Saturday, December 4, 2010
Kedaulatan Rakyat Gimik Penuhi Nafsu “Raja Anwar“
Pemerhati Politik, Profesor Datuk Dr. Zainal Kling berkata fahaman berkenaan amat berbahaya kerana ianya dikhuatiri akan melaga-lagakan masyarakat yang berbilang bangsa di negara ini sekaligus merealisasikan matlamat parti pembangkang untuk meruntuhkan kepimpinan sedia ada.
Secara tidak langsung tegas beliau, maka naiklah pemimpin utama pembangkang yang bercita-cita untuk menjadi peneraju utama negara yang dipanggil “raja Anwar” dalam struktur pemerintahan negara pada waktu tersebut.
“Konsep ketuanan rakyat sebenarnya mempunyai tafsiran yang tersirat dan berbahaya kerana mempunyai makna percanggahan di kalangan rakyat negara ini.
“Konsep ketuanan rakyat sebenarnya mempunyai tafsiran yang tersirat dan berbahaya kerana mempunyai makna percanggahan di kalangan rakyat negara ini.
“Dan bukankah umum mengetahui bahawa DAP adalah berteraskan sosialis dan secara langsung ianya berhubung kait dengan komunis. Begitu juga dengan PKR.
“Sesungguhnya konsep berkenaan bertentangan dengan ketuanan Melayu atau pun kita boleh panggil sebagai kedaulatan Melayu yang memberikan keadilan kepada semua pihak selain tidak bercanggah dengan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Razak,” katanya.
Tegas beliau lagi, ketuanan atau kedaulatan Melayu sebenarnya tidak menindas atau meminggirkan mana-mana pihak yang cuba dimanipulasi oleh sesetengah pihak yang berorientasikan politik.
Katanya gagasan kedaulatan Melayu sebenarnya dipegang oleh seluruh rakyat Malaysia dan bukannya diperalatkan oleh segelintir pemimpin elit sepertimana dakwaan pembangkang.
“Tukang kebun, petani, guru, peniaga dan sebagainya semuanya berpegang kepada konsep ini kerana mereka sedar dan yakin apa yang telah diusahakan dan dilaksanakan oleh kerajaan hari ini langsung tidak menindas mereka sebaliknya memberikan peluang yang terbuka luas.
“Sebab itulah saya tegaskan tadi bahawa kedaulatan Melayu dan gagasan 1Malaysia ini saling berkaitan kerana 1Malaysia adalah berdasarkan kepada gagasan dan tafsiran kepada Perlembagaan.
“Bermakna secara langsung berlandaskan keadilan kepada semua pihak. Jadi di mana silap dan kurangnya kedaulatan atau ketuanan Melayu itu,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment