Sunday, August 14, 2011
Hapuskan musuh dan pengkhianat Agama Islam
Bulan Ramadhan al- Mubarakh ini sepatutnya diambil sepenuhnya untuk meningkatkan amal ibadat memohon keberkatan Ilahi disamping mengukuhkan kekuatan ummah Islam dalam menegakkan kebenaran juga syiar Islam di Negara ini.
Negara Islam sebagai Agama rasmi mesti dipertahankan martabatnya dan dijaga kesucianya agar tidak ada pihak yang cuba mempertikaikanya, namun apa yang terjadi sekarang ???
Agama Islam diduga dengan pelbagai isu ketika ini, orang Islam dibawa ke gereja, laungan bacaan ayat-ayat suci dilarang, ini dua perkara yang didedahkan, yang tersorok mungkin banyak lagi......
Dimana kesedaran hakiki orang Islam yang majarotinya orang Melayu dibumi Malaysia ini ??? Kenapa jadi terlalu takut dan pengecut dalam menangani isu yang mencabar Agama Islam ini ??? Apakah kita mahu melihat sahaja agama kita diperlekehkan sebegini rupa ??
Dan lebih malang sekali apabila ada orang Islam sendiri yang sanggup menggadaikan agama dan menjadi pak turut kepada kehendak sekutunya yangt bukan Islam semata-mata kerana hendak menjaga hati juga untuk kepentingan peribadi serta kuasa....inilah dia wajah pengkhianat Agama, bangsa dan Negara....
Bangun dan bangkitlah !!! Renung dan muhasabah lah diri dan berjuanglah kepada kebenaran Agama, kita bela maruah bangsa dan Negara kita.....jangan apabila sudah 'menang sorak kampung tergadai' baru kita menyesali kerana pastinya tidak berguna lagi !!!
Kita mesti tentang musuh-musuh Islam ini termasuk dari kalangan kita sendiri yang menjadi 'pak turut' kepada al-kafirin ini, jangan biarkan agama kita terus dicemari.......kita mesti kibarkan bendera Islam dan tunjukkan kekuatan sebenar kita....
Kita bersatu berjuang demi agama Islam, bangsa dan Negara !!!!!
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment