Tuesday, August 9, 2011

LAPORAN DAN FAKTA MESTI TEPAT



Mengulas isu seorang ibu tunggal yang mendapatkan bantuan gereja seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan semalam, Menteri Besar melahirkan rasa kekecewaannya terhadap laporan tersebut yang tidak tepat dan berasas sama sekali.
Setelah disiasat, ternyata wanita tersebut bukan ibu tunggal tetapi masih mempunyai suami yang bekerja tetap dan mempunyai gaji berjumlah RM1300-00 sebulan, serta keluarga wanita tersebut turut menerima pelbagai bantuan dari Baitulmal Negeri Sembilan bermula dari tahun 2006 hingga sekarang  berjumlah RM10,960-00.
Wanita tersebut juga menerima bantuan kanak-kanak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan sebanyak RM400-00 sebulan dan dengan ini tidak timbul isu pihak Baitulmal dan kerajaan Negeri tidak memberi perhatian kepada masalah yang dihadapi oleh wanita ini.
” Masalah wanita tersebut berhutang dengan kad kredit dan sebagainya, tak kan lah nak minta Baitulmal juga ” seloroh Menteri Besar.
Menteri Besar menasihatkan mana-mana pihak yang mahu membuat laporan atau pendedahan, hendaklah berlandaskan fakta yang tepat dan benar kerana dikhuatiri akan berlaku salah faham oleh masyarakat terhadap isu yang dilaporkan.
Sehubungan itu, Menteri Besar mahu isu berkaitan di perbetulkan dan diberi penjelasan secepat mungkin kerana isu ini boleh mengundang perasaan dan sensitiviti kaum kerana ianya melibatkan unsur keagamaan.
Bertanggung jawab dan beretika dalam mengeluarkan kenyataan atau laporan perlu di titik beratkan oleh semua pihak agar tidak mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat.
Ianya juga boleh digunakan oleh puhak yang tidak bertanggung jawab untuk memburukkan nama sesebuah intitiusi, dan dalam isu ini adalah amat di kesali kerana membabitkan serta menyentuh kaum dan agama.
JANGAN SEBAB NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA !!!


No comments:

Post a Comment