Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang merupakan salah seorang trio 'Datuk T' yang bertanggungjawab terhadap kontroversi video seks melibatkan pemimpin pembangkang, sedia bersumpah laknat pada Jumaat.
"Mengenai identiti sebenar pelaku video tersebut, saya berani bersumpah bahawa pelaku itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana saya sendiri berada di lokasi itu dan juga dalam paparan video berkenaan," katanya pada sidang media di sini, Khamis.
Selain itu, Shazryl Eskay turut mencabar Anwar untuk bersumpah laknat bersamanya sekiranya Ketua Umum Pakatan Rakyat itu masih menafikan bahawa beliau adalah pelaku dalam video seks berkenaan.
Sumpah laknat berkenaan akan dibuat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul.
Hadir sama pada sidang media berkenaan ialah dua lagi rakan trio 'Datuk T' iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Shuib Lazim.
"Kami tampil ke hadapan dan mengambil risiko dengan menayangkan video berkenaan, kami sedar apakah balasannya di akhirat sekiranya kami melakukan fitnah.
"Kami percaya berada pada pihak yang benar dan yang penting rakyat di negara ini perlu tahu siapa sebenarnya Anwar kerana beliau tidak layak menjadi pemimpin negara ini," katanya..
"Demi Allah yang maha mengetahui, tindakan yang kami ambil ini adalah semata-mata bertujuan untuk menzahirkan kebenaran dan bukan sekali-kali memfitnah atau bagi memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu atau kepentingan kami sendiri.
"Dengan nama Allah, Rasulullah (saw), rakyat dan anak-anak cucu kita, saya dan rakan-rakan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pendedahan tersebut," katanya.
Barang siapa mendengar serta melihat kenyataan ini, tentunya didalam hati pemikiran terkedu sekaligus seakan semua persoalan terjawab…. Segala permainan seakan telah sampai kepenghujungnya.
Siapa manusia yang terlalu berani mempermainan sumpah begini?????
Pasti mereka tahu akibat dan musibah bersumpah begini jika apa yang dikatakan adalah fitnah dusta, tidak munkin sebegitu berani mereka berbuat begitu lantaran apa sekalipun.
Segalanya kini kian kukuh kearah kebenaran yang dicari selama ini, lalu bagaimana ‘langkah seribu’ yang bakal dibuat atau diambil oleh Anwar…….??? Menyahut cabaran ??? Kita tengok nanti…..
YANG PASTI…..KEBENARAN SEMAKIN HAMPIR……….
No comments:
Post a Comment