Wednesday, December 15, 2010

GEMPAR !!! ANWAR SAMAN TUN MAHATHIR ??? INI JAWAPAN TUN MAHATHIR !!!

Anwar akan menyaman Tun Mahathir dan beberapa Media, berkenaan dengan kenyataan yang dikeluarkan susulan pendedahan laman web WikiLeaks terhadap kegiatan liwat Anwar.nampak nya lagi sekali Anwar telah menyaman Tun Mahathir.ini bukan kali Pertama Anwar menyaman Tun Mahathir.

Tun Mahathir Dengan Tenang menjawab Beliau bersedia berhadapan tindakan undang-undang daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR),Anwar.Malah beliau menganggap,tindakan Ketua Pembangkang itu menyaman dirinya bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini pun Anwar pernah melakukan perkara yang serupa.Nak tau berapa RM Tun Mahathir kena saman sebelum ini ??? 
Anwar sebelum ini pernah memfailkan saman fitnah bernilai RM100 juta terhadap Tun Mahathir pada 2006 kerana mendakwa Tun Mahathir menuduhnya sebagai seorang homoseksual.Bagaimanapun,tahun lepas,Mahkamah Rayuan membatalkan rayuan saman fitnah tersebut dan mengarahkan Anwar membayar kos kepada Tun Mahathir sendiri,kan dah rugi jer..

Portal Malaysiakini semalam melaporkan Anwar telah memberi arahan kepada peguamnya,Sankara Nair untuk mengemukakan saman kepada Dr. Mahathir dan beberapa akhbar berikutan dakwaan salah lapor berhubung pendedahan WikiLeaks.
Sankara dilaporkan berkata, beliau telah menerima arahan itu yang berkuat kuasa hari ini namun enggan mendedahkan butirannya kerana ia masih dalam perbincangan.Tun Mahathir berkata, Anwar boleh menyaman sesiapa sahaja termasuk akhbar-akhbar yang melaporkan pendedahan yang dibuat oleh laman web tersebut namun tegas beliau,ia tidak akan berkesudahan kerana laman web seperti WikiLeaks akan terus menyiarkan apa sahaja bahan dan penyiaran pendedahan itu hanya akan mengundang masalah kepada seluruh dunia.

APA KAH YANG AKAN TERJADI PADA TUN MAHATHIR ??? ADAKAH ANWAR KENA BAYAR GANTI RUGI LAGI SEKALI ATAU SEBALIK NYA.?
KITA TUNGGU DAN LIHAT NANTI...

No comments:

Post a Comment