Friday, April 22, 2011

SANDIWARA ANWAR BERMULA………….



“Alhamdulillah kesihatan terkawal - belum ke ICU hanya ICU khas jagaan Azizah," tulis Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui twitternya hari ini ekoran berita yang tersebar kononnya sakit tulang belakang beliau berulang kembali.

Malayskini hari ini menyiarkan berita Ketua pembangkang dan ketua umum PKR itu telah membatalkan lawatan dua harinya ke Pulau Pinang yang sepatutnya dijadualkan bermula hari ini.

Menurut sumber dalaman parti, Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di Kuala Lumpur kerana sakit tulang belakangnya berulang.

Sumber itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sejauh keseriusan sakit tersebut berikutan jadual ketat Anwar ketika berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu.

SANDIWARA BERMULA LAGI……………
Inilah Anwar Ibrahim, pandai mengatur strategi untuk menghadapi apa jua keadaan akan datang..
Mengetahui banyak perkara yang akan dihadapinya, semua kes menunggu masa terutama kes panas ‘video terlarang’ maka dengan keadaan runcing  segenting hujung tanduk ini anwar kena BERLAKON LAGI……
Sakit tulang belakang datang lagi……perkara paling mudah  Anuar lakonkan untuk meraih simpati…..Munkin kita akan melihat lagi anuar terbaring diusung bila persidangan mahkamah bermula…..bersiap sedialah melihat babak-babak kritikal anuar…
SANDIWARA  ANUAR GUNA SKRIP LAMA……..
Ketandusan idea, namun skrip lama ini macam boleh buat orang kesiankan anuar…..sakit yang tak nampak….tapi bila dilakonkan dengan baik, nampak sangat sakit teruknya….
Sandiwara anuar  belum berakhir………

No comments:

Post a Comment