Wednesday, December 29, 2010

Datok Seri Rais Yatim perlu bersihkan nama dicemari merogol Amah

Tuduhan yang dibuat oleh sebuah Blog yang mengatakan DATUK SRI UTAMA DR RAIS  YATIM..terlibat dalam kes merogol amah yang telah bekerja dengannya amat serious dan Datok Seri perlu mengambil tindakan  untuk membersihkan nama datok sepertimana Datuk membuat laporan polis terhadap Datuk Rocky bagi membersihkan nama Datok.

Mungkin pemantau siber datok tidak jumpa artikel ini. Di sini kami siarkan link berkenaan lihat sini . Adalah sungguh memalukan jika Datok tidak mengambil tindakan bagi memebrsihkan nama datok dan juga UMNO.sini juga.

Friday, December 24, 2010

Penceramah yang mendakwa ADUN Pas Selising berzina ditetak?


Melalui sumber Bloggers, Ustaz Saidi yang merupakan bekas pengawal Keselamatan Nik Ajis yang mana telah membongkar isu penangkapan Adun Pas Selising di dalam Koch Kereta Api telah di tetak oleh sekumpulan lelaki yang tidak di kenali malam tadi bertempat di Pasir Putih, Kelantan. Laporan menyatakan Ustaz Saidi kini berada di Balai Polis bagi membuat laporan.
Semoga rakyat dapat menilai sendiri apa yang berlaku ini dan tanya kepada Adun Selising mengapa bertindak sedemikian rupa? Jika benar difitnah, bawa sahaja kes ini ke mahkamah dunia untuk mendapat keadilan. Tapi bukan mengugut dan mengancam nyawa manusia lain yang mendedahkan kemungkaran. 
Kenapa Tok Guru Nik Aziz diam tentang perkara ini? Kenapa pula Tok Guru Nik Aziz hentam bloggers yang mendedahkan kes ini. Jika Tun Mahathir semasa menjadi PM dulu boleh meminta Anwar Ibrahim meletak jawatan kerana didakwa terlibat dengan kes liwat, kenapa Tok-Tok Guru Nik Aziz dan Haji Hadi Awang selaku Presiden PAS tidak sanggup berbuat demikian? 
Apakah Tok2 Guru mahu rakyat melihat pemimpin-pemimpin PAS dan wakil-wakil rakyat PAS semuanya bersih-bersih belaka? Maka dengan itu kes ini didiamkan dan mendakwa pula bahawa Allah Taala telah mengampunkan dosa ADUN Selising. 
Jika kes ini terkena kepada pemimpin UMNO sudah tentu pemimpin-pemimpin PAS sendiri akan mencanangkannya ke seluruh dunia. Kini tiba masanya, Allah Ta'ala menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa tidak semua yang berjubah dan berjanggut itu baik hati-budi dan baik perlakuan. 
Mereka juga mempunyai keinginan dan bernafsu sepertimana umat Islam yang lain. Cuma golongan yang menggelarkan diri mereka ulama dan lebih alim daripada orang lain akan mendapat ujian yang lebih besar daripada Allah Ta'ala. Kadang-kadang mereka juga terbabas! Paling malang ada yang bertopengkan agama untuk kepentingan diri. Nauzubillahi min zalik.

Thursday, December 23, 2010

PRK Tenang : 22 dan 30 Januari hari penamaan calon & pengundian



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi menetapkan 22 dan 30 Januari 2011 sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Johor.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ketika mengumumkannya berkata SPR menerima makluman rasmi daripada Speaker DUN Johor mengenai kekosongan kerusi DUN Tenang berikutan kematian penyandang dari Barisan Nasional (BN), Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dlm darah dan kencing manis, pada 17 Disember lalu.

Tuesday, December 21, 2010

Program 100 Hari Pakatan Menjahanamkan Negara, Rakyat Tergadai!

Salam, pada posting kali ini KOLE AYAN ingin berkongsi baca dengan pengunjung blog ini satu tulisan  Nurani dari Sdr.Zulkefli Hamzah.

Menang secupak, rugi segantang

Adalah tidak sihat kepada sebuah kerajaan apabila hanya mahu mendengar pujian semata-mata. Tentu sekali sama tidak sihatnya apabila yang tidak memerintah hanya tahu memperlekeh hasil positif kerajaan. Begitu juga dalam hal mengkritik, ia adalah sihat sama seperti reaksi terhadap kritikan itu. Tetapi yang selalu berlaku ialah yang dikritik dan mengkritik terbelenggu dengan perilaku untuk memusnahkan. Mereka sengaja menempatkan diri sebagai seteru walaupun mengaku mewakili suara rakyat.

Inilah yang sedang dilakukan oleh pakatan pembangkang. Tidak pernah dalam sejarah 53 tahun Malaysia - sejak Mac 2008 - kita terpaksa makan, minum dan tidur dengan gembar-gembur politik. Semua hal dan peristiwa mahu disalut dengan kepentingan politik.

Lihatlah di Dewan Rakyat, yang sepatutnya menjadi tempat mulia menyuarakan hati nurani rakyat, di dominasi dengan pertengkaran penuh keegoan dan aksi ala demonstrasi. Suara pemeriksa dan pengimbang jarang-jarang kedengaran. Mereka menggunakan tipu helah bersuara rakyat tetapi yang dijaja sebenarnya adalah kepentingan peribadi, kelompok dan nafsu memburu kekuasaan.

Mereka bersuara tidak diberi keadilan tetapi realitinya merekalah yang meranapkan keadilan. Mungkinkah adil bagi mereka jika boleh sesuka hati menyalahgunakan Dewan yang mulia? Mungkinkah adil bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Azmin Ali (PKR - Gombak), R Sivarasa (PKR - Subang) dan Karpal Singh (DAP - Bukit Gelugor) jika boleh berbuat apa sahaja perbuatan yang melanggar peraturan.

Bagaimana pula wakil rakyat di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor yang juga telah dikenakan tindakan gantung daripada menghadiri sidang Dewan? Apakah itu bukan keadilan atau ia menggambarkan demokrasi telah runtuh?

Lihatlah di Dewan Undangan Negeri Perak, kerajaan yang disahkan oleh mahkamah dan Perlembagaan serta diperkenan oleh Sultan, terus-menerus dikata tidak sah. Mereka tetap bangga menggunakan perkataan perampas, sedangkan pertukaran kerajaan berlaku kerana sikap mereka sendiri. Lihatlah politikus yang melenting dicap rasis, sedangkan mereka mudah menuduh orang lain sedemikian. Mereka berkata memperjuangkan kebebasan dan ketelusan tetapi media disekat daripada melaporkan perkara sebenar. Malah peruntukan negeri digunakan untuk menggerakkan propaganda parti, bukannya menyebar maklumat mengenai program kerajaan negeri.

Mereka marah dan tangkas mengumpulkan rakyat kononnya bagi menjelaskan fitnah dan konspirasi tuduhan liwat, sedangkan mahkamah telah memutuskan ia pernah berlaku tetapi tidak disabitkan kesalahan kerana masalah teknikal. Kumpulan ini juga marah digelar komunis tetapi sesenang hati mengata pemimpin lawan bukan rakyat Malaysia sebenar.

Dan terbaru, mereka melancarkan program 100 hari yang kononnya akan dilaksanakan jika PKR, Pas dan DAP berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak. Ia adalah janji terbaru pakatan pembangkang untuk melaksanakan reformasi menyeluruh pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan. Rupa-rupanya dalam sinikal memperlekeh Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan pembaharuan lain yang kini sedang rancak digerakkan, mereka cuba 'menculik' program negara dan rakyat itu. Mereka menjanjikan 'dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program itu."

Cuba kita imbas antara program 100 hari itu yang tujuannya mengajak rakyat Malaysia, pengundi yang berdaftar supaya 'ubah sekarang, selamatkan Malaysia':

* Reformasi institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

* Mansuhkan ISA, mengarahkan Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol.

* Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

* Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan sebanyak RM500 sebulan kepada setiap guru sebagai penghargaan.

* Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan dan menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

* Membatalkan Felda Plantations bagi membuka ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga FELDA dan menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus.

* Menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Sabah.

Sebahagian besar daripada reformasi yang diimpikan untuk dilaksanakan pada hari pakatan pembangkang menawan Putrajaya itu, kini sudahpun digerakkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Mereka pun sedar perkara itu kerana sama ada di podium ceramah, Dewan dan media, merekalah antara pihak yang berterusan memperlekeh program mahupun projek transformasi berkenaan.

Kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak telah berubah. Perubahan yang mengutamakan kehendak rakyat dan memperkasakan sistem penyampaian kerajaan sedang dilaksanakan, bukan lagi sekadar impian di atas kertas. Cuma, tentu sekali cara dan pendekatannya berbeza dengan reformasi pakatan pembangkang itu.

Lihatlah semasa BN mengakui era kerajaan tahu segala-galanya telah berakhir, pakatan pembangkang pula berfikir sebaliknya. Projek-projek dalam ETP umpamanya yang digarap hasil gabungan minda pelbagai pihak, telah pun disebarkan kepada umum melalui hari terbuka. Orang awam termasuk pembangkang boleh mengkritik, malah memperbetulkan jika masih ada kepincangan. Kerajaan sentiasa mengalu-alukan kritkan membina.

Jelaslah program impian 100 hari yang mereka uar-uarkan pada konvensyen pekatan pembangkang Ahad lalu, bukanlah perkara baru. Begitulah cekapnya politikus 'menculik' program-program yang kini sedang dilaksanakan dan kemudian mengaku pula ia adalah perjuangan mereka.

Mungkin benar seperti nasihat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa berucap pada konvensyen pakatan pembangkang itu bahawa "janganlah kita untung secupak tetapi rugi segantang dalam pertimbangan..." Masih banyak kelemahan di negeri-negeri yang mereka tadbir - Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Perbaiki yang itu dulu dan tunjukkan prestasi. Perhalusilah ucapan Abdul Hadi bahawa 'pakatan pembangkang perlu bermuhasabah diri dengan pencapaian selama ini ketika memerintah beberapa negeri, selain menilai kelemahan dasar dan pelaksanaan masing-masing.

Tanpa diragui, pemimpin adalah pemain utama untuk membangun mahupun menghancurkan agama, bangsa dan negara. Baik pemimpin, baiklah negara. Jahat pemimpin, ranaplah bangsa. Fikirkanlah.

KOLE AYAN: "Teringat pepatah yang pernah disebut oleh YAB Menteri Besar N.Sembilan:- "Kalau nak pilih pemimpin, yang pertama ELOK yang kedua PANDAI"..

Wednesday, December 15, 2010

NOH OMAR DIGELAR GIGOLO POLITIK SELANGOR!!

Jika sebelum ini, Khir Toyo menjadi sasaran utama Kerajaan Negeri Selangor.Khir Toyo dibiarkan terus berkuasa dengan dengan pelbagai penyelewengan. Tapi apabila Khir Toyo didakwa SPRM, Kerajaan Negeri kata ini sandiwara politik. Kenyataan yang paling bodoh Melayu CinDia pernah dengar.

Kini, Datuk Noh Omar pula diheret dengan pelbagai fitnah dari mereka. Khalid Gagap mendakwa Noh Omar seorang gigolo politik yang amat licik.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor telah dituduh menyeleweng projek padi di Selangor. Khalid Gagap dan kroni2 nya sedaya upaya memfitnah Noh Omar bagi memastikan Selangor kekal di tangan Kerajaan sedia ada pada PRU 13. 
 
Ternyata Khalid Gagap tidak dapat menafikan aura Noh Omar amat menakutkan beliau. Gabungan PKR, PAS dan DAP kini sedang merancang strategi bagi menjatuhkan Noh Omar dengan serangan demi serangan. Semua itu palsu sebenarnya.

KoleAyan tertarik dengan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ini di dalam blognya. Beliau telah mempamerkan sepucuk surat yang dihantar kepada Khalid Gagap bagi mengadakan Dialog secara terbuka mengenai isu padi ini. Ini kerana, hampir kesemua dakwaan yang dilemparkan Kerajaan Negeri adalah palsu belaka. Surat ini telah dihantar pada 12 November 2010.

Namun, sehingga hari ini, tiada sebarang maklum balas dari Khalid Gagap dan Kerajaan Negeri. Bukan sahaja tidak mendapat sebarang respon, siri fitnah Isu Padi di Selangor terus dilemparkan dalam siri Ceramah mereka. Ternyata Khalid Gagap bacul berhadapan dengan Noh Omar.

"Saya pernah menyiarkan artikel mengenai isu padi ini di mana Kerajaan Negeri sebenarnya menyekat projek Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Tanjong Karang. Projek Padi ini bertujuan bagi membuka lebih ruang kepada petani-petani di Selangor untuk mendapatkan hasil bagi menampung perbelanjaan seharian mereka,"
 
"Akan tetapi, Kerajaan Negeri bukan sahaja menyekat, malah mengenakan denda dan sewa tanah yang tinggi kepada petani2 yang berminat untuk menyertai projek Kerajaan Negeri itu. Kerajaan Negeri menggunakan kuasa Pembangunan Tanah sebagai batu loncatan bagi menyekat usaha murni Kementerian,"

Siapa sebenarnya yang menzalimi rakyat? Siapa yang sewajarnya dihina sebagai Gigolo Politik Selangor? UMNO Selangor mesti bangkit dari lena. Jangan hanya bergantung kepada Datuk Noh Omar semata mata untuk berhadapan dengan mereka. Kita mesti bersatu dan berani menyatakan yang benar. Khalid Gagap dan Kerajaan Negeri kini sedang rakus merampas harta milik rakyat Selangor. Apa lagi yang kita hendak nantikan?

GEMPAR !!! ANWAR SAMAN TUN MAHATHIR ??? INI JAWAPAN TUN MAHATHIR !!!

Anwar akan menyaman Tun Mahathir dan beberapa Media, berkenaan dengan kenyataan yang dikeluarkan susulan pendedahan laman web WikiLeaks terhadap kegiatan liwat Anwar.nampak nya lagi sekali Anwar telah menyaman Tun Mahathir.ini bukan kali Pertama Anwar menyaman Tun Mahathir.

Tun Mahathir Dengan Tenang menjawab Beliau bersedia berhadapan tindakan undang-undang daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR),Anwar.Malah beliau menganggap,tindakan Ketua Pembangkang itu menyaman dirinya bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini pun Anwar pernah melakukan perkara yang serupa.Nak tau berapa RM Tun Mahathir kena saman sebelum ini ??? 
Anwar sebelum ini pernah memfailkan saman fitnah bernilai RM100 juta terhadap Tun Mahathir pada 2006 kerana mendakwa Tun Mahathir menuduhnya sebagai seorang homoseksual.Bagaimanapun,tahun lepas,Mahkamah Rayuan membatalkan rayuan saman fitnah tersebut dan mengarahkan Anwar membayar kos kepada Tun Mahathir sendiri,kan dah rugi jer..

Portal Malaysiakini semalam melaporkan Anwar telah memberi arahan kepada peguamnya,Sankara Nair untuk mengemukakan saman kepada Dr. Mahathir dan beberapa akhbar berikutan dakwaan salah lapor berhubung pendedahan WikiLeaks.
Sankara dilaporkan berkata, beliau telah menerima arahan itu yang berkuat kuasa hari ini namun enggan mendedahkan butirannya kerana ia masih dalam perbincangan.Tun Mahathir berkata, Anwar boleh menyaman sesiapa sahaja termasuk akhbar-akhbar yang melaporkan pendedahan yang dibuat oleh laman web tersebut namun tegas beliau,ia tidak akan berkesudahan kerana laman web seperti WikiLeaks akan terus menyiarkan apa sahaja bahan dan penyiaran pendedahan itu hanya akan mengundang masalah kepada seluruh dunia.

APA KAH YANG AKAN TERJADI PADA TUN MAHATHIR ??? ADAKAH ANWAR KENA BAYAR GANTI RUGI LAGI SEKALI ATAU SEBALIK NYA.?
KITA TUNGGU DAN LIHAT NANTI...

Sunday, December 12, 2010

Wikileaks dedah maklumat dakwa Lee Kuan Yew percaya Anwar memang meliwat Saiful…




Wikileaks – sebuah laman web yang kini menjadi isu antarabangsa kerana menerbitkan berbagai-bagai maklumat yang diklasifikasikan sulit, Ahad, bikin gamat mengenai Malaysia pula.

Orang yang paling tidak sedap badan tentulah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini kerana Wikileaks mendakwa Ketua Umum PKR itu ' sebenarnya ada melakukan aksi-aksi yang mana beliau kini sedang dituduh" - yakni meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Maklumat yang didakwa bocor itu bukan melibatkan ‘orang tepi jalan’ tetapi pandangan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan agensi perisik Singapura mengenai kes liwat Anwar.
Kuan Yew dan agensi perisik Singapura dikatakan percaya bahawa Anwar memang melakukan liwat.

Mereka dikatakan membuat penilaian itu berasaskan ‘ risikan teknikal’  Cuma Anwar dikatakan jatuh dalam perangkap musuh-musuhnya.

Lebih menarik dakwaan sensasi disiarkan di beberapa akhbar berpengaruh di Australia pada hari Ahad termasuk The Sydney Morning Herald.

Sejak kisah ini heboh pagi Ahad, Anwar dan orang-orang kanannya dalam PKR jenuh bersilat sakan menafikan dan cuba memperlekehkan pendedahan Wikileaks itu.
Anwar dalam respons segera melalui Twitter cuba mengaitkan Polis Cawangan Khas Malaysia dengan pendedahan Wikileaks itu.
Menjawab pertanyaan pengikut-pengikutnya di Twitter, Ketua Pembangkang itu menulis, “Sumber? Polis SB Malaysia, bukti tak ada”.
Menurut laporan The Sun-Herald maklumat dari komunikasi sulit yang dipercayai dipintas oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat ialah Kuan Yew dan pegawai risikan Singapura memberitahu agensi risikian Australia bahawa Anwar terlibat dalam perbuatan yang dikenakan tuduhan semasa bertukar pandangan mengenai kes itu.

Komunikasi berkenaan dikatakan bertarikh November 2008 iaitu lima bulan selepas kes dakwaan Saiful bahawa Anwar meliwatnya meletup.
Anwar kebelakangan ini menggunakan segala ruang yang ada untuk mempertahankan tuduhan liwat terhadapnya termasuk menunda kes di mahkamah berkali-kali.
Seperti biasa sebelum ini setiap laporan media Barat atau cakap pemimpin khususnya dari luar negara yang memihak kepadanya akan dijaja ke mana sahaja. Cuma yang menarik, ini adalah pertama kali dakwaan paling sensasi dibuat oleh media Barat Anwar memang meliwat.
Dalam usaha untuk mempertahankan dirinya selain cuba mengaitkan Polis Cawangan Khas Malaysia, tidaklah menghairankan Anwar dan orang-orangnya memperlekeh Wikileaks yang diasaskan wartawan Australia, Julian Assange.
Assange kini sedang ditahan Scotland Yard berhubung dakwaan kes seksual oleh Sweden. Mereka pasti mempertikai kredibiliti wartawan itu kerana tidak menulis hal yang menyokong.  Timbalan Presiden, Azmin Ali dan pemimpin PKR lain termasuk Setiausaha Agung Saifuddin Nasution dan Naib Presiden Tian Chua beria-ria mempertahankan bos mereka itu.
Azmin dalam blognya senada dengan Anwar menyalahkan Polis Cawangan Khas Malaysia. Seperti biasa Ahli Parlimen Gombak itu menuduh UMNO begitu terdesak melakukan apa saja untuk menghalang kebangkitan rakyat. Saifuddin dalam satu kenyataan mempersoalkan kesahihan pendedahan Wikileaks.
Di celah-celah kekalutan ini tentu ramai ingat pada Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu Anwar yang membuat dakwaan diliwat mantan timbalan perdana menteri itu. Beliau baru pulang daripada menunaikan ibadah haji beberapa hari lalu. Menulis dalam blognya, Saiful menggunakan kesempatan dan peluang di Tanah Suci dengan secukup-cukupnya untuk beribadah dan berdoa kepada Allah SWT.
Antara tempat-tempat mustajab beliau berpeluang untuk berdoa; Wukuf di Arafah, Mina, Makam Rasulullah, Raudah, Multazam, Rukun Yamani, Gua Hira' Jabal Nur dan banyak lagi.
Tulis Saiful, antara doa yang dipohon; agar terus diberi kekuatan untuk Istiqamah dalam menegakkan kebenaran, diampuni dosa-dosa, kesejahteraan dan keselamatan keluarga, agama, umat, bangsa dan tanah air tercinta.
Beliau juga, mohon rakyat dibukakan Hijjab agar diperlihatkan yang HAQ dan dilenyapkan segala yang batil!
“Sudah dua tahun setengah saya menanti agar Kebenaran dan Keadilan dapat ditegakkan. Walaupun ia belum lagi selesai, namun saya redha dan bersyukur dengan segala bantuan yang Allah berikan.
Banyak hikmah di sebalik kelewatan, penangguhan demi penangguhan. Mungkin ramai yang telah dapat lihat hikmah di sebaliknya. Itulah kebesaran Allah. Dia Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.
Saya tidak mempunyai apa-apa kekuatan, kuasa, pengaruh, wang untuk berjuang, hanya Allah SWT tempat saya mohon dan mengadu. Walaubagaimanapun, saya akan terus berdoa, istiqamah dan bersabar, tidak sesekali saya akan menyerah kalah! Kebenaran pasti akan bangkit jua akhirnya. 
Justeru itu meneliti laporan Wikileaks yang disiarkan oleh The Sydney Morning Herald dan The Sun-Herald , pasti ada yang terfikir adakah doa-doa Saiful sudah termakbul!

Saturday, December 4, 2010

Ini ke kerja DAP...


Fakta menunjukkan tembelang puak-puak yang menyanjung ketuanan melayu tetapi hakikatnya depa dok menjahanamkan tanah orang Melayu;

1) 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada g...ergasi KLK... (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

2) 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

3) 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

4) Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

5) 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

6)Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

7) Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

8) 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

9) 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

10) Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

11) 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

12) Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

13) Kampung Chubadak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

14) Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

15) Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Kedaulatan Rakyat Gimik Penuhi Nafsu “Raja Anwar“

Konsep kedaulatan rakyat yang dicanang oleh pakatan pembangkang adalah usaha untuk memperkenalkan konsep sosialis dan komunis di dalam masyarakat negara ini.

Pemerhati Politik, Profesor Datuk Dr. Zainal Kling berkata fahaman berkenaan amat berbahaya kerana ianya dikhuatiri akan melaga-lagakan masyarakat yang berbilang bangsa di negara ini sekaligus merealisasikan matlamat parti pembangkang untuk meruntuhkan kepimpinan sedia ada.

Secara tidak langsung tegas beliau, maka naiklah pemimpin utama pembangkang yang bercita-cita untuk menjadi peneraju utama negara yang dipanggil “raja Anwar” dalam struktur pemerintahan negara pada waktu tersebut.

“Konsep ketuanan rakyat sebenarnya mempunyai tafsiran yang tersirat dan berbahaya kerana mempunyai makna percanggahan di kalangan rakyat negara ini.

“Konsep ketuanan rakyat sebenarnya mempunyai tafsiran yang tersirat dan berbahaya kerana mempunyai makna percanggahan di kalangan rakyat negara ini.

“Dan bukankah umum mengetahui bahawa DAP adalah berteraskan sosialis dan secara langsung ianya berhubung kait dengan komunis. Begitu juga dengan PKR.

“Sesungguhnya konsep berkenaan bertentangan dengan ketuanan Melayu atau pun kita boleh panggil sebagai kedaulatan Melayu yang memberikan keadilan kepada semua pihak selain tidak bercanggah dengan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Tegas beliau lagi, ketuanan atau kedaulatan Melayu sebenarnya tidak menindas atau meminggirkan mana-mana pihak yang cuba dimanipulasi oleh sesetengah pihak yang berorientasikan politik.
Katanya gagasan kedaulatan Melayu sebenarnya dipegang oleh seluruh rakyat Malaysia dan bukannya diperalatkan oleh segelintir pemimpin elit sepertimana dakwaan pembangkang.

“Tukang kebun, petani, guru, peniaga dan sebagainya semuanya berpegang kepada konsep ini kerana mereka sedar dan yakin apa yang telah diusahakan dan dilaksanakan oleh kerajaan hari ini langsung tidak menindas mereka sebaliknya memberikan peluang yang terbuka luas.

“Sebab itulah saya tegaskan tadi bahawa kedaulatan Melayu dan gagasan 1Malaysia ini saling berkaitan kerana 1Malaysia adalah berdasarkan kepada gagasan dan tafsiran kepada Perlembagaan.
“Bermakna secara langsung berlandaskan keadilan kepada semua pihak. Jadi di mana silap dan kurangnya kedaulatan atau ketuanan Melayu itu,” katanya.

Thursday, December 2, 2010

Wan Azizah Sepatutnya Pertahan 7 Perkara Hak Asasi Melayu

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan politik berhubung ketuanan Melayu kerana ia boleh mencetuskan suasana tidak harmoni.

Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, Dr. Wan Azizah perlu menghayati erti perjuangan kerana sebagai pemimpin politik ada satu tanggungjawab yang terpikul di bahunya.

”Dia perlu mengambil kira hak-hak asasi setiap warganegara yang terdiri daripada berbilang kaum kerana Perlembagaan Persekutuan ada memperuntukkan hak- hak tertentu bagi menjamin dan meneruskan hak- hak yang sudah diberikan dan dimaktubkan dalam perlembagaan untuk orang Melayu.

”Wan Azizah sepatutnya terus pertahankan tujuh perkara penting yang menyentuh tentang hak-hak asasi orang Melayu,” katany.

Beliau mengulas kenyataan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu yang menolak konsep ketuanan Melayu yang menurutnya wajib ditinggalkan supaya generasi muda membesar dengan visi ‘Bangsa Bermaruah’ atau ‘Melayu Bermaruah’.

Dakwanya, ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu.
Kamilia turut mempersoalkan maksud di sebalik kenyataan Dr. Wan Azizah itu sama ada beliau cuba mempersoalkan hak asasi Melayu atau mahu mencadangkan agar hak-hak itu dihapuskan.

”Saya tidak tahu apa maksud beliau, andainya tidak wujud lagi ketuanan Melayu adakah PKR akan berusaha meminda Perlembagaan hapuskan semua hak asasi orang Melayu termasuk tujuh perkara yang termaktub dalam Perlembagaan.

”Kita sudah berlaku adil pada semua warga negara kerana bukan Melayu turut diberi hak menikmati kesenangan di negara ini,” katanya.

Sebagai contoh, ujar beliau, di Ireland, bangsa terasnya ialah Irish tetapi orang Pakistan dan India di negara itu tetap memegang status sebagai warganegara.

Di Malaysia pula, bangsa terasnya ialah Melayu tetapi ini tidak bermakna bangsa lain tidak diiktiraf.
Jelas beliau, antara perkara teras yang terkandung dalam Perlembagaan ialah Perkara 3 iaitu Islam sebagai agama rasmi; Perkara 32 ketua agama ialah Yang di-Pertuan Agong; Perkara 38 peranan Majlis Raja-Raja Melayu.

Selain itu ialah Perkara 89 iaitu tanah simpanan Melayu melindungi tanah-tanah kepunyaan orang Melayu; Perkara 152 bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; perkara 153 perizaban kouta berkenaan perkhidmatan, permit bagi orang Melayu dan Perkara 159 pindaan perlembagaan yang memerlukan kelulusan Majlis Raja-Raja.