis mengumumkan identiti pelakon yang terbabit dalam rakaman video seks seorang lelaki yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dipercayai warga asing kepada umum bagi mengelak pelbagai spekulasi negatif terus tersebar.
Beliau yang juga seorang daripada trio Datuk T, kumpulan bertanggungjawab menayangkan rakaman video berkenaan kepada media sebelum ini berkata, ia adalah selaras dengan pengumuman pihak terbabit ia sudah mempunyai bukti kukuh dan lengkap kes itu.
“Polis ada menyatakan, mereka mempunyai bukti yang lengkap dan kukuh. Jadi adalah menjadi tanggungjawab nasional kepada pasukan ini untuk mengumumkan siapakah pelakon yang berada dalam rakaman video seks itu.
“Polis ada menyatakan, mereka mempunyai bukti yang lengkap dan kukuh. Jadi adalah menjadi tanggungjawab nasional kepada pasukan ini untuk mengumumkan siapakah pelakon yang berada dalam rakaman video seks itu.
“Kita bimbang, maklumat ini, jika tidak sampai kepada rakyat jelata, ia akan menimbulkan banyak tandatanya, keraguan, rasa was was, spekulasi, polemik negatif, dan pelbagai perkara yang mungkin tidak berapa elok bagi mempertahankan keharmonian di dalam negara kita,” katanya mengulas mengenai perkembangan baru kes itu di sini, pagi ini.
“Kalau kena dakwa, redhalah kita demi memperjuangankan kepentingan negara, perjuangan menegakkan kebenaran kerana kepentingan negara kita lebih besar daripada didakwa di mahkamah,” katanya.
Bila tahap kesedaran sesaorang itu sampai kekemuncaknya, kepentingan peribadi telah ridak diambil kira lagi dan ini sesuatu yang perlu kita renungkan sebaiknya.
“Berani keran benar, takut kerana salah” kata bidalan lama yang munkin boleh digunapakai dalam perkembangan kes rakaman video seks anwar ini.
Dengan yang terbaru , Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden dalam hujahnya mengaitkan semua ujian DNA dari dua ahli kimia telah mengesahkan bahawa lelaki Y tersebut adalah Anwar Ibrahim, maka jalan cerita video seks ini tentunya tambah menarik.
Apalagi skrip baru yang bakal diolah Anwar ?????
No comments:
Post a Comment