Saturday, October 16, 2010

Dahlah Pembohong, Lim Guan Eng DAP Bongkak dan Sombong!


Rakyat Pulau Pinang bangkit sekali menyatakan kekecewaan mereka terhadap pentadbiran Lim Guan Eng yang tidak kompeten dan zalim.

Utusan Malaysia melaporkan bahawa 8 pertubuhan NGO Islam Pulau Pinang telah mengadakan demonstrasi bantahan dan mengecam Lim Guan Eng, KM paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang kerana masih enggan menyelesaikan isu tanah perkuburan Islam di negeri ini.


Pemangku YDP PUMPP, Mohd Hafiz berkata, sikap sombong dan bongkak Guan Eng semakin ketara apabila deliau enggan mengadakan sebarang perjumpaan dengan mereka sehingga ke hari ini walau pun isu lot tanah kubur Islam di Jelutong telah berlarutan lama.

"Dia (Guan Eng) patut sedar diri bahawa dia kini berada di tanah Pulau Pinang dan ramai anak jati negeri ini sudah kecewa dan marah di atas sikap beliau." tambah beliau lagi.

Demonstrasi yang di adakan di perkarangan Masjid Shaikh Yusoff di Jalan Datuk Keramat selepas solat Jumaat disebabkan permintaan NGO Islam dan 2 memorandum yang dihantar kepada MAIPP dan kerajaan negeri tidak dilayan sehingga ke hari ini.

NGO Islam itu terdiri daripada Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang (PUMPP), Jemaah Islah Malaysia Pulau Pinang (JIMPP), Pesatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (PAJIM), Angkatan Beliau Islam Malaysia Pulau Pinang (ABIM) dan beberapa lagi pertubuhan Islam.

Persoalannya, di manakah Mansur Osman, Malik Kassim dan Salleh Man yang kononnya wakil pemimpin Islam di dalam negeri Pulau Pinang ini? Tidur atau hanya menurut perintah sifu kaki pembohong?

Dan di manakah kelibat Mujahid Rawa, Ahli PAS Pusat, yang suatu ketika dahulu mendabik dada kononnya Pakatan Rakyat telah berjaya membantu orang Melayu memperolehi tanah perkuburan di Jelutong. Berjaya kepala otak dia!

Realitinya, Lim Guan Eng semakin tertekan dan semakin busuk di hati rakyat Pulau Pinang. MIM tidak terkejut jika satu hari nanti, Lim Guan Eng tidak lagi berdepan dengan rakyat Pulau Pinang kerana terlalu malu dan jatuh maruahnya.

Manakala pemimpin-pemimpin PAS/PKR Islam Pulau Pinang ternyata tidak boleh diharapkan langsung.


p/s : Pak Ali is waiting for u....

No comments:

Post a Comment