Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya, malam kelmarin, selepas mendapat maklumat orang Islam menghadiri majlis di gereja berkenaan.
Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam yang ucapannya ada diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal-Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata anggota penguat kuasa JAIS bersama polis menjalankan pemeriksaan di premis itu walaupun dihalang penganjur.
Katanya, penganjur utama dipercayai beragama Islam berunding hampir sejam bersama ketua pasukan operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis selesai.
“Selepas majlis hampir tamat, penguat kuasa dan polis membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang mereka dan melupuskan bahan bukti,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Hasan berkata, terdapat 12 orang beragama Islam menghadiri majlis itu, namun tiada tangkapan dibuat dan mereka diarah hadir di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri memandang serius insiden itu dan secara peribadi menghubungi Pastor Daniel Ho bagi menyatakan kekesalan.

APA DAH JADI ????
JANGAN BERMAIN API !!!
No comments:
Post a Comment